National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

KEMPEN MEMBACA

Saturday, June 20, 2009 at 2:13 AM

Salam,
Kempen galakan membaca di sekolah haruslah dipergiatkan untuk mempertingkat minat membaca dikalangan pelajar dan guru-guru. Selaras dengan saranan kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan pembacaan sebagai gaya hidup dan kearah pembelajaran sepanjang Hayat.
Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Bidang Bahasa khususnya panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan merancang pelbagai aktiviti seperti bicara buku,kempen satu buku satu keluarga, pengarang idola, bercerita, mengarang puisi, sudut buku dan pelbagai pertandingan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. Tak lupa juga penerusan program NILAM untuk memastikan hala tuju peningkatan amalan membaca di kalangan seluruh warga sekolah dapat direalisasikan.


JOM BACA

Keperluan ke arah pembelajaran kendiri pelajar

Sunday, June 14, 2009 at 7:32 PM
Salam,
2 minggu telah berlalu, kita menghabiskan masa cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti sama ada, melancung ke dalam dan luar negara mahupun menghadiri majlis kenduri sahabat handai dan saudara mara. Bagi saya berpeluang bercuti ke Negeri Sabah di bawah Bayu dan melawat Maktab Sabah, namun kerja-kerja Pusat Sumber tidak dapat saya lupakan. Dalam cuti ini saya membina blog Pusat Sumber Sekolah SMKJM yang baru, dengan mengisi pautan tambahan khusus untuk menyokong dan menyediakan kemudahan kepada Guru dan pelajar SMKJM untuk menggunakan internet dalam menyokong pembelajaran akses kendiri. Saya juga berharap ianya berguna untuk semua warga yang melayari laman blog saya ini.InsyaAllah akan saya penuhi dengan ruangan-ruangan yang lebih menarik lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved