National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Perancangan Aktiviti Majlis Guru Cemerlang Daerah kluang 2010

Sunday, February 28, 2010 at 9:58 PM
3.5 Aktiviti 2010:

3.5.1 Mesyuarat Agong MGC Kluang 2010
3.5.1.1 Tarikh : 25 Mac 2010 (8.00 am)
3.5.1.2 Tempat : Dewan Bakti SMSJ
3.5.1.3 Pengisian : majlis ilmu bersama Jemaah Nazir Johor- berkaitan guru cemerlang, dan pembentangan kertas kerja (cadangan: Pn Zanariah & Pn Rahmah)
3.5.1.4 Penutup : Tuan PPD luang
3.5.1.5 Surat siaran : 2 minggu sebelum mesyuarat
Tindakan: Pengerusi/Setiausaha

3.5.2 P&P berasaskan video
3.5.2.1 Sekolah kebangsaan telah menyediakan story board (untuk: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains)
3.5.2.2 Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan datang ke Kluang untuk shooting (makluman: pertama dalam tv pendidikan- belum pernah dibuat oleh mana-mana pihak)
3.5.2.3 Sekolah menengah juga akan mengikut jejak langkah guru cemerlang sekolah kebangsaan: Cadangan mata pelajaran yang pertama divideokan ialah Prinsip Perakauan oleh Cik Ng Peck Chin (SMK Kahang)
3.5.2.4 P&P yang hendak divideokan mestilah dipantau terlebih dahulu sebelum penggambaran sebenar dijalankan oleh penasihat-penasihat mata pelajaran yang dilantik:

Bahasa Inggeris – Pn Rahmah Hj Sayuti (SMK Canossian Convent)
Bahasa Melayu- Pn Zanariah Abdol (SMSJ)
Sains- (Pn Rahimah Abd Jalil, STK dan Pn Gayah Madu, SMKJM)
Matematik- Pn Norizah Rahmat (SMSJ)
Rakan dibimbing : menguruskan urusan pembimbingan melalui Pejabat pelajaran Daerah Kluang sendiri.
3.5.2.5 P&P yang divideokan akan dijalankan pada hari sabtu, dan hanya melibatkan kelas berkenaan sahaja.
3.5.2.6 P&P mestilah mencapai piawai P&P Guru Cemerlang
Tindakan : Semua guru cemerlang Kluang

3.5.3 Lawatan ke Sekolah Berprestasi Tinggi
3.5.3.1 Lawatan adalah sebagai sumber inspirasi
3.5.3.2 Cadangan tarikh : Mei 2010 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
3.5.3.3 Cadangan sekolah: SM Sains Syed Putra atau SM Sultan Sulaiman Kuala Trengganu
3.5.3.4 Penginapan: Menurut En Ismail Yon: percuma- menggunakan BTP
3.5.3.5 Hjh Khalidah: harap penglibatan semua. Harap tidak seperti lawatan ke IAB pada 2009 di mana tidak semua guru cemerlang menyokong aktiviti yang dijalankan.
Tindakan: Biro Perhubungan dan Sosial

3.5.4 Kajian Tindakan
3.5.4.1 Semua guru cemerlang mestilah menghasilkan satu kajian tindakan
3.5.4.2 Pembentangan : dicadang 3 bulan selepas lawatan ( Ogos, atau September)
3.5.4.3 Masa pembentangan: peringkat kebangsaan adalah selama 30 minit
3.5.4.4 Tempat pebentangan: dicadangkan di Hotel Landmark Batu Pahat ( murah tetapi kondusif – RM 99 nett)
Tindakan:Biro latihan dalam perkhidmatan

3.5.5 Hari Keluarga/ Seminar
3.5.5.1 tujuan: untuk memotivasikan guru cemerlang
3.5.5.2 Seminar : untuk pendedahan guru cemerlang membentang sesuatu kajian
3.5.5.3 Tarikh/tempat/masa: belum ditentukan
Tindakan : Biro Kebajikan

3.5.6 KILAS
3.5.6.1 Program adalah untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM
3.5.6.2 Guru cemerlang dikehendaki membuat perancangan pembelajaran
3.5.6.3 Tarikh/Tempat/Masa/Aktivit: tidak dibincangkan lagi
Tindakan : Semua guru cemerlang

3.6 Senarai nama guru cemerlang Daerah Kluang tidak terkini. MGC Kluang mestilah mengetahui senarai nama terkini untuk memudahkan pengurusan yang akan dibuat kelak. Contoh: untuk memanggil mesyuarat agong.
Tindakan: Pengerusi/ setiausaha

Mesyuarat Agong Majllis Guru Cemerlang 2010 Daerah Kluang Johor

at 9:55 PM
Mesyuarat Agong Majllis Guru Cemerlang 2010 Daerah Kluang Johor
Tarikh : 25 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
Tempat ; Dewan kuliah Sek. Menengah Sains Johor.

Aturcara

8.00 pagi - pendaftaran
8.30 pagi - Mesyuarat Agong
- Kata-kata aluan pengerusi majlis
- pengesahan minit mesyuarat
- perkara berbangkit
- laporan kewangan dan pengesahan
- laporan s/u aktiviti 2009 dan perancangan aktiviti 2010
- Hal-hal lain
- pembahasan usul jika ada.
- ucapan penangguhan
9.30 pagi - Minum pagi
10.00 pagi - Pembentang 2 kajian tindakan
11.00 pagi - Bersama Jemaah Nazir
12.30 pagi - Ucapan penutupan Mesyuarat Agong dan bersama Tn. Hj Shahruddin bin Sharif
1.30 tgh - bersurai


Semua Guru Cemerlang Diwajibkan hadir.

Air Mata seorang ibu

Wednesday, February 24, 2010 at 6:58 AM
Air mata seorang Ibu
telah kering dengan keringat
membesarkan sebuah jiwa
sendat dengan harapan
dalam relaian kasih sayang
digantung tak bertali
dikubur tanpa nisan
bertahun sendirian


Melangkah merenung hari-hari tua
bersama sebuah jiwa kosong
kecil subur menyelimuti malam sepinya
menadah tangan, mengerah segala kudrat
malam siang bukan lagi ukuran
untuk sekecil perubah segala-galanya

Tersenyum simpul wajah kedut itu
melihat titian anaknya menuju puncak
luas terbentang meninggi harapan
kesenggaraan itu makin terhapus
berlari kesana kemari
membawa warkah kejayaan anaknya
dilaung pada dunia
tapi tak siapa peduli
hati resah gelisah
atas pijakan kemiskinan
mana wang untuk kucari
membayar segala apa yang dipinta
ilmu itu dibayar kini
semuanya memaling sepi, membungkam
seolah-olah rezekinya telah mati.

Titisan air mata ibu tua itu
tumpah kering sendirian
tak siapa peduli
jeritan keras berbesi waja
Aku pejuang bangsa, Aku pejuang rakyat, Aku pejuang agama
tersungkur diruang asing yang lebih mesra dan berusaha
entah kemana hilang segala dimakan sumpah

Ibu tua,
Kami ada disini mengengam simpati
tanpa sebarang sumpah keramat
mengalir darah persaudaraan
mengukuh iltizam dan semangat
mudah-mudahan nasib ibu akan berubah
tidak lagi menjadi pengawal diwaktu malam
tukang cuci diwaktu siang
tua sebelum waktunya
kembali membunga kuntuman senyum
dan mata kecil puterimu ibu
merenung dengan kasih sayang
merintis susah jejak-jejak pengorbanan
yang telah kau tinggalkan
di saat kedewasaanya
seorang perempuan bergelar akauntan.

Terima kasih kepada rakan-rakan Guru Perpustakaan dan Media yang bersama membantu meringankan beban ibu ini. Mudah-mudahan sumbang kecil kita ini akan membantu dua insan ini merubah nasibnya dan apa yang lebih penting memelihara agamanya. Terima kasih kepada Tn. Hj Wahid Bilaji Pengetua STK yang begitu cakna dalam permasalahan ini. Mudah-mudahan segala akan dibalas oleh Allah jua hendaknya.

Kursus Automasi Pusat Sumber Sekolah

at 6:44 AM




Salam,
Alhamdulilah satu kursus automasi pusat sumber sekolah telah berjaya di adakan bagi fasa pertama di PKG Lelaki Bandar. Kursus ini dihadiri seramai 30 orang guru-guru perpustakaan dan Media sekolah rendah dan Menengah bagi PKG Kluang Timur.Sistem automasi PSS atau SIAPS yang telah dikemaskini dan dinaiktarafkan diperkenalkan sekali lagi kepada semua GPM. Ribuaan terima kasih diberikan kepada BTPN Johor dan Fasilitator PKG Kluang En. Remy dan En Ahmad yang bersungguh memberikan pendedahan kepada semua GPM yang hadir. Sistem yang diperkenalkan ini dapat membantu Pusat Sumber Sekolah khususnya bagi sekolah rendah yang mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk mengaplikasikan penggunaan automsi sepenuhnya dengan tanpa sebarang bayaran. Ianya sesuai dengan tuntutan dan keperluan terkini yang membudayakan penggunaan ICT dan memudahkan tugas serta pengurusan sesebuah pusat sumber.Tidak dinafikan pada permulaanya memang terdapat sedikit kesukaran khususnya dalam memasukan ribuan data buku dan bahan bukan buku dalam sistem tersebut. Tapi hasilnya setelah disempurnakan akan memudahkan GPM dengan tugas yang teratur dan sistematik. Sesungguhnya perjalanan menuju kedistinasi bermula dengan langkah yang pertama. Ini telah dibuktikan oleh saya sendiri yang mampu merekodkan hampir tujuh belas ribu buah buku semua dalam masa 3 bulan sahaja. Diharapkan rakan-rakan GPM tidak akan putus asa dan bersungguh untuk melaksanakan program SIAPs. Perahu di air dayung ditangan. Segalanya telah diberikan. Ayuh kita teruskan. Terima kasih kepada BTPNJ yang menyediakan SIAPs kepada kita.

Hebahan Umum ( Peluang untuk semua Guru Cemerlang)

Wednesday, February 17, 2010 at 7:54 PM
Salam,
Merujuk kepada mesej yang saya dapat dari En. Suresh S/U MGC Johor mohon dipanjang-panjangkan kepada semua guru Cemerlang Penerbit Pelangi bercadang untuk menerbitkan 5 set soalan ramalan UPSR,PMR dan SPM bagi semua subjek. Tarikh akhir 31 Mac 2010. JIKA SETUJU SMSkan nama, subjek dan peringkat peperiksaan. Bayaran sekaligus akan ditentukan kemudian . Berminat sila hubungi 0197161200 Pn Norizah YDP MGC Johor

Majlis Guru Cemerlang First Meeting

at 3:55 PM


Committee Members
Date: 11 Feb 2010
Venue: SMK Jalan Mengkibol

Alas the first Majlis Guru Cemerlang Kluang meeting finally took off at SMK Jalan Mengkibol today. It was a fruitful meeting chaired by acting chairperson, En Ismail Yon. Programmes for 2010 were outlined and they include:

* Video-taping of Best Practices in the classroom
* Peer Coaching (Rakan Sebimbing)
* KILAS programme (UPSR, PMR & SPM)
* Visit to a High Performance School
* Family Day

I raised five matters in this meeting:

* the need for GC to publish anything related to their subjects and expertise
* GC must lead in innovation (in line with PPD Kluang's declaration that 2010 is 'Year of innovation') Click here for the relevant forms: Form 1 and Form 2
* a networking with UTM or UTHO as they have a vast wealth of expertise which can be tapped
* that the MGC Kluang blog be uploaded with T & L materials from all subjects
* that the issue of GC doing something for 'personal glory' be addressed

Hjh Khalidah (state secretary) informed all present of the state convention for excellent teachers which will take place from 22-23 April 200. Ten representatives from each district will be selected to attend the conference. On a more serious note, Hjh Khalidah pointed out the comments by the Inspectorates that there has been a lot of complaints on the quality of the new GCs appointed without observation. She found this to be somewhat demotivating to the new GCs. My opinion on this is, you just have to prove them wrong because there is just no other way.

At the JPN level, the officer in charge of GC is now En Jasmi Omar (replacing Tn Hj Shamsudin Haron who was recently promoted as principal) and En Nor Azrin from the Inspectorates (replacing Pn Haizan). Pn Zanariah, a senior GC aptly pointed out the inconsistencies in the election of the present line-up and suggested that it be relooked. I think this is a relevant point because the election of the present office bearers was not conducted in the right way. The meeting therefore agreed that an extraordinary AGM (tentative date 25th March) will be called to resolve the matter- a step in the right direction
sumber:
http://engoasis.blogspot.com

29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR

Thursday, February 11, 2010 at 7:38 PM

29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR
1. Johor Top 5 dalam Peperiksaan Awam.
2. Kepimpinan Instruktional.
3. Program Headcount Akademik.
4. Perancangan Strategik 2009 – 2011.
5. Kepimpinan Tranformasional.
6. Menjana Kepimpinan Pertengahan.
7. Satu Guru satu Kajian Tindakan.
8. Head Count Kehadiran Murid.
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
10. Program E-Bank Item.
11. Program immersion.
i- Pengetua.
ii-Guru Cemerlang.
12. Program Perkembangan Staf/Sumber Manusia.
13. Pembudayaan Ilmu.
14. Program D-Pemulihan.
15. Membangunkan SABK Cemerlang.
16. Pemantauan Berfokus.
17. Dasar Kepimpinan melalui 5 fasa kepimpinan (3 tahun di satu sekolah).
18. Program Inovasi dan Kreativiti.
19. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 di sekolah.
20. Pembangunan Disiplin/Sahsiah Unggul.
21. Program Khidmat Bantu Guru.
22. Sifar Audit Berteguran.
23. Mengutamakan Kebajikan Guru.
24. Dasar RK 50% Cemerlang.
25. Pelaksanaan KPI kepada semua pegawai dan staf.
26. Pembangunan Pusat Sumber.
27. Mengembalikan Kecemerlangan Sukan di sekolah.
28. Pinch.
29. Transisi Pendidikan Khas

Ikhlas dari Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang

at 4:24 PM




Salam,
Terlebih dahulu syukur alhamdulilah kerana perjuangan yang panjang dan dirancang dengan bersungguh, akhirnya membuahkan rentetan kejayaan. Jutaan terima kasih kepada Tn Hj. Shaharuddin bin Sharif Pegawai Pelajaran daerah Kluang,kerana begitu mengambil berat dan cakna terhadap pertandingan ini, terima kasih kepada En Hisham bin Abdul Wahab penghulu PKG daerah kluang dan kesemua anak buahnya dari Pembantu Tadbir, Juruteknik dan pegawai-pegawai PKG daerah kluang yang bersungguh-sungguh dan berftungkuslumus untuk menjayakan pertandingan NILAM dan latihan pusat peserta NILAM. Terima kasih kepada Pn. Rosleen Salleh, Guru Bahasa Inggeris Sekolah Tinggi Kluang, Pn. Norasikin Mustafa GPM SK. Kg Melayu, Pn. Hajah Haslinda Alias, GPM SMK Tun Husseing Onn, Pn Hjh. Padilah binti Shahran GPM dan Naib Pengerusi Majlis GPM Daerah Kluang, Pn Murniyati bte Zainal GPM SM Convent,Cik Syakiroh GPM SMK T 6, Pn Nakiah bte Khatib GPM SK Simpang Renggam. di atas segala usaha dan titik peluh yang dikeluarkan untuk mengangakat martabat NILAM daerah Kluang. Sesungguhnya jaya baik tuan-puan hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Mudah-mudahan kita mampu buat yang terbaik pada tahun-tahun mendatang.
tahniah dan Syabas kepada para pemenang dan peserta yang mewakili daerah Kluang ke pertandingan NILAM 2010


Adik Norsyuhada (SK Simpang Renggam)
Johan kategori SK Luar Bandar)
Tokoh NILAm negeri Johor kategori Sekolah Rendah


SMK T. 6
Ketiga kategori
Sekolah Menengah Luar bandar

Aku seorang guru ( Catatan perjalanan ke Dungun Terengganu)

Friday, February 5, 2010 at 7:30 PM




Salam,
Minggu ini amat memenatkan dan memerah seluruh kekuatan diriku, selepas mengadili pertandingan NILAM daerah Kluang, bergegas ke Hotel Landmark Batu Pahat untuk menjadi Fasilitator Kursus Blog untu Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor. selama 2 malam 3 hari bertungkuslumus dan memberikan fokus seratus peratus bersama-sama semua peserta Alhamdulillah kursus dapat disempurnakann dengan sebaik mungkin. hati bersyukur kerana semua GC yang hadir bersungguh-sungguh untuk menyiapkan blog masing-masing. malam terakhir kursus dapat panggilan dari Dungun Terengganu. Bapa angkatku sedang sakit kuat. katanya ingin sangat berjumpa dengan ku. tak sampai hati nak tinggalkan rakan-rakan di Landmark Batu Pahat. Terus bersama pesertan hingga akhir dan pulang ke kluang jam 2.30 petang. Berehat sebentar di rumah jam 3.30 bertolak ke Dungun Terengganu bersama dua anak lelakiku. Hati gusar melihatkan keadaan bapa angkatku. Hanya air mata menyambut kami berdua. Beberapa kali dia dan aku meminta maaf , halalkan segalanya, aku pasrah dengan keadaanya. Mudah-mudahan Allah panjangkan umurnya dan kalau pergi biarlah mati dalam keadaan beriman. Dalam kesakitan ada kegembiraan diwajah letihnya, ada senyum simpul yang panjang. Alhamdulilah.
Kesempatan yang sedikit cuma aku membawa anak-anak bujangku melewati kampung Sungai Buaya, kampung Bijanga dan melalui jambatan Dungun ke Seberang Pintasan. Indah pemandangan di sana. Singgah sebentar di Pasar Dungun. Alhamdulilah anak-anak murid yang kutinggalkan belasan tahun masih lagi mengingati aku, bersalam dan menyatakan tu Cikgu aku cikgu Ismail Yong. Syukur mereka masih lagi mengingati aku walau pun lama tak jumpa. Segalanya bermain dalam fikiran, berjuangan mencari rezeki ditempat orang terasing jauh dari negeri Johor.bersama anak-anak nelayan , melayan kerenah mereka, membelikan mereka buku, pensil,kasut , membayar yuran sekolah mereka, melatih mereka bermain bola sepak, olahraga dan aktiv berpasukan pengakap, mengajar mereka yang lemah membaca , bekerja sampai lewat malam membangunkan pusat sumber sekolah, mengajar guru-guru dan anak-anak muridku komputer, menjadi jaga, tukang kebun sekolah dan segala-galanya.

Anak-anak muridku kuanggap seperti anak-anak ku, mereka makan, tidur, melepak, menonton tv bersama-sama ku rumah ku terbuka untuk mereka semua.Kadang-kala memancing bersama. Rapat dan akrabnya kami. Zulkanal, Azmi, Marwan ,Azizi, Khamis, dan mamat dan beberapa nama lagi yang aku dah lupa tapi tak melupakan wajah kecil mereka. Tapi hati ini amat tersentuh pabila mendapat tahu hampir kebanyakan anak murid ku terjebak dengan dadah, malah ada yang mati kerana HIV. Sedihya kerana aku tak dapat memanjangkan kasih sayangku, apabila mereka telah menjejakkan kaki ke sekolah menengah.Tiada tempat untuk mereka bergantung harap dan mencurahkan kasih sayang.Lebih-lebih lagi setelah aku melanjutkan pelajaran ke Universiti. Mereka kutinggalkan . Pasrah dengan kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka berjaya keluar dari kepompong lingkaran dadah dan seumpamanya. Mudah-mudahan dalam keadaan begini aku masih lagi Cikgu Ismail Yong yang dulu, bersemangat, penuh kasih sayang, sentiasa memberikan motivasi, bersedekah dan tak melupakan diriku yang sebenarnya. sesungguhnya ya Allah jangan kau ubah diriku yang sebenarnya ini. Ingatkanlah aku tentang kasih sayang, amanah dan tanggungjawab yang ku pikul sebagai seorqang guru.
Perjalanan melewati usia, membawa anak-anak bujangku meninjau kembali rumah quaters guru di hadapan SK Kuala Dungun, melawat kembali sekolah pertamaku tempat bertugas, menjengok kembali Pusat Sumber dan Makmal Komputer yang ku hasil dengan titik peluh tangan ku, melewati hijau padang tempat melatih anak-anak murid ku menendang bola. Berjumpa dengan rakan lama membuatkan aku semakin sedar terlalu banyak kenangan yang ku tinggalkan di Dungun, Terengganu . Menyusuri rumah-rumah papan yang telah belasan tahun tak berubah, wajah-wajah tua yang termenggu di tangga, wajah-wajah mokcik yang manis menyapa. air mataku gugur berderai kerana mereka terkapai-kapai untuk meneruskan kehidupan lama seperti dulu ketika aku masih muda, semua tak berubah. wajah-wajah muram dan tak bermaya mereka. Dan lincahnya wajah kecil itu menendang bola terlerai di sebalik putihnya pasir pantai Telok Lipat yang ombaknya menderu ganas memukul pantai. Mudah-mudah anak-anak murid yang masih ada di Pasar Dungun tidak terlerai jasadnya angkara dadah durjana.
Terima kasih Dungun kerana terus menjadikan aku seperti dahulu lagi.

Blogger Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor,

Monday, February 1, 2010 at 7:04 PM



Salam,

Tahniah kepada semua Blogger Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor. kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya. Mudah-mudahan segalanya akan memberikan menafaat kepada semua anak didik dan rakan taulan guru seluruh Negeri Johor.

Pertemuan seterus akan melengkapkan blog MGCNJ. Jumpa lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved