National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Fail Meja GPM Kluang

Wednesday, August 26, 2009 at 9:51 PM
Salam,
Kepada semua GPM Daerah Kluang sila dapatkan Fail Meja Guru perpustakaan dan Media yang telah siap dalam blog ini sila klik ( Pengurusan Pusat Sumber Sekolah) saya dah uploadkan. TQ

Modul Pengurusan P & P Berkesan Daerah Kluang

at 6:16 PM


Salam,
Modul terakhir telah tamat pada 19 Ogos 2009, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua fasilitator, ajk bertugas , pengetua sekolah-sekolah yang terlibat dengan penyediaan tempat, kepada Pn Marhani , Pn, Norizah tak Lupa jua Pn Hjh. Rahmah bte Sayuti yang banyak memberikan sokongan dan idea hingga selesainya jelajah Modul MGC ini. Mudah-mudahan apa yang baik akan menjadi pengetahuan dan penambahan kemahiran dan apa yang kurang akan kita jadikan pengajaran untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. terima kasih semua.

Jom jadi Guru Cemerlang Media

at 5:41 PM

Salam,
Kepada semua GPM daerah Kluang, Jom kita bersama menjadi Guru Cemerlang Media, untuk pengetahuan kawan-kawan Guru Cemerlang Media di negeri Johor ni ada dua orang sahaja, saya dan Guru Cemerlang Media dari Sekolah Tinggi Batu Pahat.Kawan-kawan boleh downlodkan instrumen pemantuan GPM Cemerlang sebagai panduan . Mudahan-mudahan akan bertambahlah lagi GPM Cemerlang di Negeri Johor ini. Tak cuba kita tak tahu.

Saya uploadkan dalam Bahagaian PENGURUSAN PSS

Kursus Asas ICT Staf SMK Mengkibol

at 5:33 PM



Salam,
Pada 26 Ogos 2009 telah diadakan satu kursus ICT untuk semua staf sokongan SMK Jalan Mengkibol, seramai 15 orang staf pejabat, makmal dan pembantu Pusat Sumber telah mengambil bahagian. Para peserta telah berjaya membuat akaun e-mail belajar menerima e-mail dan menghantar e-mail, menghantar gambar, muzik, para peserta juga diajar melayari internet khususnya portal kementerian pelajaran, bagaimana menguploadkan bahan , menyimpan, mencetak bahan dan meng-emailkan bahan tersebut. Ucapan Terima kasih diberikan kepada Tuan Pengetua En. Yew kok Leh kerana telah mencadangkan supaya kursus ini diadakan yang pastinya dapat memberikan nilai tambah kepada staf sokongan SMKJM dan satu langkah kehadapan untuk menyediakan kemahiran ICT bagi menyahut cabaran dunia GLOBAL. terima Kasih Cikgu.

Fail Meja GPM

Tuesday, August 25, 2009 at 2:54 PM


Asalamuaikum dan salam sejahtera,


Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Pegawai Pelajaran daerah Kluang, Dr. Azman bin Ahmad , Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Pusat Kegiatan Guru daerah Kluang, Jawatankuasa dan Ahli Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang yang memberikan komitment seratus peratus dalam usaha mengwujudkan Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media ini.

Fail Meja amat perlu digunakan olen semua Guru Perpustakaan dan Media di sekolah-sekolah khususnya di daerah Kluang ini, sebagai rujukan untuk pihak melaksanakan tugasan di sekolah. Malah ianya memberikan pengetahuan dan kefa
haman yang lebih jelas kepada pengetua , guru besar dan rakan setugas terhadap bidang tugas Guru Perpustakaan dan Media sebenaranya. Oleh yang sedemikian adalah diharapkan Guru Perpustakaan dan Media akan dapat melaksanakan tugasan mereka di sekolah dengan penuh komitment dan mendapat sokongan pada daripada pihak pengurusan sekolah.

Usaha murni Pusat Kegiatan Guru daerah Kluang dan Majlis guru Perpustakaan dan Media ini akan menjadi titik tolak ke arah kecemerlangan Pusat Sumber Daerah Kluang. Panduan bidang tugas yang lengkap ini akan membolehkan Guru Perpustakaan dan Media menjalankan tugas mereka secara berfokus dan sistematik. Lebih-lebih lagi kepada Guru Perpustakaan dan Media yang baru dilantik.

Fail Meja ini akan saya uploadkan kedalam blog saya dalam minggu ini untuk semua GPM
Daerah kluang.


Tq, sekali lagi kepada semua GPM Kluang yang bertungkuslumus menyiapkan Fail Meja ini.

Cuti Sekolah dan Ramadan

at 2:45 PM
Salam,
Cuti sekolah telah bermula serentak dengan ketibaan Ramadan. Walaupun permulaan tibanya Ramadan dengan permulaan berpuasa ianya tidak mengabaikan tugas-tugas kita sebagai GPM. Selain dari melengkapkan dan melakukan editing dan suntingan Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang, membuat editing video program Sekolah yang terbaru, mengemaskini kewangan dan program Majlis guru Cemerlang Daerah kluang, merancang aktiviti Kem Iktihar Cemerlang Sekolah Tinggi Kluang, serta memikirkan kaedah dan bahan kursus untuk Staf SMKJM. Sesungguhnya cuti ini tak sempat lagi untuk berehat atau melancong ke tempat lain. Sehari di rasakan terlalu pendek, seminggu terlalu singkat sebulan cepat benar berlalu.. Apa pun saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubararak dan menyambut ketibaan
Bulan Shywal pula..

Perjumpaan dan Majlis Ilmu MGC Kluang

Friday, August 14, 2009 at 8:31 PM







Salam,
Perjumpaan Guru Cemerlang dan Majlis Ilmu sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat STK seramai 65 orang ahli MGC Kluang telah hadir, antara perkara yang dibincang dan dimaklumkan adalah misi dan visi MGC Kluang,Aktiviti Badan Sosial dan Perhubungan, Bengkel kumpulan matapelajarn untuk di videokan. Yang lebih menarik lagi ialah ceramah oleh En. Yew Kok Leh Pengetua Cemerlang SJM mengenai tip-tip menjadi GC cemerlang yang berterusan. Beliau memberikan pengalamannya ketika menjadi guru cemerlang. Majlis penutupan disempurnakan oleh Tn. Hj Sharuddin bin Sharif PPD Kluang. Terima kasih atas kehadiran tuan puan ahli MGC Kluang ke Majlis in. Berterusan mengangkat Kecemerlangan Pendidikan.

Fail Meja GPM

Wednesday, August 12, 2009 at 8:40 PM






Salam,
Bengkel Permurnian Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media, sedang diadakan diadakan di Pusat Kegiatan Guru, Lelaki Bandar kluang, Usaha murni Pusat Kegiatan Guru Kluang dan Majlis Guru Media daerah Kluang ini akan memberikan kesempatan dan kemudahan kepada semua Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang dan negeri Johor, satu garis panduan kerja untuk memudahkan semua GPM melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan dan sistematik. Tahniah dan syabas kepada semua GPM dan AJK majlis Guru Media daerah Kluang dan PKG atas usaha-usaha yang telah dijalankan.

Perjumpaan dan Majlis Ilmu MGC Kluang

at 1:46 AM

Salam.
Perjumpaan ahli dan Majlis Ilmu Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang akan diadakan pada 15 ogos 2009 bersamaan hari Sabtu jam 7.45 hingga 2.00 petsng di bilik Mesyuarat Sekolah Tinggi kluang, Johor. Semua Guru Cemerlang dijemput hadir. surat panggilan akan menyusul ke sekolah anda tak lama lagi.


Jawatankuasa Perjumpaan MGC dan Majlis ILMU
Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang kali ke 2
2009



Pengerusi
En. Ismail bin Yon

Naib Pengerusi
Pn. Marhani bin Mohamed

Setiausaha 1.
Pn. Gayah binti Madu

Setiausaha 2
En. Zaki bin Ahmad

Bendahari
Puan Ng Peck Chin

Ahli Jawatan Kuasa Kecil

Pendaftaran
Pn. Hjh Sapiah binti Samingon
En. Azmi bin Murad
Cik M Sundra Vadivu a/p K Murugesu
En. .Sulaiman bin Haji Husin
Pn.Or Tien Yai

Persiapan tempat.

Cik Junita Primrose A/P Maryam Pillai
En. Mohd Hamsan bin Abd. Latif
Puan Loh Lee Yin
Puan Rahimah bte Jalil
En. Zulkifli b Ahmad

Pengacara Majlis Kursus dan Penutupan
En. Yahya bin Harun
Cik Hajah Khalidah binti Hj Khalid
Md Yazid bin Badir (doa)

Hadiah dan bahan Kursus

Pn. Marina binti Mohamed Fadzil
Pn. Katijah bte Kanang
Pn. Saedah binti Roowah
Pn.Azalina binti Masuan

Jamuan
Pn. Shahrul Bahriyah bt Mustafa
Pn. Hasliza binti Salleh
Pn.Wan Azizah bt Wan Ismail

Dokumentasi
En. Affandi bin Hassan
En.Abd.Hafiz bin Othman



Tentatif Program

8.00 pagi - pendaftaran/ minunm pagi
9.00 pagi -Mesyuarat MGC

Agenda .

1. Ucapan pengerusi

2.Pembentangan kewangan MGC/ kutipan bayaran buku dan sticker MGCJ

3. Aktiiviti MGC 2009
- P&P bersepadu dan di videokan mengikut mata pelajaran
- Lawatan penanda aras ke Insitut Aminuddin Baki
- Jamuan Akhir Tahun
4. Perbincangan dalam kumpulan mengikut matapelajaran

11.00 pagi - Majlis Ilmu bersama En. Yew Kok Leh Pengetua Kanan SMK Jalan
Mengkibol ( Mantan GC)

1.00 tgh -Majlis penutupan oleh Tn. PPD Kluang.
1.30 tgh -Jamuan tengahhari dan bersurai

Bukan mudah mencapai kejayaan

Sunday, August 2, 2009 at 8:59 PM


Salam,

Saya mengambil kesempatan di sini merakamkan tahniah dan syabas kepada Guru Perpustakaan dan Media SK Perempuan Bandar,Kluang. Pn. Hjh. Padilah binti Shahran, ajk Pusat Sumber Sekolah, semua guru. tukang kebun ,tukang sapu, barisan pentadbir SK Perempuan Bandar, pasti tak lupa Pn. Mazlin Guru Besar Perempuan Bandar. Semua warga yang bertungkuslumus memastikan kesediaan sekolah menghadapi pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan. Kerja kuat dan komitment tuan-puan amat saya kagumi. Kekuatan peribadi GPM Pn Hjh Padilah membuatkan saya memikirkan betapa hebatnya seorang GPM dalam merialisasikan kecemerlangan PSS dan sekolah itu sendiri. Apa pun, syabas dan doa dari saya dan semua GPM daerah Kluang semoga perjuangan kali kedua ini akan membuahkan hasil dan kejayaan yang manis dan berkekalan.

Memoir GPM

Selagi kita bernama GPM
Semua orang tak nampak
macam tak de keja nak dibuat
seolah dunia ini sempit buat mereka
dan tak penting
tiada apa-apa
tak ada tak pe
ada pun tak bermakna kata nya

tapi kita keja macam lipas kudung
siang malam bulan bintang
embun subuh menjadi teman
tak sempat nak pergi shopping
apatah lagi melancung
pasang badan jauh sekali
tengok tv hanya mimpi
dan kotak fikir sentiasa
teringatkan
PSS, PSS, PSS
dan tak de benda lain
suami pening, bini pun pening
anak-anak tak sempat nak bermanja
nasiblah badan..
hanya yang komited dan faham tugas di PSS
akan mengerti jerih dan perih
diribaan GPM

tapi... kita tetap melangkah
walau tak dapat APC
atau pelbagai anugerah
yang penting segalanya kerana ALLah
takut nanti dapat cek tendang
baru terpandang sejarah silam.
terus berjuang GPM kerana hanya DIA yang tahu segalanya.

Nukilan
Kita
ismailsjm09

Modul Pengurusan P & P Berkesan Daerah Kluang 2009

at 7:07 PM




\
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved