Program sambutan Hari Buka Sedunia
Tarikh : 23 April 2012
Masa : 7.45 pagi
Hari : Isnin
Program Pusat Sumber Sempena Hari Buku Sedunia
1. Pameran Buku di Dewan Sekolah 23 dan 24 April 2012
2. Kuiz Tokoh Buku Sedunia
3. Pameran Tokoh Penulis Agung di Pusat Sumber Sekolah
3. Jejak maklumat karya-karya besar
Program Pameran Buku Sempena
Sambutan Hari Buku Sedunia
1.0 PENDAHULUAN
Pusat
sumber menjana menjana generasi bistari
merupakan satu agenda yang perlu dan
boleh direalisasikan khususnya melalui pembacaan. Pembacaan yang luas dan
menjadi rutin harian merupakan kunci ke arah penambahahan ilmu pengetahuan yang
tidak terbatas dan boleh diperolehi dengan cara yang mudah. Meskipun pusat
sumber sekolah mempunyai koleksi bahan bacaan yang pelbagai dan boleh diguna
pakai melalui pinjman secara terus ianya dirasakan tidak mengcukupi untuk
menanam semangat cintakan buku. Jesteru dari itu semangat cintakan buku dapat
dipupuk dengan cara memiliki buku tersebut untuk dijadikan koleksi peribadi.
2.0 RASIONAL
Pendedahan
dan pembelian secara terus kepada
buku-buku akan berupaya menanamkan semangat cintakan dan menghargai buku
disamping pelajar dapat dididik untuk berkorban wang ringgit untuk membeli
buku. Adalah diharapkan melalui pameran ini pelajar akan dapat menjadikannya
sebagai asas kea rah pembudayaan buku dalam kehidupan.
3.0 OBJEKTIF
3.1
Mendidik pelajar supaya mencintai buku melalui
pembelian buku-buku yang terbaru di pasaran.
3.2
Mengadakan dan menjalinkan hubungan usaha sama
dengan pihak luar dalam memupuk semangat mencintai buku di kalangan pelajar.
3.3
Memberikan kemudahan kepada guru dan pelajar
untuk memilih buku-buku yang mereka gemari yang terdapat di pasaran.
3.4
Mempelbagaikan aktiviti pusat sumber sekolah Sempena
Hari Buku Sedunia.
4.0 TARIKH / TEMPAT/JANGKAMASA
4.1
23 & 24 April 2012
4.2
Dewan SMK. Jalan Mengkibol,Kluang.
4.3
8.00 pagi – 5.00 petang