National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Selamat Datang 2011

Sunday, January 2, 2011 at 6:14 AM

Salam,
Alahamdulilah bersyukur kehadarat Illahi, walaupun dengn seribu kepayahan mengharungi detik-detik perpisahan 26 November 2011, Perjalanan perpindahan Pusat Sumber Sekolah SMKJM ke bangunan yang baru telah selesai dilaksanakan. Hampir sebulan bertungkus - lumus mengikat buku-buku yang jumlahnya menjangkau 25 ribu buah, memindahkannya ke bangunan baru, mengangkut perabut-perabut yang maha berat, mesin photostat,peti sejuk dan segala-galanya ke bangunan baru di tingkat 4. Hati menjadi tak sabar untuk menyiapkan secepat mungkin, Berpeluh jangan dikira, membuat pelan kedudukan, Menggantung papan kenyataan dan pelbagai kerja rutin yang lain. Syukur segalanya hampir telah selesai. Cuma tinggal melekatkan beberapa signboard lagi. Insyaalah minggu pertama ni PSS boleh berfungsi, Hati ini, merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Zuraidah Atan pembantu PSS, Pn. Nurul Huda Penyelaras PSS, Pn. Iada Penyelaras Bilik Tayangan , Pn.Nor Azizah, En. Jasni dan kakitangan makmal, En. Nazri dan pekerja-pekerja swasta, Pasukan Pengakap , Pasukan Bulan Sabit Merah yang sama-sama terlibat memindahkan Pusat Sumber Sekolah ke bangunan yang baru. Terima kasih tuan puan budi baik hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan dengan berpindahnya PSS ke bangunan baru ini, akan meningkatkan lagi komitment kita terhadap PSS dan melebarkan fungsi PSS kepada semua warga SMKJM. Insyaalah.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved