National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Pemantauan Calon Guru Cemerlang 2009

Monday, September 28, 2009 at 7:10 PM
Salam,
Pemantauan ambilan Guru Cemerlang sesi 2009 telah bermula dari 28 haribulan September dan mesti diselesaikan pada minggu hadapan, seramai 78 orang Calon guru Cemerlang daerah Kluang akan dipantau oleh pihak Najir,pegawai-pegawai dari JPNJ, PPD, pengetua,guru besar dan Guru Cemerlang sendiri. Bagi pihak Majlis Guru Cemerlang daerah Kluang, kami mengalu-ngalukan kehadiran tuan puan dan berdoa agar pemantuan tersebut berjalan dengan lancar dan dalam situasi yang bersedia.Moga kawan-kawan yang memohon GC ini akan berjaya. Amin.

Cabaran Seorang Guru Perpustakaan dan Media

Saturday, September 26, 2009 at 3:08 PM



Salam,

Setelah hampir 16 tahun bergelumang dalam Guru Perpustakaan dan Media dulunya dikenali sebagai penyelaras Pusat Sumber Sekolah, bermula dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, Dungun Terengganu hinggalah ke SMK Jalan Mengkibol, Kluang. Pelbagai perkara dan perisitwa telah dihadapi dari membangunkan sebuah perpustakaan yang dulunya sepi, kusam dan menakutkan kepada sebuah pusat sumber yang ceria, aktif dan mempunyai kemudahan yang lengkap serta menjadi contoh kepada Pusat Sumber yang lain. Usah dikira waktu bekerja kalau siang sampai jauh malam, sekolah adalah rumahku, pusat sumber sekolah adalah teman ku, Kepala ligat memikirkan idea-idea untuk membuat perubahan. Kalau difikirkan tenaga entahlah berapa puluh juta kalori telah digunakan dari mengecat, memotong, mengangkat, menyapu,melabel, memanjat,mengerat, mengelap,menyusun, mengalih dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah. Dulu bukannya ada pembantu hanya teman-teman yang faham datang membantu sekali sekala. Kalau nak kata tak ada kerja lain, macam-macam kerja di buat dari melatih murid olahraga di padang, melatih pasukan bola sepak sekolah dan daerah di padang tiap-tiap petang,memberi kursus kemahiran hidup sebagi KS (kakitangan Sumber) hingga ke luar daerah, Menjadi penasihat pasukan pengakap, membawa anak-anak serigala ni berkemah diceruk rantau di Terangganu, Memberi kursus dan ceramah mengenai Pusat Sumber kepada guru-guru, guru besar dan pengetua dan petang-petang juga dipadang bola menuip wisel perlawanan bola sepak di merata daerah.Jadi tukang kebun pun pernah ,menyiram pokok setiap petang , menjadi jaga sekolah membuka dan menutup lampu tak lupa nak membuka pejabat sekolah jam 6.30 pagi.
Mengutip dana untuk mewujudkan kelab komputer sekolah, adakan kelas komputer alih-alih dah dapat empat buah komputer siap dengan printer. Mengajar subjek Bahasa Melayu , KH dan PJK, apa khabar anak murid belakang rumah guru SK Kuala Dungun, Alhamdulilah dah lancar membaca, jadi apa agaknya mereka sekarang, curi-curi ajar pemulihan kesian ramai dah darjah 4 tak boleh ,membaca. Alhamdulilah hati puas mudah-mudahan jadi orang lah mereka. Maklumlah kebanyakan mereka anak nelayan.

Namun sekarang cabaran seorang GPM semakin hebat terasa antaranya.

1. Tidak dan kurang mendapat sokongan dari pentadbir sekolah kerana dalam era digital dan globalisasi ini mereka beranggapan Pusat Sumber Sekolah tidak penting ke Pusat Sumber hanya membuang masa sahaja.
2. Amalan dan galakan membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan tidak perlu kerana tiada kena mengena dengan peperiksaan.
3. Sukar mendapat kerjasama kawan-kawan kerana mereka menggangap GPM seorang yang serbaboleh, mempunyai masa yang banyak dan telah menjadi tugas dia.
4. Warga sekolah masih kabur dan tidak memahami fungsi Pusat Sumber dan kaitannya dengan pembangunan keseluruhan sekolah.
5.Kekurangan kursus profesional mengenai pengurusan Pusat Sumber Sekolah, apatah lagi apabila GPM sering kali bertukar dengan guru-guru baru disebabkan kenaikan pangkat dan sebagainya.
6. GPM terdedah dengan pelbagai kamahiran bernilai tambah khususnya ICT yang perlu dikuasai untuk menyayingi kepantasan ledakan maklumat di kalangan warga sekolah khususnya murid-murid.

Selamat bertugas kepada adik-adik GPM yang baru.

Melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran nilai tambah

Friday, September 25, 2009 at 5:40 PM
Salam,

Dalam arus perubahan pendidikan yang sering kali berubah mengikut keperluan sezaman guru-guru harus bersedia untuk bersama menyahut cabaran pendidikan, bukan sahaja minda mesti terbuka tetapi persediaan diri dengan pelbagai kemahiran seperti kemahairan ICT juga perlu dikuasai dan ditingkatkan. Lebih-lebih lagi sebagai seorang guru Cemerlang mahu pun Guru Perpustakaan dan Media. Pelbagai kemahiran bernilai tambah perlu diserap dan dipelajari dengan bersungguh . Hal ini adalah amat perlu untuk kita sentiasa bersedia dan meningkatkan kualiti dan kecekapan kita di bilik darjah mahupun ketika kita diberi tugas sebagai penceramah. Justeru itu padangan dari penulisan ini perlu diambilperhatian yang sewajarnya.

jika seorang guru ingin meningkatkan kemahiran profesional, khasnya, sebagai pelaksana kurikulum di bilik darjah. Persekitaran sentiasa berubah. Minat murid berlainan pada zaman yang berlainan. Ekspektasi ibubapa dan masyarakat berubah. Macam-macam daya tarikan kanak-kanak dan remaja semakin bertambah. Senang kata--dunia sentiasa berubah.

LDP memberi peluang kepada peserta untuk mendengar pengalaman daripada penceramah, berkongsi pengalaman dalam sesi perbengkelan dan pembentangan, saling galak menggalak untuk peningkatan profesional dan saling bantu membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa mengajar. Selain itu, guru-guru yang menjadi penceramah atau pembentang hasil bengkel berperluang untuk meningkatkan kemahiran membentang, menyediakan bahan-bahan seperti PowerPoint dan multimedia masing-masing.

Untuk meningkatkan kesan melekat, seorang penceramah perlu membuat persediaan yang mencukupi. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah :
1. Kandungan yang relevan dari aspek keperluan profesional peserta.
2. Bahan mesti sesuai dengan tahap intelek peserta.
3. Kaedah penyampaian perlu menarik dengan penggunaan bahan ICT dan multimedia seperti PowerPoint, grafik, bunyi/muzik dan klip video yang relevan dan optimum.
4. Perlu ada sesi berinteraktif supaya peserta tidak menjadi bosan.
5. Sesi soal-jawab dan bengkel perlu merangkumi aspek yang merangkumi spektrum dari LOTS ke HOTS (Lower order thinking skills to higher order thinking skills).
6. Perlu merancangkan pengaliran ceramah yang dapat memberi impak yang maksimum kepada fakta-fakta utama.
7. Tidak kurang penting ialah fakta penceramah sendiri yang saya akan beri dalam bentuk contoh di bawah. Respon yang mungkin dalam hati peserta diselitkan di dalam kurungan.
Peringkatan kepada penceramah:
1. Jangan mula dengan "......saya sebenarnya sibuk sangat beberapa hari ini dan kurang bersedia untuk ceramah ini...." (Kalau begitu janganlah beri ceramah ini. Buang masa kami sahaja.)
2. Anda mungkin jujur tetapi elakkan "....saya sebenarnya kurang jelas perkara ini. Apa boleh buat, terpaksa beri...." (Alamak, baru 5 minit, ada 1 jam 25 minit lagi. Harap boleh tahan.)
3. Jangan kata "....perkara ini senang. Semua sebenarnya dah tahu...." (Apa itu? Sahaja untuk memenuhi syarat 7 hari?)
4. Elakkan ".....saya sebenarnya menggunakan banyak masa dan buat sampai 3 pagi untuk ceramah hari ini. Malangnya kerana komputer diserang oleh virus, pagi ini saya hanya tinggal sehelai kertas mahjung yang kosong...." (Tipu!)
5. Jangan mula begini : "Pagi ini saya perlu semua tumpu sepenuh perhatian. Pada akhir sesi kalau saya tanya kamu tidak boleh jawab, tunggu surat amaran saya...." (Bukan tak nak tumpu perhatian. Yang lepas saya terima surat amaran tetapi saya tidak berkuasa mengeluarkan surat amaran kepada tuan/puan kerana ceramah yang begitu kecoh, tak sistematik, lompat sana, lompat sini, cerita-cerita yang tak relevan, marah-marah....)

Dipetik dari blog http://thinkingallowed1.blogspot.com tulisan oleh En.Yew Kok Leh Pengetua Kanan SMk Jalan Mengkibol Kluang.

Selamat Hari Raya

Wednesday, September 16, 2009 at 4:23 PM

Salam,
Ramadan telah mengundurkan dirinya mengamit kemunculan Syawal, telah puas kita berpuasa, beribadah menyucikan diri, bersama keluarga dan anak-anak. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan selamat hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir dan batin kepada semua sahabat handai, teman-teman kenalan. Kepada semua Guru Perpustakaan dan Media, daerah Kluang, semua Guru Cemerlang daerah Kluang dan negeri Johor.

Selepas selesai kita bercuti pastinya kita akan diasak dengan pelbagai kerja dan tugas bagi melengkapkan keperluan P & P lebih-lebih lagi musim peperiksaan hampir menjelang tiba. Latih tubi, ulang kaji, gerak gempur dan perbagai lagi aktiviti harus kita lakukan . Anak-anak didik sedia menanti akan langkah-langkah dan pecutan terakhir kita. Insyaalah mudah-mudahan kita terus diberikan kekuatan olehNya berusaha bermati-matian, tekun dan gigih ke arah kecemerlangan .

Pemantauan Calon Guru Cemerlang 2009

Monday, September 14, 2009 at 7:05 PM
Salam,
Perhatian kepada semua calon Guru Cemerlang permohonan terkini, satu pemantauan akan dilaksanakn oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti negeri Johor, Pegawai Pejabat Pelajaran Johor, Pengetua-pengetua, guru-guru besar dan Guru Cemerlang bermula dari 27 September hingga 10 Oktober 2009. Diharapkan rakan-rakan akan bersedia untuk menerima kunjungan pegawai-pegawai terebut dan saya bagi pihak Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang mengalu-ngalu dan mendoakan supaya kawan-kawan guru berjaya menjadi guru cemerlang seperti mana yang diharapkan. Manakala GC lama yang akan meningkatkan Gred mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi . Semoga berjaya.

Kehebatan Kluang di Bulan Ramadan

Monday, September 7, 2009 at 5:16 PM




Salam,
Ramadan kian berarak perlahan meninggalkan kita, senyuman Syhwal mula menguntum, Kita melangkah gagah mengharungi cabaran Ramadan. Anak-anak minta di beli baju raya, kasut raya dan seumpamanya, apa kata kesempatan yang ada ini kita berkunjung ke daearah Kluang, melihat kehebatan pasar dan Bazar Ramaddan , kesemua orang kita yang berniaga ratusan gerai menjual juadah berbuka puasa dari utara sampai ke selatan, cakap je semua ada, puluhan gerai memjual kelengkapan raya , cakap ape aje dari butang baju Melayu hingga ke kasut terpakai semuanya ada, semua brand orang kita, bukan orang seberang atau dari utara. dah lah tu harganya boleh dirunding pula. Pemandangan kehebatan orang kita tak dapat di lihat dimana-mana daerah lain di Johor. Itulah hebatnya seorang pemimpin yang mempunyai keberanian, visi, misi dan berjuang untuk orang kita. Syabas YB Jais dan team UMNO Kluang yang berjaya untuk kesekian kalinya melihat kekuatan dan memberi peluang orang kita untuk berniaga. Moga YB akan terus memanjat kecemerlangan dalam karier politik YB. Inilah pemimpin muda generasi baru yang kita mahukan. Jom Kita ke kluang ramai-ramai.

Kursus Blog dan Majlis Berbuka Puasa 01

Thursday, September 3, 2009 at 6:43 PM
Salam,
Alhamdulilah kita telah berada di pertengahan Ramadan, walaupun penat berpuasa disamping melaksankan tugas-tugas hakiki kita, Majlis Guru Cemerlang daerak Kluang, tetap meneruskan agendanya iaitu kursus membina blog dan majlis berbuka puasa yang akan di adakan di bilik mesyuarat Sekolah Tinggi Kluang, psda 17 Ogos 2009 bersamaan hari Khamis jam 10 pagi dan majlis berbuka puasa akan diadakan selepas itu.
Kursus ini akan disampaikan oleh saya sendiri dan majlis berbuka puasa akan diadakan selepas kursus ini. ianya hanya untuk AJK Majlis Guru Cemerlang sahaja. tetapi masih terbuka kepada ahli MGC yang berminat. sila hubungi saya secepat mungkin.
Bayaran untuk jamuan sebanyak rm 12.00. terhad kepada 35 orang ahli sahaja. maklumat selanjut akan saya maklumkan pada posting saya yang seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved