National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Warna warni 2010

Thursday, December 30, 2010 at 8:07 AM
Salam,
Beberapa hari lagi 2010 akan meninggalkan  diri ini dengan penuh peristiwa pahit manis suka duka dalam langkah-langkah kerdil mengharungi liku-liku kehidupan dalam mendewasakan kematangan kehidupan, Melihat gerak langkah insan sekeliling  dengan pelbagai ragam   mengajar aku erti keikhlasan dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada yang memerlukan. Bergelumang dengan tugas - tugas GPM, Guru Cemerlang di daerah dan negeri dan dipenghujungnya kebangsaan serta tak lari tugas-tugas disekolah membuatkan perjalanan saat, minit,jam,hari, minggu, bukan dan ke tahun semakin pendek dan terlalu pantas. Kehilangan detik 3 tahun  diragut egois yang sukar dibentuk menyenak akal fikiran. Terkejar-kejar dalam kesempatan masa yang tipis cuba melonjak diri dipersada pendidikan, sukar dan memeritkan terdampar sendirian. Memukau kerinduaan di pelukan seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebahagaiaan dan kejayaan anak tersayang, dipenghujung waktu kembali kepangkuan dengan pasrahnya keredaaan hati dan perasaan. Gema kesedihan masih melantun dalam diri namun segala harus kuleraikan untuk terus berdiri dan berlari pantas , menyusun derap langkah untuk bersama waktu yang mendesak kedewasaan seorang insan. Alhamdulilah segalanya kembali tenang dan bersemangat menyahut gelombang 2011.Ah! Sesungguhnya warna warni 2010 terlalu menyilau pandangan.

Cinta Buku satu amalan disekolah?

Sunday, December 12, 2010 at 7:19 AM

Pembudayaan Cinta Buku dan Membaca di Sekolah

Salam,

Rata-rata di negara yang lebih maju, pembudayaan cinta buku dan membaca santai akan ditanam secara serius sejak di peringkat sekolah rendah.
Ini dapat diperhatikan melalui seberapa banyak program berkaitan buku, penulis, perpustakaan dan pelbagai kegiatan membaca yang dianjurkan di peringkat sekolah rendah. Laporan mengenainya dapat diikuti di dalam majalah, akhbar mahupun jurnal akademik.
Kepentingannya terbukti melalui satu kajian yang dijalankan oleh British Library dan Joint Information Systems Committee (JISC) yang menunjukkan tahap kunjungan pelajar peringkat ijazah ke perpustakaan juga bergantung kepada kebiasaan mereka mengunjungi perpustakaan semasa kanak-kanak.
Ini dapat dijadikan suatu pedoman bagi ibu bapa dan pihak sekolah di Malaysia supaya lebih bertungkus-lumus menanamkan semangat mencintai buku dan membaca semasa di peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah Melayu, buluh harus dilenturkan semasa masih rebung.
Terdapat banyak idea menarik yang boleh dicuba di peringkat sekolah rendah di negara kita. Asalkan kita bersedia bergandingan usaha, perbelanjaan dan komitmen untuk mencapainya.
Salah satu daripadanya adalah buah fikiran kreatif seorang guru perpustakaan bernama Suzanne Hall. Kelab buku di bawah pimpinannya telah berjaya meraih penyertaan pelajar yang membanggakan setelah beliau mengubah suai corak aktiviti kelab buku.
Pada setiap tahun, 8 judul buku yang sesuai akan dipilih sebagai bacaan wajib peserta kelab buku di sekolah. Berdasarkan buku-buku ini, banyak aktiviti menarik telah diadakan.
Contohnya mencari bahan terpakai berdasarkan benda-benda yang disebutkan di dalam novel. Mana-mana pelajar yang dapat mengumpulkan paling banyak benda yang disebutkan dalam sesebuah buku, dia akan memenangi hadiah.
Sesekali ia turut melibatkan jamuan seperti kes sebuah buku berjudul Homeless Bird yang berlatarbelakangkan India. Berilhamkan buku itu, seorang daripada ibu pelajar telah memasak makanan India untuk jamuan kesemua ahli kelab. Tidak lama selepas itu, pelajar-pelajar lain turut membawa pelbagai makanan India seperti roti naan, pakora dan burfi.
Aktiviti lain yang diilhamkan daripada buku-buku yang dipilih adalah menonton video atau filem. Biasanya aktiviti ini akan dijalankan setelah tamat waktu persekolahan, disusuli jamuan snek untuk para pelajar.
Gambar Hiasan
Manakala pakar daripada luar akan dijemput apabila bersesuaian dengan tema buku. Misalnya semasa membaca sebuah buku tentang usaha pemuliharaan burung hantu berjudul Hoot, seorang pakar tentang burung hantu telah dijemput ke sekolah membawa dua ekor burung hantu untuk ditunjukkan kepada pelajar.
Lawatan sambil belajar tidak kurang popular di kalangan para peserta kelab buku kelolaan Suzanne Hall. Mereka pernah mengadakan lawatan ke panggung wayang untuk menonton filem-filem tentang China, Alaska, Mesir dan gunung berapi yang berkaitan dengan buku yang dibaca.
Mereka juga pernah mengadakan aktiviti memanjat batu (untuk buku Raging River) serta mengikuti bengkel arkeologi untuk sebuah buku berjudul Akhenatan Adventure. Sebuah buku lain, The Emily Carr Mystery, telah berjaya memberi inspirasi menganjurkan maraton 18 jam ala Amazing Race.
Semua ini adalah atas usaha yang giat dilakukan oleh para guru perpustakaan di peringkat sekolah rendah. Sudah tentu kerjasama ibu bapa juga penting dalam memberi galakan kepada anak masing-masing.

sumber;http://pendidikmy.net/2010/09/04/pembudayaan-cinta-buku-dan-membaca-di-sekolah/

Selamat Menyambut Maal Hijrah

at 6:56 AM
Selamat Menyambut Maal Hijrah

Takwim Persekolahan 2011

at 6:41 AM

Berikut ialah takwim sekolah bagi sesi persekolahan 2011.


Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu)
Hari Persekolahan
2/1 – 10/3
50 hari
Cuti Pertengahan Penggal I
11/3 – 19/3
9 hari
Hari Persekolahan
20/3 – 26/5
50 hari
Cuti Pertengahan Tahun
27/5 – 11/6
16 hari
Hari Persekolahan
12/6 – 25/8
55 hari
Cuti Pertengahan Penggal II
26/8 – 3/9
9 hari
Hari Persekolahan
4/9 – 17/11
55 hari
Cuti Akhir Tahun
18/11 – 31/12
44 hari
Jumlah

288 hari

Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Hari Persekolahan
3/1 – 11/3
50 hari
Cuti Pertengahan Penggal I
12/3 – 20/3
9 hari
Hari Persekolahan
21/3 – 27/5
50 hari
Cuti Pertengahan Tahun
28/5 – 12/6
16 hari
Hari Persekolahan
13/6 – 26/8
55 hari
Cuti Pertengahan Penggal II
27/8 – 4/9
9 hari
Hari Persekolahan
5/9 – 18/11
55 hari
Cuti Akhir Tahun
19/11 – 1/1
44 hari
Jumlah

288 hari

Mutiara Kata Motivasi

at 5:27 AM
Salam,

Dalam setiap hari 5 kali, kita mendengar azan yang melaungkan “Marilah Menuju Kejayaan”. Kejayaan di dalam azan bukan sahaja untuk berjaya dengan kehidupan di akhirat, mungkin juga boleh dihayati untuk kejayaan di atas dunia yang Insyallah, boleh membantu kejayaan di akhirat.
Himpunan mutiara kata motivasi untuk yang ingin cemerlang dengan kerjaya atau apa juga bidang yang sedang dilakukan. Supaya kita tidak mudah berasa kerdil, pemalas, pesimis, mudah patah semangat, tidak percaya diri dan tidak mempunyai cita-cita!
Walaupun orang yang mutiara kata ini kebanyakannya dari mulut orang bukan Islam, tapi ingatlah ‘menuntut ilmu biar ke negeri China”.
Semoga memberi manfaat.
1. Orang-orang yang mengkritik kita sebenarnya adalah pengawal jiwa kita, yang bekerja tanpa bayaran (Corni Ten Boom)
2. Saya tak pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita kerana terlalu banyak bekerja. Lebih banyak orang menderita kerana terlalu banyak cita-cita tetapi tak cukup berusaha (Dr. James Mantague)

3. Saya telah mempelajari kehidupan lelaki hebat dan wanita-wanita terkenal, dan saya menemui bahawa mereka yang mencapai puncak kejayaan iaalah mereka yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang ada di hadapan mereka dengan segenap tenaga, semangat dan kerja keras (Harry S. Truman)
4. Tiada rahsia untuk menggapai kejayaan. Kejayaan itu dapat dicapai dengan persiapan, kerja keras dan mahu belajar dari kegagalan (General Collin Power).
5. Kita menilai diri kita dengan mengukur dari apa yang kita rasa mampu untuk kerjakan, orang lain mengukur kita dengan mengukur dari ada yang telah kita lakukan (Henry Wadsworth Longfellow)
6. Orang-orang yang sukses telah belajar membuat diri mereka melakukan kerja yang harus dikerjakan ketika kerja itu memang harus dikerjakan, entah mereka menyukainya atau tidak (Aldus Huxley)
7. Ada dua macam manusia di dunia ini : mereka yang mencari alasan dan mereka yang mencari kejayaan. Orang yang mencari alasan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak selesai, dan orang yang mencari kejayaan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak boleh diselesaikan (Alan Cohen)
8. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang bodoh akan kerjakan tiga hari kemudian (Abdullah Ibnu Mubarak)
9. Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan tindakan, tetapi kebiasaan (Aristoteles)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta sedekah.
Rasulullah menyuruh lelaki berkenaan menunggu sekejap dan baginda masuk ke dalam rumah. Selepas keluar semula, Rasulullah menghulurkan sebilah kapak kepada lelaki itu sambil memintanya pergi berusaha mencari kayu untuk dijual di pasar.
Dikisahkan sebelum lelaki itu pergi, Rasulullah berpesan kepadanya agar dua tiga hari lagi datang semula menemui baginda. Apakah yang berlaku kemudian? Selang beberapa hari, lelaki itu datang menemui Rasulullah dan mengkhabarkan berita gembira yang dia berhasil menjadi seorang peniaga kayu.
Inilah dorongan dan motivasi Nabi Muhammad kepada umatnya agar tidak meminta-minta, sebaliknya berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan rezeki untuk penghidupan di dunia.
Hinggakan Rasulullah pernah membaca doa khusus untuk mengelakkan sikap malas berusaha ini dan sewajarnya kita mengamalkan membaca doa berkenaan setiap hari agar terus memiliki semangat dalaman yang mantap untuk bekerja dan terus berusaha.


Doa Rasulullah itu ialah “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada kegelisahan dan dukacita, kelemahan dan kemalasan, pengecut dan bakhil dan daripada bebanan hutang.” (Riwayat Abu Daud).
Ini pula kata-kata Dr Fadzillah Kamsah mengenai kerja yang saya kutip dari blog Wanwma. Muhasabahlah diri kita, jika kita tersenarai dari senarai di bawah, marilah berpindah minda.
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’

sumber;isuhangat.blogspot.com

Kunci Kejayaan orang yang berjaya

at 5:25 AM

kunci kejayaan orang yang berjaya

 

ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?
apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda orang pesimis?
apakah anda takut gagal?
Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan.
Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan.
Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan.
Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?
Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:
1. Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.
2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.
Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.
3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.
4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.
5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain
Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.
6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda  memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka  untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.
7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.

Kasih Ibu Seharum Kasturi

Thursday, December 2, 2010 at 2:28 AM
Seminggu sebelum Bonda pergi....

Erat tubuh  tuamu ku belai
mencium harum bau kasturi
selembut kulitmu putih mulus
sehalus rambutmu yang memutih
mengiringi senyummu
di matanya  sarat kekuatan
menghitung saat-saat bersama
mendaki detik yang kian memuncak
mengharungi liku-liku hidup
Sebelum  segalanya terjemput kembali
sunyi dan sepi
mengiringi aku ke makam bonda
longlai mengasak diri
mengutip selerakan indah kenangan
menyimpan  segala amanat
tertitis dari bibirmu  
melerai dakapan erat tubuhmu
mencium tak puas harum mewangi
dari untaian kasih seorang ibu.
terima kasih segala

mudah-mudah rohmu
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Hajah Rose binti  Abdul Rahman
26 November 2010
4.14 petang

Terima Kasih Ibu. Al. Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved