Salam,
Beberapa hari lagi 2010 akan meninggalkan diri ini dengan penuh peristiwa pahit manis suka duka dalam langkah-langkah kerdil mengharungi liku-liku kehidupan dalam mendewasakan kematangan kehidupan, Melihat gerak langkah insan sekeliling dengan pelbagai ragam mengajar aku erti keikhlasan dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada yang memerlukan. Bergelumang dengan tugas - tugas GPM, Guru Cemerlang di daerah dan negeri dan dipenghujungnya kebangsaan serta tak lari tugas-tugas disekolah membuatkan perjalanan saat, minit,jam,hari, minggu, bukan dan ke tahun semakin pendek dan terlalu pantas. Kehilangan detik 3 tahun diragut egois yang sukar dibentuk menyenak akal fikiran. Terkejar-kejar dalam kesempatan masa yang tipis cuba melonjak diri dipersada pendidikan, sukar dan memeritkan terdampar sendirian. Memukau kerinduaan di pelukan seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebahagaiaan dan kejayaan anak tersayang, dipenghujung waktu kembali kepangkuan dengan pasrahnya keredaaan hati dan perasaan. Gema kesedihan masih melantun dalam diri namun segala harus kuleraikan untuk terus berdiri dan berlari pantas , menyusun derap langkah untuk bersama waktu yang mendesak kedewasaan seorang insan. Alhamdulilah segalanya kembali tenang dan bersemangat menyahut gelombang 2011.Ah! Sesungguhnya warna warni 2010 terlalu menyilau pandangan.
FAREWELL...
-
*Assalamualaikum*
Dear all,
This is my last post. Thank you from the bottom of my heart for following
my blog all these years, 11 years to be exact! No...
5 years ago
0 comments