National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

OTAK

Wednesday, December 28, 2011 at 8:29 PM

10 Fakta Menarik Tentang Otak

1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.
2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.
3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.
4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.
5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.
6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.
7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.
8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.
9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.
10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.

Windows 8

at 8:26 PM

Windows 8

PERANCANGAN PELANCARAN WINDOWS 8: Isnin, 7 Januari 2013
Microsoft Windows atau yang lebih dikenali dengan panggilan Windows adalah dari sistem operasi yang dikembangkan oleh Microsoft, dengan menggunakan antaramuka grafik pengguna.
Sistem operasi Windows telah berevolusi dari MS-DOS, sebuah sistem operasi yang berbasis modus teks dan command-line. Windows versi pertama, Windows Graphic Environment 1.0 pertama kali diperkenalkan pada 10 November 1983. Microsoft Windows kemudian berkembang dan dapat menguasai penggunaan sistem operasi sehingga 90%.
windows 8 isuhangat
windows 8 isuhangat
windows 8 isuhangat

Keputusan yang tepat

at 8:24 PM
Seorang wartawan menemuramah seorang CEO sebuah bank luar negara
“Tuan, apa rahsia kejayaan anda?”
“Tiga perkataan sahaja” jawabnya.
“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang tepat!”
“Bagaimana anda membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan sahaja”
“Apa itu tuan?”
“Pengalaman”
“Dan bagaimana anda mendapatkan pengalaman?”
“Tiga perkataan sahaja juga”
“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang salah…”

Guru Cemerlang di Mana?

at 7:52 PM
Salam,
buat rakan-rakan guru cemerlang, perubahan sistem SSM kepada SBPA meletakan diri kita bingung dimanakah kedududkan Guru Cemerlag itu sendiri. Pelbagai persoalan timbul dan membuat kan kita resah gelisah . Adakah GC akan dibubarkan? Apakah nasib kita sebagai GC? Di manakah kedudukan kita sebagai GC dalam SBPA. Permasalahan yang bermain di kotak pemikiran kita memudarkan semangat kerja dan iltizam yang telah dibina sekian tahun lamanya. saya telah menerima banyak panggilan yang bertanyakan kedudukan GC dalam SBPA.

Rakan-rakan sekelian melalui maklumat yang diterima  dari En. Suresh S/U GC Negeri Johor mengatakan hasil taklimat yang telah dihadiri oleh beliau kedudukan GC adalah seperti berikut.

1. Guru Cemerlang diletakan di bawah Guru Wibawa mengkut gred masing-masing
2. Guru Cemerlang boleh melalui 2 laluan untuk ke gred seterusnya contohnya;
   a. mengikut Sistem Baru SBPA 8 tahunh 41, 8 tahun 48 dan 6 tahun 52
   b.mengikut fast trek dengan penyeliaan nazir terus ke gred yang seterusnya  tak perlu tunggu 8/6
      tahun untuk ke gred seterusnya ( macam biasa)

Alhamduliah , ingatkan GC akan dibubarkan, Bilik kita dah siap dengan cantik dan boleh digunakan semaksimun mungkin. Insyaalah. Namun begitu dialu-alukan dermawan dalam segala bentuk untuk mencantik dan mencerikan bilik saketerian Guru Cemerlang dan Guru Perpustakaan Media daerah Kluang. Terima kasih...

Getir 2011

at 7:38 PM

Anugerah NILAM 2011
Ibu bapa mendengar penerangan mengenai Fungsi Bilik Akses
Perasmian Bilik Akses Kendiri dan Makmal Cyber PSS

Salam,
buat rakan-rakan dah hampir sebulan lebih tidak menulis di blog disebabkan pelbagai perkara yang datang dan melepasi ruang lingkup kehidupan yang mencabar jiwa raga, kekuatan diri dan perasaan. 2011 dilalui dengan pelbagai cabaran dan rintangan untuk mengapai kepuasan diri dan cita-cita. Melengkapi ruang lingkup tugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media yang mengkehendaki kreativiti, kerajinan dan usaha yang berganda untuk melengkapi pusat sumber yang telah berpindah kebangunan baru. bertungkuslumus menyiapkan segalanya untuk membolehkan PSS beroperasi sepenuhnya. Aduh... kerja-kerja yang terselindung di tingkat empat di batasan ruang itu tak siapa yang tahu dan rela mengintai-intai dari dekat. Di renteti dengan relief  yang pasti hadir dan mencuri masa yang amat berharga...
     Selangkah permulaan yang tidak ada hentinya terus mengerjakan tugas misi rahsia itu dengan peluh dan keringat meneroka jurang yang telah ditinggalkan bertahun. Hanya diri yang tahu , menjulang harapan yang terpinggir. Alhamdulilah dalam kesibukan tugas hakiki dan luaran segalanya tercapai dengan sendirinya. Terima kasih teman-teman seperjuangan yang sama-sama membantu mencapai misi dan visi kita bersama. Insyaalah 2012 yang menjelma kini akan kita perkukuhkan dan memantapkan perjalanan PSS ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Usaha bersama akan menghasilkan pencapaian matlamat yang gemilang.


      Melalui masa-masa terluang dalam percutian membolehkan diriku mengisi waktu melihat negeri orang, Perjalanan 24 jam dri Butterworth ke Bangkok menaiki keretapi memberikan satu pengaalaman yang baru melihat dunia orang lain. Bersama rentak deruan roda keretapi ekspress menghirup nafas baru untuk membina kekuatan diri dalam alam persekolahan yang amat berbeza ternanti pada 2012. Meskipun diriku telah berjaya mengharungi 11 tahun bersama. Ditengah kemegahan kota Bangkok, menyelusuri jejalan melihat watak dan keterlakuan manusia , membanding beza tanah air tercinta dengan debu aspal  wajah-wajah manis gadis kota. Melihat dunia yang berbeza untuk menjana ribuaan rasa yang bergelora.

2011 telah ku lalui getir cubamu dengan seribu pemuka rasa, dalam letih dan payah ku garap segala yang terrintang untuk meneruskan  kehidupan. Moga 2012 yang menjelma memberikan aku teruskan kekuatan untuk berlari di padang getir krikil , yang tak sama seperti orang lain. Insyaalah diri akan terus berdiri seperti biasa dengan senyuman manis di bibir. Terima kasih 2011 terus  mendewasakan aku menjadi manusia biasa.

     

Mesyuarat Pengurusan Jamuan Akhir Tahun MGC Kl uang

Sunday, November 13, 2011 at 7:43 AM
Salam,

Program: Mesyuarat Pengurusan Jamuan Akhir Tahun Kali ke dua
Tarikh : 14 November 2011
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Saketeriat  MGC Kluang, d/a Pejabat Pendidikan Kluang lama.
Masa : 3.00 petang
SEMUA AJK MAJLIS DIJEMPUT HADIR KE MESYUARAT.

SOKONGAN TUAN-PUAN AHLI MGC KLUANG UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS KITA INI AMAT DIHARGAI.

JEMPUTAN JAMUAN AKHIR TAHUN MGC KLUANG

at 7:36 AM
Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang,
D/A SMK.Jalan Mengkibol,
KM.4. Jalan Mengkibol 86000 Kluang, Johor.
                                                                                         Blog:http//mgck01.blogspot.com

                               

Ruj: MGCK/01/11/06
                                                                                                                                Tarikh : 07 November 2011
Kepada,
Semua Ahli,
Majlis Guru Cemerlang .
Daerah Kluang.
Johor.

Tuan/Puan,

Jamuan Akhir Tahun dan  Meraikan Persaraan Ahli MGC Kluang 2011

Merujuk Kepada perkara di atas adalah dipersilakan tuan/puan ahli Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang untuk menghadiri jamuan akhir tahunan dan majlis persaraan ahli guru cemerlang  daerah Kluang seperti ketetapan berikut :

                Tarikh :                 18 November 2011
                Hari :Jumaat
Tempat: Hotel Prime City Kluang
Bayaran : RM.50.00
Tema: Baju warna hijau

2.            Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan tuan/puan  dapat menghadiri majlis tersebut serta mengesahkan kehadiran tuan puan  dengan menghubungi Pn. Maslia binti Darum , No. tel- 0137783269 (Setiausaha MGC Kluang) selewatnya-lewatnya pada  11 November 2011.

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

“Kecemerlangan Berterusan”

Yang menurut perintah,


Ismail bin Yon
Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang,
Daerah Kluang, Johor.

MAKLUMAN PENTING
·         bagi memeriahkan lagi suasana majlis Guru Cemerlang DG 48 Ke atas digalakkan memberikan sumbangan hamper dan dibawa pada malam tersebut terima kasih.
Makluman Penting
·         Telah dimaklumkan bahawa Hotel Prime City telah disahkan halal oleh Pejabat Agama Kluang ( Kadhi Kluang)
Sekolah Rendah

Aturcara Majlis
1.       ATURCARA MAJLIS

8.00 malam : ketibaan ahli MGC
8.15 malam : ketibaan VIP
8.20 malam : Bacaan doa
8.25 malam : Jamuan makan malam
9.00 malam : Persembahan Montaj Aktiviti MGC Kluang
9.15. malam : Ucapan YDP MGC Kluang.
9.20. malam: Ucapan:  GC Bersara
9.30. malam: Ucapan PPD Kluang
9.45. malam  Cenderamata GC Bertukar
                        Cenderamata GC bersara
                        Cenderamata PPD                       
10.00 malam: Bersurai
               CABUTAN BERTUAH AKAN DIADAKAN PADA MAJLIS TERSEBUT
             
              Tindakan Segera/Penting

Mohon pertolongan tuan/puan Ketua Kumpulan Sekolah  Membantu melicinkan  urusan Majlis kita dengan memaklumkan dan memujuk ahli untuk hadir ke majlis tersebut serta membantu  pungutan Duit Bayaran Jamuan serta memaklumkan kehadirian  ahli, dengan menghubungi Setiausaha  MGC Kluang selewat-lewatnya 14 November 2011. Mesyuarat pengurusan jamuan akan diadakan  14 Novemver 2011 jam 3.00 petang. Kerjasama tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih

AZLINA MASUAN
SK SERI MAJU JAYA
GAN SOO PENG
SJKC CHONG HWA 2
HAIRUNISA BINTI MAHZAN
SK SERI KENCANA
LEE SHIOW YUAN
SJKC CHONG ENG
LIM SOEK LEE
SJK© SRI LALANG
LOH LEE YIN
SJKC PALOH
MAIMUNAH JURAIMI
SK SERI INTAN
MARHAINI MOHAMED
SK DATO ONN JAAFAR
MARIAM ISHAK
SJKC PA YAI
MASLIA DARUM
SK BATU 3
MD YAZID BADIR
SK (FELDA) ULU PENGGELI
MOHD SHAMSURI ISMAIL
SK KAHANG
NORINI BTE RAZALI
SK SERI MACAP
RIZALMAN KASMAN
SK PENGKALAN TEREH
SA'EDAH BTE ROOWAH
SK BANDAR RENGAM
SUOFIAH ABDUL RAHMAN
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR
THULASI A/P SHEE RAMAH
SJKT JALAN HJ MANAN
WAHIDAH ABD RAHMAN
SK SERI KENCANA
YASRI MAT YASIN
SK BANDAR T6
ROHANI BINTI NAN
SK PEREMPUAN BANDAR T6
SUHAILA BINTI ABU BAKAR

SK PEKAN LAYANG-LAYANG

TOO AH KOON

SK BANDAR PALOH

AZLINA BINTI MASUAN

SK SERI MAJU JAYA

YASRI BIN MAT YASIN

SK BANDAR T6

MD IBNUHAJAR BIN MD TAHA

SK BUKIT TONGKAT
CHEONG NUAN

SK TUNKU MAHMOOD 2

MARIAM BTE ESHAK

SJK(C) PA YAI

VASU A/L DORASAMY

SJK(T) JALAN BUKIT RENGAM

T. MALINI A/P M. THAMBI PILLAI

SJK(T) LADANG LAMBAK

THULASI A/P SHEE RAMAH

SJK(T) JALAN HAJI MANAN



Sekolah Menengah
       
A. RAHMAN BIN DARHAM
SMK TAB
ABD HAFIZ BIN OTHMAN
SMK LKTP BELITONG
AIDA BT RAMLI
SMK TMN SRI KLUANG
AINIZA BT SOMIN
SMK SAJ
AZMI MURAD BIN ABU YAMIN
SMK SRI INTAN
CHE HASNAH BT NUH
SMK SIMPANG RENGGAM
HALIZA ALI
SM SAINS JOHOR
JALILAH KASSIM
SMK DARA
JUANITA PRIMROSE A/P MARIYAM PILLAI
S TINGGI KLUANG
LEE JECK FOOK
SMK PALOH
MOHAMAD BIN SABTU
SM TEKNIK KLUANG
MOHAMAD YUSUF KASLAN
SMK DHHY
MOHD HAMSAM ABD LATIF
SMK KAHANG TIMUR
MUSA BIN SIMPOL
SMK LAYANG-LAYANG
NORHAKIMAH ISMAIL
SMK SAJ
NURMINA BINTI RUSLI
SMK BANDAR T6
ZULKIFLI BIN AHMAD
SMK JLN KOTA TINGGI
ZANARIAH BUANG
SMK.TUN HUSSEIN ON
HAJAH RAHMAH BTE HAJI SAYUTI
SM SAINS SEMBERONG
PN.LEE CHOO GUAT
SMK JALAN MENGKIBOL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved