National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Kesepaduan Mengerak Pusat Sumber Sekolah Daerah Kluang

Wednesday, May 11, 2011 at 6:48 PM
Salam,
Buat teman-teman Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang
Bersama-sama kita mengerakkan PSS kita.


PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH KLUANG
DAN
MAJLIS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA, DAERAH KLUANG

KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KLUSTER PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KLUANG

2011

1.       Nama Program : Kluster Pusat Sumber Sekolah
2.       Rasioanal Program :

           Pusat Sekolah Merupakan satu  unit yang telah lama wujud di setiap sekolah. Selaras dengan keperluan pendidikan masa kini program ini dirancang dan diadakan untuk memembantu setiap Guru Perpustakaan dan Media di daerah Kluang utuk mengurus dan mentadbir Pusat Sumber Sekolah masing-masing dengan cara yang professional dan  mengikut kehendak serta piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia.  Lebih-lebih lagi dewasa ini, terdapat begitu ramai Guru perpustakaan dan Media yang baru dilantik. Tiadanya pengetahuan , pengalaman dan kemahiran dalam mengurus pusat sumber sekolah akan menyebabkan perkembangan dan peranan yang sepatutnya dimainakn oleh pusat sumber sekolah itu terbantut dan gagal mencapai kecemerlangannya.

          Jesteru dari itu Pusat Kegiatan Guru dan Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang mengambil langkah yang pro aktif dengan memperkenalkan Program Kluster PSS ini.  Melalui usaha yang berterusan mengerakkan  ahli-ahli Guru Perpustakaan dan Media  dan PKG dengan mewujudkan kelompok-kelompok kecil (Kluster) yang akan berperanan  dan bertindak sesama sendiri dalam menyelesaikan pelbagai masalah, menjana idea dan kreativiti serta merancang pebagai  aktiviti  untuk merangsang pergerakan dan meningkatkan pengetahuan GPM terhadap Pusat Sumber Sekolah itu sendiri.

Adalah diharapkan program ini akan mendapat kerjasama semua pihak khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Bahagian Teknologi  Pendidikan Negeri Johor, dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembestaraian Pusat Sumber Sekolah  selaras dengan peranannya sebagai pemangkin kecemerlangan akadmik.




3.       Objektif Program

1.       Membangunkan PSS secara bersama (sharing idea and knowledge)

2.       Memastikan PSS Daerah Kluang sentiasa  aktif dan mencapai keperluan pendidin .

3.       Meningkatkan peranan PSS sebagai pemangkin kecemerlangan akademik di sekolah.

4.Menggunakan kemahiran dan sumber yang ada untuk mengatasi dan memulihkan  
   sebarang masalah.

5.Meningkatkan peranan dan kerjasama antara Guru Perpustakaan dan Media dan
   Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang.

6.Mewujudkan Link dan Networking antara pusat sumber sekolah di Daerah Kluang    
   secara terus.

7.Mempertingkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah  
   dikalangan Guru Perpustakaan dan Media itu sendiri.

8.Melaksanakan program PSS secara  bersama-sama.

9.Merapatkan hubungan sesama GPM dari sekolah yang pelbagai.

10.Mengangkat martabat GPM di mata masyarakat, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah
     Kluang, dan Jabatan Pelajaran Johor.

4.       Kumpulan sasaran :

1.       Semua Guru Perpustakaan dan Media  Pusat Sumber Sekolah daerah Kluang

2.       Semua Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru  Daerah Kluang.

3.       Juruteknik makmal komputer daerah Kluang.

5.       Pelaksanaan Program

1.Memilih sepuluh buah sekolah yang terdiri dari sekolah menengah dan rendah.
              2. 10 k umpulan kluster dibentuk
3. Pemilihan ahli kluster terdiri dari pelbagai jenis sekolah.
4.Melantik penyelaras dan setiausaha kumpulan contohnya kumpulan Kluster 1
5.Penyelaras terdiri dari GPM yang berpengalaman dan lama dilantik.

6.        Mengambil maklumat lengkap ahli kluster masing-masing. Seperti, nama sekolah,
nombor telefon email, blog  dan lain-lain maklumat yang difikirkan perlu.

7. Membincangkan  masalah , kelemahan. Kebaikan  dll yang perlu dalam kumpulan klusterr masing-masing.
8. Merancang aktiviti dan program untuk mengatasi masalah yang timbul.
9. Berbincang dengan pegawai PKG yang dilantik untuk kumpulan Kluster masing-masing.
10. Menghantar perancangan kumpulan Kluster kepada penyelaras dan pengerusi PKG.
11.   Mendokumentasikan program Kluster dan Laporan aktiviti dihantar kepada S/U Program dan Penghulu PKG

Pusat gerakan Kumpulan Kluster
1. Pusat Sumber Sekolah Ahli
2. Pusat Kegiatan Guru yang berhampiran
3. Kawasan lain yang difikirkan sesuai

Penerangan Isu Umum
}  Konsep PSS
}  Pengurusan PSS
}  Fail Meja
}  Fail Kuasa
}  Fail-Fail di PSS
}  dll
Mengerakkan Kluster
  1. Mengadakan perbincangan (Face to face meeting)
  2. Mengadakan perbincangkan kumpulan
  3. Isu (1)
  1. Mengenal pasti masalah PSS sekolah ahli,
  2. Menyenaraikan masalah
  3. Membincangkan cara-cara mengatasi masalah
      pendekatan menggunakan sumber yang ada

}  Isu (2)
}  Mengesan Kekuatan PSS ahli contoh sistem pengurusan PSS, Keceriaan, Penglibatan pengawas, Kewangan,aktiviti dll.
}  Kongsi idea  sumber untuk mengembangkan potensi PSS masing-masing melalui
}  Contohnya. Lawatan, nasihat, latihan dll.

}  Isu (3)
}  Merancang aktiviti bersama
}  Khidmat bantu PSS
}  Keceriaan, gotong royong
}  Lawatan ke PSS
}  Aktiviti NILAM
}  Pembugaran PSS

AJK Program Kluster PSS
}  Penasihat
}  Tn. PPD Kluang
}  Pengerusi
}  Penghulu PKG Kluang
}  Penyelaras
}  Pengerusi GPM
}  Timbalan Penyelaras
}  Naib Pengerusi GPM
}  Setiausaha 1
}  S/U GPM

 Setiausaha 2
}  Pembantu Tadbir PKG
}  AJK
}  Semua Pegawai PKG Daerah Kluang
}  Semua Penyelaras kumpulan kluster

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved