National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Tahniah Tuan.

Wednesday, April 28, 2010 at 4:26 AM


Salam.
Alhamdulilah Bersyukur kita kehadarat Illahi kerana kecaknaan tuan pengarah Pelajaran Johor untuk melantik En. Mohd Isa bin Mohamad Penolong Pengarah ICT Unit Pengurusan Akademik sebagai Pegawai Meja kepada seluruh Guru Perpustakaan dan Media Negeri Johor yang khususnya menjaga Pusat Sumber Sekolah di negeri Johor ini. Dengan adanya pelantikan ini ianya akan memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah kita. kalau selama ini, kita tak tahu kemana nak dirujuk segala pemasalahan GPM. Link yang kabur ini menyukarkan kita untuk bergerak malah seakan-akan terputus dari pandangan dan pautan dengan Jabatan Pelajaran Johor. Kekalutan ini timbul kerana kita melaksanakan tugas-tugas melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor tetapi punca kuasanya dari Jabatan Pelajaran Johor itu sendiri. Malah di PPD kita tak tahu siapa pihak mana yang perlu dirujuk. Untuk menjalankan segala program kebanyakannya kita hanya melalui BTPNJ sahaja.

Berita gembira ini di ketahui ketika berada bersama rakan-rakan BTPN dan PKG dalam Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah di SK Ladang Tereh, Kluang. Apa yang lebih mengembirakan lagi apa pada 27 April yang lalu En. Mohd Isa telah berkesempatan ke Sekolah Menengah Jalan Mengkibol, Kluang, Johor dalam lawatan bersejarah ini, beliau telah dibawa meninjau Pusat Sumber Sekolah dan mengadakan beberapa perbincangan khusus untuk mengangkat martabah GPM dan Pusat Sumber Sekolah di Negeri Johor ini.

Saya bagi pihak Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan En. Mohd Isa sebagai pegawai Meja GPM dan PSS di Jabatan Pelajaran Negerin Johor. Mudah-mudahan dengan pelantikan tuan akan mencemerlangkan lagi pencapaian PSS dan yang pentingnya PSS dapat berfungsi sebagai pemangkin kecemerlangan akademik sekolah.

30 Sikap Untuk Berjaya

Tuesday, April 27, 2010 at 6:17 PM
30 Sikap Untuk Berjaya

Sikap Pertama: Ketahanan diri
Terus belajar biarpun hati anda dah mengalah/penat.

Sikap kedua: Disiplin diri
Melayan pembelajaran sebagai tanggung jawab dan bukan sebagai suatu hobi

Sikap ketiga : Minat terhadap pembelajaran
Belajar dengan perasaan positif dan gembira

Sikap keempat : Jangkaan positif
Sentiasa fikirkan kejayaan yang bakal datang

Sikap kelima : Ketenangan jiwa
Dapat memaafkan semua perasaan yang menjejaskan perasaan anda

Sikap keenam : Pembelajaran menyeluruh
Bukan hanya tumpu pada pelajaran yang anda minati sahaja

Sikap ketujuh : Ulangan bertubi-tubi
Sekadar memahami tidak mencukupi, ia perlu menjadi aset hidup

Sikap kelapan : Sikap tidak mengalah
Gagal mendapat prestasi yang baik tidak melemaskan semangat untuk terus belajar

Sikap kesembilan: Jaga diri sendiri
Tidak membandingkan kejayaan orang lain dengan prestasi diri anda

Sikap kesepuluh : Mengikut jadual belajar
Lepaskan semua perkara yang boleh mengganggu jadual ulangkaji anda

Sikap kesebelas : Cekal berjuang
Bersusah dahulu , bersenang kemudian. Tidak terpedaya oleh permainan video game. Sanggup mengenepikan permainan demi masa depan yang cerah

Sikap ke dua belas : Menjaga hidup
Tidak lupa pada keseimbangan hidup

Sikap ke tiga belas : Menjadi model
Tunjukkan contoh anda kepada adik beradik, rakan taulan

Sikap ke empat belas : Elak kesempurnaan
Melengkapkan tugasan tidak mungkin mencapai kesempurnaan

Sikap ke lima belas: Menangani perkara luar jangka
Setiap kejadian perlu ditangani dengan sabar dan tidak mencetuskan perasaan negati
Sikap keenam belas : Menghargai tekanan
Setiap tekanan adalah memberi kekuatan untuk anda

Sikap ketujuh belas : Suka berkongsi
Membantu orang lain adalah juga membantu diri sendiri

Sikap kelapan belas: Cekal mencari jawapan
Biasakan diri membuat rujukan silang pada buku yang berbeza

Sikap kesembilan belas: Suka bertanya
Untuk mendapat jawapan yang nyata dan mendalam

Sikap kedua puluh : Suka bersendirian
Menjaga diri jauh lebih penting dari melayan kawan

Sikap keduapuluh satu: Menahan penat
Setiap orang ada bateri kedua , gunanya bila perlu

Sikap keduapuluh dua : Inisiatif
Bertindak biarpun tidak disuruh

Sikap keduapuluh tiga : Jiwa berbakti
Belaajr demi kejayaan keluarga, negara

Sikap keduapuluh empat: Hutang pembelajaran
Rasa bersalah kerana gagal melengkapkan pembelajaran dan akan membayar balik hutang secepat mungkin

Sikap keduapuluh lima : Menjangkaui batasan
Belajar lebih dari apa yang orang lain mampu lakukan

Sikap keduapuluh enam: Mencabar diri sendiri
Fikirkan , adakah anda boleh lakukan lebih baik. Jika dapat, hadiahkan diri sendiri

Sikap keduapuluh tujuh : Nilai kerohanian
Jadikan pembelajaran salah satu dari ibadat hidup. Doa selalu.

Sikap keduapuluh lapan : Kasih sayang
Sayang pada diri sendiri dan tidak mengizinkan diri kalah dalam hidup

Sikap keduapuluh sembilan : Motivasi diri
Bercakap dengan diri sendiri secara positif

Sikap ketiga puluh : Kemahuan yang berkobar-kobar
Menjadikan harapan suatu kewajipan dalam hidup.


Sumber : DR. AZMAN BIN AHMAD PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Pertandingan PSS Cemerlang Daerah Kluang

Sunday, April 25, 2010 at 8:16 PM
Salam,

Buat rakan-rakan GPM daerah Kluang, dalam kesibukan kita melaksanakan tugas-tugas harian di sekolah tak lupa juga dengan pertandingan PSS yang bakal kita hadapi di penghujung Mei. Banyak perkara perlu kita telitikan dan siapkan selain dari fail kuasa PSS, Fail Meja PSS, dokumentasi, rekod-rekod , program dan aktiviti - aktiviti PSS kita juga perlu menpersiapkan PSS kita dengan keceriaan yang sebaik mungkin disamping mengemaskinikan segala program PSS. Mudah-mudahan dalam kesibukan ini kita masih lagi berupaya untuk berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Kalah menang adat pertandingan namun yang paling utamanya. Masa ini lah kita dapat melengkapkan PSS mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia. Dengan bantuan rakan-rakan. Apabila merenung dan menyemak senarai semak pertandingan PSS. apa yang perlu ada dan disiapkan terasa juga keutuhan peribadi dan jati diri kita sebagai GPM teruji dengan skop dan piawaian yang sangat tinggi.

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2010

Thursday, April 22, 2010 at 5:13 PM





Salam.

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2010 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah diadakan di sekolah Kebangsaan Ladang Tererh Kluang, Johor. Alhamdulilah Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang telah dijemput sama untuk menghadiri program tersebut. Program yang berlangsung 4 hari ini 19 April hingga 24 April 2010 ini telah dihadiri oleh 37 orang pengawai dari BTP, PKG dan Majlis Guru Media Daerah Kluang.

Semua krew telah dibagikan kepada beberapa unit seperti perpustakaan, bilik tayang, bilik bahan bantu, ICT dan bilik Akses. Selama tiga hari meyiapkan dan menaik tarap bilik-bilik tersebut. Majlis Guru Perpustakaan dan Media telah diberi tanggungjawab untuk menaik tarafkan pusat sumber. Selain dari itu program-program penerangan dan taklimat turut disampaikan oleh Pn Helen, En. Othman Ibrahim kepada guru-guru SK Ladang Tereh. Murid-murid juga telah diberi penerangan mengenai program NILAM.

Majlis Guru Perpustakaan dan Media merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Ladang Tereh En.Mohd Hata bin Samian, Guru-Guru Pusat Sumber Sekolah, guru-guru dan staf Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada kami semua.Semoga PSS SK Ladang Tereh akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya. Syabas dan tahniah kepada semua pegawai Teknologi Pendidikan (PKG) Jururteknik Komputer PKG, Pegawai-Pegawai BTPN Johor dan rakan-rakan GPM yang bersatu bertungkus lumus menjayakan program ini.
Saturday, April 17, 2010 at 12:21 AM





Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang mengucapkan selamat bersara kepada Pn Hajah Sapiah binti Samingon Guru Cemerlang Kaunseling SMK Taman Seri Kluang. Beliau yang telah memulakan tugasnya pada 4.1 1976 di SMK Dato Abdul Rahman Andak, 1983-1984 di Sekolah Tinggi Kluang, 2000-2005 SMK Jalan Mengkibol ,2006 hingga 13.4.2010 di SMK Taman Seri Kluang. Majlis Guru Cemerlang merakamkan sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih di atas penglibatan puan di dalam menjayakan segala program Majlis Guru Cemerlang. Semoga dengan persaraan dari dunia pendidikan ini akan memberikan ruang untuk puan berehat dan beribadat. Semoga terus sihat dan berbakti kepada dunia pendidikan.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakam ingatan iklas untuk Pn. Hajah Sapiah. Sesungguhnya perkenalan dan persahabatan kita di SJM menjadi memori indah untuk kita berdua bukan sahaja sebagai guru, kawan malah seorang kakak yang sentiasa memberikan nasihat, pertolongan , tunjuk ajar dan idea yang tak pernah kering dengan gelak ketawa.Segala kenangan manis kita berdua akan disimpan sampai bila-bila dan insyaalah hubungan kita tak kan putus sampai bila-bila. Selamat bersara Kak Pi.

Tips Meredakan tension

Thursday, April 15, 2010 at 5:11 AM
Salam,

Seringkali kita mengalami stress ketika melaksanakan tugas sebagai guru yang semakin bertambah, bukan sahaja kita diperlukan untuk mengajar di dalam bilik darjah, aktiviti kokurikulum,tugas-tugas pentadbiran di sekolah, merancang dan melaksanakan aktiviti yang pelbagai ditambahkan lagi dengan tugas-tugas di luar sekolah. Malangnya jika ianya tak dapat diuruskan dengan sempurna akan memberikan kesan yang mendalam terhadap kesihatan, fizikal dan mental kita. Ada rakan-rakan yang mengidap tekanan darah tinggi,darah rendah, sering pening kepala, pitam, marah-marah dan seumpamanya akhirnya kita akan diserang pelbagai penyakit. Jesteru itu tips ini mudah-mudahan dapat meredakan segala tekanan yang kita hadapi. Insayaalah

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.

Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?
Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat.


Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-laintapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.

sumber isuhangat.blogspot.com

Format Kajian Tindakan Negeri Johor

Saturday, April 10, 2010 at 6:37 AM
Salam.

Untuk rakan-rakan guru dan Guru Cemerlang di blog ini saya poskan kaedah dan teknik penulisan kajian tindakan untuk rujukan guru-guru membuat kajian tindakan di sekolah. Bagi rakan-rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang insyaalah pada bulan Jun ini kita akan mengadakan satu seminar kajian tindakan yang melibatkan semua Guru Cemerlang di adakan di Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Insyaalah apa yang dirancang akan menjadi kenayataan dan adalah diharapkan bahan yang diuploadkan ini dapat membantu guru-guru menyediakan Kajian Tindakan masing-masing.


Sumber :Penulisan Kajian Tindakan ini adalah dari Jurulatih Kajian Tindakan Negeri Johor Pn. Hjh Rosizan bt Mohd Yusof dan Portal Kajian Tindakan Negeri Johor dirujuk.

Tips untuk mendidik anak

Sunday, April 4, 2010 at 8:10 PM
* Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)

* Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

* Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

* Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)

* Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

* Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

* Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.

* Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

* Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

* Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

* Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

* Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

* Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

* Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

* Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

* Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

* Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.

* Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

sumber http://danausakinah.blogspot.com

Aturcara Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010

Thursday, April 1, 2010 at 11:08 PM
Aturcara Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010


22 APRIL 2010

8.00 - 9.00 PG : PENDAFTARAN & SARAPAN

9.00 - 9.45 PG : UCAPAN KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPNJ

9.45 - 10.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1

10.30 - 11.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 2

11.30 - 12.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 3

12.30 - 2.30 PTG : 'CHECK-IN', MAKAN & SOLAT

2.30 - 4.30 PTG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 4

4.30 - 5.00 PTG : SESI BERGAMBAR

8.30 - 9.30 MLM : PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN SR & SM

9.30 - 10.30 MLM : MESYUARAT AGUNG MGCN


23 APRIL 2010

7.00 - 8.00 PG : SARAPAN PAGI

8.00 - 9.00 PG : PERKONGSIAN ILMU 1

9.00 - 10.00 PG : PERKONGSIAN ILMU 2

10.00 - 11.00 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 7

11.00 - 12.00 TGH : UCAP UTAMA & PERASMIAN PENUTUP - TN PENGARAH

BERSURAI


CATATAN : UNTUK SESI BERGAMBAR, PESERTA DIGALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN BATIK SERAGAM MENGIKUT DAERAH MASING-MASING. PARA PESERTA JUGA DIGALAKKAN MEMAKAI BLAZER.

Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010

at 11:06 PM
MAKLUMAN AWAL

PERSIDANGAN YANG TERSEBUT AKAN DIJALANKAN PADA

TARIKH : 22 - 23 APRIL 2010

HARI : KHAMIS - JUMAAT

MASA : 8.00 PAGI KHAMIS (PENDAFTARAN)

TEMPAT : DEWAN SUASANA, HOTEL SELESA PASIR GUDANG

BAYARAN : RM120 (PERUNTUKAN DARIPADA JABATAN TIDAK DAPAT DIPEROLEH ATAS

DASAR BERJIMAT-CERMAT YANG SEDANG DILAKSANAKAN SEKARANG)


SETIAP DAERAH DIMINTA MENGHANTAR 10 ORANG WAKIL YANG TERDIRI DARIPADA GURU-GURU DARI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. ATURCARA PROGRAM KITA BOLEH DIKATAKAN AGAK PADAT, OLEH ITU DIHARAPKAN SEMUA PESERTA PERSIDANGAN DAPAT MEMANFAATKAN SETIAP INPUT YANG TELAH DIATURKAN. SELAMAT DATANG DAN BERSUA KEMBALI DI PERSIDANGAN NANTI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved