National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Mencari Tokoh NILAM

Tuesday, February 8, 2011 at 7:11 AM
Salam,
Pencarian tokoh NILAM bermula lagi untuk daerah Kluang pada 10 Febuari 2011, bertempat di Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar, Kluang. Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama antara Pusat Kegiatan Guru daerah Kluang dengan Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang .Empat kategori dipertandingankan iaitu
1. Kategori sekolah menengah dalam bandar
2.Kategori sekolah menengah luar bandar
3. Kategori sekolah rendah dalam bandar
4.Kategori sekolah rendah luar bandar

Apa yang menjadi masalah disini adalah mencari tokoh NILAM yang benar-benar layak untukk di bawa kepertandingan peringkat negeri dan kemudiaannya diperingkat kebangsaan. Melalui pengalaman sebagai Salah seorang Hakim pertandingan NILAM negeri Johor beberapa ciri-ciri berikut mesti ada pada calon NILAM setiap sekolah.

1. Pencapaian akademik yang cemerlang sertakan keputusan peperiksaan dari tahun 1 hingga tahun 6, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
2. Penglibatan aktif koko sukan, permanian,koko bukan akademik seboleh-bolehnya sehingga peringkat kebangsaan.
3. Mempunyai penampilan dan perwatakan yang menarik, ceria, dan keyakinan diri yang tinggi.
4. Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi contohnya boleh berhujah,berdebat, berpandangan jauh
5. Menguasai dan boleh berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih.
5. Menguasai kemahiran perpustakaan khususnya mengenai buku, sistem dewey dan sebagainya
6.Buku rekod NILAM yang kemas dan lengkap.
7.Menguasai kemahiran membaca
8.Mempunyai pemikiran yang luar biasa di luar kotak kebiasaan.
9.Bersedia menghadapi sebarang cabaran.

Mudah-mudahan calon pada tahun ini akan berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki .seperti tahun lepas calong daerah Kluang berjaya menjadi Tokoh NILAM Negeri Johor Kategori Sekolah Rendah dan Naib Johan NILAM Kebangsaan . Insyaalah.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved