National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Bilik Sketeriat MGC dan GPM Kluang

Sunday, October 30, 2011 at 11:10 PM













Salam,
Buat rakan-rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang, Dimaklumkan bilik bengkel MGC dan GPM  Kluang telah siap dicat dan diperbaiki oleh rakan-rakan AJK GC Kluang, Namun begitu masih memerlukan  lagi sumbangan tuan puan untuk menyempurnakan perabut dan alatan di bilik - bilik tersebut. Penambahan bahan-bahan pengurusan dan buku-buku terbitan MGM yang akan diedarkan kepada tuan-puan menyebabkan keperluan kepada kelengkapan bilik pengurusan MGC Kluang amat diperlukan dengan kadar segera. MGC Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada sumbangan dari rakan-rakan GC yang telah diberikan tempuh hari. Mudah-mudahan usaha yang baik akan membuahkan hasil yang cemerlang dan berkesan. Insyaallah.

Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2011

at 5:48 PM
Salam,

Persidangan Guru Cemerlangan Kebangsaan telah diadakan di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kedah Darul Aman. MGC Johor telah diwakili oleh 26 orang peserta. Manakala MGC Kluang telah di wakili oleh lima orang peserta yang terdiri dari En. Ismail bin Yon, Pn. Maslia binti Darum, En. Yahya Harun, Pn. Hajah Rahmah binti Sayuti dan Pn. Zanariah binti Abdol. Persidangan yang berlangsung dari 21 hingga 24 haribulan Oktober 2011 telah menghidangkan para perserta dengan pelbagai kerta kerja, sidang plane dan sidang selari yang disampaikan oleh tokoh-tokoh pendidikan dan akademik negara. Pelbagai input telah disampaikan untuk merangsang pemikiran dan membuka minda Guru cemerlang terhdap peranan sebagai Tranformasi Pendidikan Cemerlang. MGC Kluang merakamkan jutaan penghargaan kepada Pn. Hajah Rahmah binti Hj. Sayuti kerana telah terpilih membentangkan kertas kerja beliau di persidangan tersebut.

Pengisian Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan

  1. Wacana Ilmu : Pn Hjh Normah Hj Ismail, Ketua Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan, JNJK, MOE 
          (change and managing change, X-PLUS principles for excellence, excellent teachers must have  
          CAN-DO mentality and committed to life-long learning)
     2.  Ucaptama: Tn Hj Sufaat Tumin, TKPPM, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan , MOE (protecting instructional time in schools to improve students' outcome and instructional leadeship)

     3.  Opening Ceremony : Dato' Dr Ismail Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 
          (Operasi), JPA (the need for value-added element in innovation, value-creation)

     4.   Pleno 1: Dr Rusmini Ku Ahmad, Senior Lecturer, IAB Jitra
          (sustainability, innovation, creativity, developing soft skills in secondary schools based on her
            research with University of Cambridge)

     5.   Pleno 2:  Prof Madya Dr. Idris Mohd Nor, UniMAP
          (challenges for excellent teachers)

     6.   Pleno 3: Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan
           Penyelidikan dan Rancangan Kreatif, Inovasi dan Multimedia, Melaka Planetarium Sdn. Bhd

           (Innovation and examples in society)

     7.   MGCM Resolutions:
    • Kepimpinan bilik darjah merangkumi aspek softskills
    • GC berperanan sebagai konsultan di peringkat PPD dan negeri
    • GC berperanan sebagai kumpulan pemikir untuk membantu KPM merancang dasar   baru dalam kurikulum
    • Mewujudkan gred Dg40 bagi guru bukan siswazah
    • Menempatkan semula GC DG48 di sekolah rendah ke sekolah menengah  

BACAAN PILIHAN:TRANSFORMASI MASYARAKAT UNTUK HARGAI ILMU

Sunday, October 9, 2011 at 8:24 PM


Membicarakan mengenai isu plagiarisme amatlah menarik untuk diketengahkan.Memang benar ,integriti dan keaslian merupakan satu kemestian dalam dunia akademik.Plagiarisme merupakan satu 'dosa besar' dalam dunia pendidikan terutamanya peringkat menara gading.Apabila kita membicarakan isu plagiarisme,kita tidak bboleh lari membicarakan kualiti ilmu yang diperolehi.Isu ini perlu dilihat dengan skop yang lebih besar kerana plagiarisme bukan hanya berlaku di Malaysia,tetapi turut terjadi di mana-mana sahaja.
             Kes-kes terpencil di Malaysia sepatutnya dijadikan teladan dan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Apa yang penting ialah mencari jawapan untuk memastikan ia tidak berulang.Integriti akademik bukanlah setakat membicarakan tentang plagiarisme.Lihatlah dari sudut yang lebih holistik iaitu bagaimanakah untuk membudayakan penghargaan terhadap ilmu pengetahuan dalam masyarakat kita.Inilah penyelesaian jangka panjang untuk membendung sebarang salah laku yang membawa kepada plagiarisme.Kalau direnung kembali,hal-hal yang membawa kepada plagiarisme dipandang mudah seperti membuat salinan (fotostat) mana-mana buku dan makalah merupakan satu lagi 'dosa' dalam dunia akademik kerana melanggar hak cipta penerbit dan penulis tetapi amat jarang sekali ia dibicarakan.Sedangkan di negara-negara maju,tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang membuat salinan ke atas sebarang buku dan makalah.
           Di Malaysia, perkara ini sudah menjadi kebiasaan kerana membuat salinan lebih murah daripada membeli buku atau makalah.Jadi,patutkah kita hanya sekadar membicarakan tentang plagiarisme sahaja di peringkat universiti sedangkan sejak kecil lagi kita dididik untuk tidak menghargai ilmu dengan membuat salinan ke atas buku yang ditulis oleh penulis-penulis berdedikasi?Budaya menghargai ilmu juga tidak hanya sekadar mementingkan kejayaan mendapat seberapa banyak 'A' dalam peperiksaan.Tetapi inilah berlaku dalam masyarakat kita.Apabila seseorang pelajar memperolehi paling banyak 'A',dia diakui hebat dalam dunia akademik.Sementara yang paling sedikit mendapat 'A' dipinggirkan.Walhal,budaya ilmu bukan setakat berorientasikan peperiksaan semata-mata tetapi,memerlukan pencernaan dan penguasaan ilmu melalui idea-idea yang kritis dan boleh membantu masyarakat.Stigma mengakui kehebatan seseorang pelajar mengikut ukuran paling banyak 'A' perlu diubah dalam masyarakat kita.Stigma inilah menyebabkan apabila berada di menara gading,pelajar terbawa-bawa pendekatan berorientasikan peperiksaan.Apabila ini terjadi,pencernaan ilmu pengetahuan melalui perbincangan amat susah dicapai oleh pelajar yang hanya bersandarkan pada pengukuran kejayaan akademik berorientasikan peperiksaan semata-mata.Mereka hanya mengharapkan segala ilmu disuap sebagaimana yang dilakukan ketika peringkat sekolah lagi.Akhirnya,apabila tertekan dengan desakan masyarakat dan ibu bapa yang inginkan kejayaan paling banyak 'A' sahaja,sindrom potong dan tampal akan berlaku.Begitu juga bagaimana untuk melahirkan seseorang yang benar-benar berkeupayaan untuk memberi pandangan berbeza tetapi bernas berbanding orang lain ialah banyak bergantung pada tahap pembacaannya.
               Kita semua sedia maklum, kadar pembacaan rakyat Malaysia amatlah rendah dan statistik menggambarkan rakyat kita hanya sekadar membaca dua buah buku setiap tahun.Bagaimanakah ingin melahirkan idea-idea yang dikatakan 'asli' jika tahap pembacaan rakyat amat rendah?Ini tidak termasuk,pembacaan daripada jurnal-jurnal berwasit yang dikategorikan sebagai bahan bacaan berat sedangkan penemuan-penemuan daripada kajian-kajian penyelidik dan pensyarah dalam jurnal-jurnal ini mempunyai ilmunya tersendiri yang amat berguna untuk masyarakat.Namun,pilihan yang diambil ialah membaca bacaan ringan yang mempesonakan tetapi kurang membantu dalam perdebatan isu-isu semasa bagi menyelesaikan masalah masyarakat.Seringkali universiti merupakan gedung ilmu yang patut dirasai dan dihargai serta terbuka luas untuk keseluruhan masyarakat.Sebagai gedung ilmu,universiti bukanlah sekadar sebagai kilang untuk memenuhi industri semata-mata tetapi bertanggungjawab untuk kelangsungan kehidupan manusia yang sememangnya amat memerlukan ilmu sebagai panduan hidup.Oleh itu, peranan untuk membudayakan dan menghargai ilmu memerlukan transformasi masyarakat secara menyeluruh dan dipupuk sejak bermulanya setiap insan mengenali huruf dan angka lagi.

SUMBER: UTUSAN MELAYU

Merialisasikan Blog MGPM Kluang

at 8:22 PM

Salam,
Blog Majlis Guru Perpustakaan dan Media kluang telah berjaya disempurnakan oleh Tn. Hj. Ishak bin Mahbob pada 22 September 2011. Para blogger Guru perpustakaan dan Media telah bertungkus lumus selamat 3 hari 2 malam untuk menyiapkan blog pusat sumber sekolah masing-masing. Alhamdulilah akhirnya usaha gigih tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Majllis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Ishak bin Mahbob KPP BTPNJ , semua staf BTPNJ  rakan-rakan PKG seluruh daerah Kluang di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sehingga membolehkan kursus pembinaan blog ini dapat dilaksanakan. Alhamdulilah.

Cemerlang PMR 2011

Sunday, October 2, 2011 at 6:45 AM
Salam,
Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR 2011, didoakan semoga berjaya dengan cemerlang  dan mendapat keputusan yang terbaik selaras dengan usaha gigih yang telah dilaksanakan dengan bimbingan guru-guru. Insyaalah akan berjaya. Di turunkan beberapa tips persediaan menghadapi peperiksaan/ semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengurus kejayaan.


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Sumber :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved