National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Kursus Pembinaan Blog Negeri Johor.

Friday, January 29, 2010 at 3:12 PM






Salam,

Alhamdulilah hasrat untuk merialisasikan kursus pembinaan blog untuk semua Setiausaha Daerah Majlis Guru Cemerlang telah dapat dilaksanakan pada 29 hingga 31 Januari 2010. Kursus yang diadakan di Hotel landmark Batu Pahat ini dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri dari setiausaha dan penolong setiausaha MGC daerah negeri Johor. Adalah diharapkan kursus ini akan dapat mewujudkan satu rangkaian blog yang ditunjangi oleh blog MGC Negeri Johor sendiri. ianya bukan sahaja dapat dijadikan sumber rujukan oleh semua guru dan murid di negeri Johor malah dapat digunakan oleh semua guru Cemerlang untuk berkongsi Ilmu dengan warga pendidik. Apa yang lebih penting kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan jurulatih-jurulatih diperingkat daerah untuk membudayakan penggunaan ICT sebagai salah satu wadah dalam pendidikan negara. Selamat berkursus.

1.0 Rasional:

Kursus ini diadakan.

1. Berketepatan dengan perkembangan semasa, penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan salah satu kaedah penyampaian maklumat dan pengetahuan baik kepada semua guru cemerlang , guru-guru mahupun pelajar-pelajar yang dapat digunakan secara “online” dan tanpa batasan.

2. Laman blog Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor perlu diperbaharui dan dikemaskinikan dengan maklumat terbaru dan wajah terkini. Malah amat perlu diwujudkan satu rangkaian antara Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor dengan Majlis Guru Cemerlang peringkat daerah masing-masing. Rangkaian ini pastinya mampu memberikan maklumat , pengetahuan, dan sebagai sumber rujukan kepada semua Guru Cemerlang dan warga pendidik di negeri Johor. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan peranan Majlis Guru Cemerlang itu sendiri.

2.0 Objektif:

1. Mengemaskini dan mewujudkan semula Blog MGC Negeri Johor dan dilinkkan dengan blog MGC seluruh daerah di negeri Johor.

2. Memberikan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik kepada semua Setiausaha daerah dan negeri bagaimana menghasilkan dan mengendalikan blog untuk Majlis Guru Cemerlang daerah masing-masing.

3. Mewujudkan rangkaian jurulatih pembinaan blog di daerah masing-masing dengan harapan ianya dapat diperkembangan serta dibangunkan dan oleh seluruh Guru Cemerlang di Johor ini, selaras dengan perkembangan dan penguasaan teknologi maklumat terkini.

4. Menjadikan Blog MGC Negeri Johor dan rangkaiannya sebagai sumber rujukan, maklumat , pengetahuan dan info terkini kepada semua Guru Cemerlang, guru-guru dan pelajar-pelajar di seluruh negeri Johor dan Malaysia.

3.0 Kumpulan sasaran :

Setiausaha negeri dan daerah masing – masing
20 orang S/U dan penolong S/U daerah
3 orang S/U negeri dan penolong S/U
2 orang Fasilitator

Jumlah keselutuhan : 25 orang

Nilam 2010

Thursday, January 21, 2010 at 3:05 AM
Tahniah Kepada Pemenang Tokoh Nilam Daerah Kluang, 2010.





Salam,

Kepada semua GPM daerah Kluang, sama-samalah kita memberikan sokongan kepada pertanidngan Nilam yang akan diaddakan di penghujung Bulan Januari ini di peringkat daerah Kluang. Siapkan peserta kita dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan sepertimana yang telah ditaklimatkan pada November 2009. Tahun ini juga menuntut pengorbanan dari seluruh GPM bukan sahaja dari segi masa tapi yang muktahir ni dari segi kewangan. Pastinya semua GPM maklum bahawa tahun sumber kewangan kita sangat terhad sekali. Jesteru itu saya berharap semua GPM faham akan situasi ini dan bersedia untuk sekali lagi bersama-sama berkorban bagi memastikan jadual program kita berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan calon Nilam daerah Kluang bagi tahun ini membuahkan kejayaan hendaknya. Insyaalah dan kepada sekolah-sekolah yang bertanding terima kasih atas sokongan anda.

Kebitaraan Pusat Sumber Sekolah

Thursday, January 7, 2010 at 7:27 PM
Salam,

Mahu tak mahu kita telah berada di putaran 2010 yang mwnjanjikan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu kita hadapi. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negara yang semakin parah. Lebih memeranjatkan apabila budget untuk pendidikan yang dipotong hapir 30 %. termasuk budget tahunan pusat sumber sekolah. Guru-guru akan dikurangkan penglibatan di luar bilik darjah termasuk kursus-kursus profesional yang baiasanya dilakukan melalui LDP juga tidak akan diadakan untuk tahun ini. Alangkah malang bagi sekolah-sekolah kecil khususnya peruntukan yang tidak mencapai rm7000. tingal berapa lah agaknya duit untuk PSS? Lebih malang lagi pabila guru-guru disekolah masih kabur dengan peranan Pusat Sumber dalam sistem sekolah itu sendiri. Kekaburan semua pihak disekolah pastinya manambah sukar lagi GPM untuk memainkan peranan di sekolah. Akhirnya kita dibebani dengan kerja-kerja guru gantian yang melampau-lampau seolah-olah ianya telah menjadi kor-bisness kita.

Dalam situasi begini, kita harus bersatu bersama berusaha untuk memberikan satu impak yang berkesan di sekolah. kerja lebih masa. perubahan extra ordinary yang harus ditonjolkan secara terus . Apakah kita masih lagi perlu untuk mengikuti kursus PSS (pengkatalogan)? sedangkan penggunaan sistem automasi telah dilaksanakan kini. atau kita perlu satu pendedahan mengenai bagaimana kita ingin merubah PSS kita dengan aktiviti,perancangan dan suasana yang lebih kondusif. Merancang lawatan penanda aras ke sekolah-sekolah yang cemerlang PSSnya di peringkat kebangsaan. Apakah pemangkin kejayaan mereka. Bagaimana peranan kementerian, JPN, BTP,PPD dan pihak sekolah itu sendiri dalam usaha memartabatkan dan kebitaraan PSS sekolah mereka? Adakah sama hasilnya sekolah berbangunan lama yang bangunannya ubah suai dengan sekolah-sekolah baru yang mempunyai serba serbi kelengkapan dan mempunyai sokongan 100 %?

Apapun segalanya terpulang kepada kita semua. Keikhlasan bekerja dan iltizam yang tinggi akan merubah segala-galanya. Mudah-mudahan GPM akan dipandang sebagai satu jawatan yang bermaruah dan tinggi darjatnya sama dengan hasrat KPM untuk meningkatkan Kebitaran Pusat Sumber itu sendiri. W'ullam

Buat teman-teman sejawatan..

Wednesday, December 30, 2009 at 12:24 AM
Salam,

Buat teman-teman yang sejawatan....

Alhamdulilah 2009 mengira detik untuk menutup persembahannya. Kita masih lagi disini berdiri dengan sendiri, menjengah sekali sekala derap langkah yang ditinggalkan.. Sejauh mana kejayaan PSS kita, merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang 09, masalah yang timbul, kejayaan yang dikecapi mahupun kekalahan yang kita hadapi. 09 ni, masih ada kawan-kawan kita yang masih lagi belum dilantik menjadi GPM yang sebenarnya, masih lagi dibelenggu dengan ,masalah waktu mengajar yang tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan, masih lagi dibelenggu dengan masa relif yang banyak. masih lagi teraba-raba apakah tugas yang GPM yang sebanarnya? Ada kawan-kawan kita yang mengalirkan air mata merasai seribu keperitan melaksanakan kualiti standard PSS yang telah di tetapkan oleh KPM di melalui BTP. Mengharungi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.Sesungguhnya kita masih lagi dikelilingi masalah yang belum selesai. malangnya masih ramai pentadbir yang tidak memahami peranan GPM di sekolah. Memang kita ada antara kita telah dilantik tetapi adakah cukup hanya dengan sekadar lantikan sahaja, bagaimana dengan kursus-kursus profesionalisme dan kemahiran pengurusan PSS? Adakah layaknya seorang GPM berkursus di PKG dalam masa yang amat terhad. malah nak berkumpul pun payah.. sedangkan kita bukan dibawah norma penjawatan di sekolah. Guru-guru MP di mana mereka berkursus. Kesian kita .... Katanya PSS sangat penting ke arah membina Generasi Bermaklumat. tapi kita dipandang sepi.. dan tak penting. Ada beribu-ribu GPM di daerah masing-masing dan seluruh Malaysia tapi tak ada link,... yang mantap.. Kalau Majlis Guru Cemerlang ada penaungnya. sehingga ke peringkat kebangsaan, Majlis Guru Besar & Pengetua, Majlis Perhubungan Kaunseling, Majlis Perhubungan Lepasan Master dan pelbagainya . Banyak yang mereka pejuangan untuk kebajikan ahli. Tapi GPM hidup segan mati tak mahu. Siapa nak jaga kita ..? sedangkan kita penghubung BTP dan sekolah. Kita dilantik tapi pengiktirafannya di mana, berfungsi ke BTP kalau GPM begini nasibnya. Siapakah yang mampu mengangkat martabat GPM sealiran dengan yang lain-lain. Setelah hampir 5 tahun jawatan GPM diwujudkan. Siapakah yang faham tugas yang bergelumang Di PSS dengan kononnya pemintaan standard pengurusan yang tinggi mencapai entah apa-apa ISO, Bagaimana NKRA dan KPI GPM itu sendiri tentu tinggi melangit..? tapi kita tetap macam ni.

eeh..... dah jauh melalut ni, tapi siapa yang tahu dia tahu, apa pun kita beterima kasih pada orang yang tahu dan sentiasa memperjuangkan GPM. Harap-harap kakak-kakak dan abang-abang kita di BTPM dan kementerian masih ingat lagi titik peluh yang bertaburan di dada pusat sumber sekolah. kepada GPM yang baru dilantik tapi belum dapat surat dari JPN sabarlah, buat kerja dengan penuh ikhlas dan semampu boleh insyaalah segala-galanya akan dipermudahkan oleh Allah jua. Buat rakan yang dah kering air mata meredah sejuta kepayaahan dan mengjangkau rintangan sesungguhnya kita masih bersama dan saling memerlukan. Yang penting kerjasama dan perjuangan mesti diteruskan.

Ismail bin Yon
MGPM Kluang

Walau kurang rebut peluang
Walau terhalang terus berjuang
Walau terintang tetap cemerlang
Walau ada petualang Johor Gemilang

Tn. Hj Sufaat bin Tumin
Pengarah Pelajaran Johor.

Kepimpinan Transformasional

at 12:09 AM
Kepimpinan Transformasional

4I?

Idealised influence
Inspirational Motivation
Intellectual Stimulation
Invidualised Consideration

Idealised influence
(Menggungulkan Pengaruh)

* Standard etika dan moral yang tinggi
* Berkongsi rasiko secara bersama
* Mengutamakan kepentingan umum dari diri sendiri
* Mengunakan kuasa untuk mengerakkan individu atau kumpulan ke arah mencapai visi,
misi bukan untuk keuntugan yang tinggi.

Inspirational Motivation
(Motivasi Yang Memberi Inspirasi)


* Mempengaruhi kumpulan percaya masalah organisasi boleh diselesaikan.
* Semangat berpasukan
* Minat yang mendalam .optimistik,komited dan berkongsi yang muncul dalam pasukan
kerja.


Intellectual Stimulation
(Dorongan Intelek)

* Merangsang pengikut menjadi kreatif ddan inovatif
* Menggalakan kritikan,keterbukaan,kelenturan dan mewujudkan suasan orang tidak
takut untuk membuat kesilapan.
* Setiap perkara boleh dicabar dan diubah


Invidualised Consideration
(Pertimbangan secara individu)

* Perhatian diberi kepada keperluan individu untuk pencapaian dan kemajuan
* Setelah mengenal pasti kekuatan dan keperluan individu, pemimpin menggunakan
pengetahuan untuk main peranan sebagai mentor. Peranan ini adalah untu membantu
pengikut dan rakan sebaya mengembangkan potensi mereka serta memikul
tanggungjawab memperkembangkan diri merea

Lawatan Penanda Aras ke Utara

Sunday, December 27, 2009 at 7:07 AM





Salam,

Alhamdulilah masa cuti yang amat terbatas ini saya telah berpeluang mengikuti lawatan Penanda Aras anjuran MGC Johor ke Utara, ke IAB dan USM. Dalam lawatan yang disertain oleh 26 orang ahli MGC Johor ini kami telah berpeluang mendengar ceramah dan berukar pandangan dengan Dr Zuraida pensyarah USM mengenai pedadosi dalam pendidikan. Sesungguhnya pembelajaran berasaskan projek yang menekan kepada pelbagai kemahiran seperti komunikasi, penulisan, krativiti, ICT dan seumpamanya perlu diberikan penekanan sesuai dengan keadaan masa kini. Malah penguasaan kesemua kemahiran pedadogi perlu bagi seorang guru untuk mengatasi segala masalah pebelajaran murid apatah lagi yang datangnya dari kecerdasan yang pelbagai
Lebih menarik lagi kami diberi kesempatan untuk berjumpa dengan YB Fuad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, sempat makan bersama dan mendengar pandangan YB sendiri mengenai perjalanan dunia pendidikan masa kini. Tahniah kepada MGC Johor di atas lawatan yang dianjurkan...Terima kasih jua kepada YDP MGCM yang telah melayan kami dengan baik ketika di Kedah.

Cermin diri sendiri

Wednesday, December 16, 2009 at 12:30 AM
1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved