National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

TIPS Guru Perpustakaan dan Media Penjana Kecemerlangan Sekolah

Sunday, July 25, 2010 at 10:05 PM
Salam,
Bertugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media di sekolah merupakan satu tugas yang amat mencabar apatah lagi dengan perkembangan media dan maklumat yang semakin pelbagai. Jesteru itu seorang guru Perpustakaan dan Media harus menguasai beberapa perkara.

1. Kemahiran perpustakaan khususnya pengkatalogkan, pengautomasian, literasi maklumat dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
2. Sentiasa berfikiran kehadapan menjana idea, merancang dan membuat kajian   dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.
3. Ketabahan dan kekuatan iltizam diri perlu sentiasa dipupuk dan diperkemaskan untuk memastikan pusat sumber sekolah  menjadi  pilihan warga sekolah.
4. Harus berani dan yakin untuk membuat perubahan yang positif walaupun menerima tentangan dari sesetengah pihak.
5. Sentiasa  dahagakan ilmu-ilmu yang baru seperti kemahiran IT dan  media dan menganggap ilmu itu adalah ibadah.
6. Tak kedekut masa dan kewangan dari poket sendiri.
7. Sentiasa bersedia untuk menjadi orang yang pertama ke depan dalam usaha membangunkan PSS. kerana  diri kita adalah contoh ikutan.
8. Perlu  mempunyai kreativiti dan kesabaran  yang tinggi.
9.Sentiasa merancang untuk memperbaiki kelemahan diri  dan berkongsi maklumat untuk memajukan PSS.
10, Mempunyai kemahiran komunikasi untuk  mengurus manusia dengan baik.

        Tips-tips ini boleh digunakan untuk membantu rakan-rakan Guru Perpustakaan dan Media untuk terus kehadapan memacu peranan dan fungsi pusat sumber sekolah ke arah kecemerlangan khususnya untuk guru-guru yang baru memegang jawatan ini.wasalam.

Motivasi Hangat

Wednesday, July 21, 2010 at 7:39 AM
Salam,
Ketika melayari internet saya terjumpa 10 kisah orang bodoh yang berjaya,mudah- mudahan kisah hidup tokoh - tokoh ini akan menjadi inspirasi kita dalam mendidik pelajar-pelajar kita.  Sesungguhnya kejayaan adalah milik orang yang rajin berusaha dan sentiasa berfikir diluar kotak pemikiran. Apa yang penting tak semestinya pelajar yang lemah dalam akademik akan gagal dalam hidup. Inilah contoh teladan yang nyata untuk memberikan inspirasi kepada anak-anak murid kita yang lemah dalam pelajaran. Usaha yang berganda adalah pemangkin kecemerlangan individu.

10 kisah orang-orang yg gagal/pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.

1. Albert Einstein



Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.


2. Abraham Lincoln
Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.



3.Bill Gates
William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy


4. Adam Khoo
Dia orang Singapura. Waktu kecil, ia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Sehari, ia boleh duduk berjam-jam di depan TV. Baik main PS atau menonton TV.

Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru karena cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.

Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.


5. Aristotle Onassis:
Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:

Teman-teman sekelas memuja dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.

Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.


6. Thomas Alva Edison:
Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,
Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah.
Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”
Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.

Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang bodoh sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.


7. Chris Gardner


Sudah pernah menonton film atau baca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.


8.Ludwig Van Beethoven
Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.

9. Louis Braille:

Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi karena kerosakan mata yang lainnya. Kebutaan tidak membuatnya putus asa, ia menciptakan abjad Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu abjad Braille?


10. Mark Zuckerberg:

Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.

Posted @ www.isuhangat.net

7 Langkah belajar lebih efektif

Wednesday, July 14, 2010 at 6:04 PM

Salam,

1.Bertanggung jawab pada diri sendiri. Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2.Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3.Dahulukan mana yang penting. Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap anda berada dalam "win-win situation". Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.
7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.

Semoga 7 langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran.

Dapatkan semula fail yang telah terdelete

at 4:54 PM

Dapatkan semula fail yang telah terdelete
Anda terdelete fail mustahak atau fail yang anda perlukan. Biasanya kalau dah ‘empty recycle bin’ kita beranggapan kita sudah tidak dapat semula fail tersebut.
Namun begitu terdapat perisian-perisian recovery yang membenarkan kita mendapat semula fail-fail yang telah terdelete itu antaranya ialah Recuva Data Recovery.
Download Sekarang!

Cara mudah download video youtube

at 4:53 PM
Cara mudah download video youtube



Selama ni aku guna vdownloader tapi leceh. Hasil pelayaran aku dari forum-forum luar terjumpa satu cara download video youtube dengan cara paling mudah dengan tanpa menggunakan sebarang perisian.
Caranya sangat senang hanya tambah perkataan ‘ok’ sahaja.
Ya hanya meletakkan “ok” sebelum “youtube” dalam url video
Contoh:
Jika URL nya begini –> http://www.youtube.com/watch?v=SFlVYu8AKGE
Cuma tambah ok sebelum perkataan youtube.
Spt ini: http://www.okyoutube.com/watch?v=SFlVYu8AKGE
Terus ke link download. Panduan seterusnya ada di web download tersebut.


sumber : http://www.isuhangat.net

Scan spyware Vista

at 4:50 PM

Scan spyware Vista


Ramai yang dah menggunakan Vista tapi ramai yang tak perasan yang Windows Vista sudah dilengkapi dengan antispyware, namanya Windows Defender. Aplikasi ini secara otomatik akan melakukan scan dengan cepat terhadap isi komputer setiap pagi. Tujuannya adalah memastikan anda dapat bekerja dengan aman damai pada hari itu.

Apabila windows defender detect adanya spyware, Windows Defender akan mengeluarkan sebuah popup yang menyatakan adanya spyware di sistem anda. Anda boleh membersihkan spyware tersebut dengan satu kali klik [Remove].


Namun, cara tersebut tidak dapat membersihkan spyware secara penuh sebab pemeriksaan yang dilakukan Windows Defender adalah pemeriksaan cepat yang tidak diikuti pemeriksaan seluruh isi hard disk. Oleh kerana itu, bila Windows Defender pernah menampilkan peringatan adanya spyware, lakukan pemeriksaan penuh terhadap sistem Anda.

Caranya:
1. Klik button Start, klik Windows Defender pada kotak pencarian dan tekan [Enter].
2. Setelah Windows Defender terbuka, klik arrow bawah yang terdapat di sebelah butang Scan dan pilih Full Scan.
3. Tunggulah beberapa saat sampai proses scan selesai.
4. Setelah selesai, hasilnya akan dikeluarkan. Jika PC Anda terjangkit spyware, daftarnya akan ditampilkan oleh Windows Defender. Klik Review Items untuk mengetahui apa yang akan terjadi dan bagaimana nak mengatasinya.
5. Pada layar Scan Results, semua software berbahaya yang ‘terdetect’ Windows Defender akan senaraikan. Klik button [Remove All], untuk membersihkan semua “sampah” spyware.

sumber:http://www.isuhangat.net


Mesyuarat Penyelarasan Seminar Kajian Tindakan 2010

Sunday, July 11, 2010 at 8:20 AM
Salam.

Buat semua AJK Tertinggi Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang dan ketua-ketua kumpulan perbentangan mengikut mata pelajaran. Satu mesyuarat penyelarasan Seminar Kajian Tindakan dan Lawatan Ilmu akan di adakan pada:

Tarikh : 13 Julai 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Jalan Mengkibol

Agenda :
1. Ucapan pengerusi
2. Penyelarasan tugas AJK Seminar Peringkat Daerah Kluang dan Negeri Johor.
3. Penyelarasan tugas AJK Lawatan Ilmu ke Kuala Terengganu.
4. Hal-hal lain.

* Sila rujuk posting yang terdahulu untuk maklumat lanjut

Asal usul yahoo

Friday, July 9, 2010 at 7:23 AM
Asal usul yahoo

PERSIDANGAN GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR 2010

Wednesday, July 7, 2010 at 2:55 PM


Perasmian Blog MGC Johor oleh Tn. Pengarah Pelajaran Johor


Alhamdulilah Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah berlangsung dengan jaya di Hotel Selesa , Pasir Gudang , 1 Julai 2010. MGC Kluang melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada semua peserta MGC Kluang yang sama-sama hadir menjayakan persidangan ini. Walaupun dengan mengunakan wang sendiri.Apa yang penting persidangan yang diadakan setahun sekali ini bukan sahaja mengumpulkan Guru Cemerlang dari seluruh Negeri Johor tetapi ianya memberikan input-input yang berguna dengan tujuan meningkatksn motivasi , pengetahuan, pengalaman dan anjakkan ke kanan. Kebangaan kita semua apabila blog Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah berjaya dilancarkan dengan sempurnanya. Alhamdulilah. Mudah-mudahan segala yang diterima akan memperkasakan diri kita sebagai Guru Cemerlang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved