National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Lawatan Penanda Aras ke Insitut Aminuddin Baki

Friday, October 30, 2009 at 9:09 PM
Salam,

Syukur Alhamdulilah, Lawatan Ke IAB telah menjadi kenyataan, jawapan dari IAB telah kita terima disamping itu kita juga disediakan dengan kemudahan penginapan.Kelulusan dari Pengarah Jabatan Pelajaran Johor juga telah diperolehi. Terima kasih Tuan Hj. Shaharuddin PPD Kluang, En.Mohd Said PPD(Akademik) yang telah membantu dengan sehabis daya untuk memastikan program Ke IAB ini menjadi kenyataan. Terima kasih tuan.

TENTATIF PROGRAM

06 November 2009

06.00 pagi - Berkumpul di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang
06.15 pagi - Bertolak ke IAB, Genting Highlands
02.00 – 06.00 petang - Lawatan dan satu ceramah dari pihak IAB
- Menginap di IAB
07 November 2009

09.00 pagi - Bertolak dari IAB ke Dewan Bahasa dan Pustaka
10.30 pagi – 12.00 tgh. - Lawatan di Dewan Bahasa Dan Pustaka
02.00 petang - Lawatan ke Putrajaya
06.00 petang - Perjalanan balik ke Kluang
10.00 malam - Sampai di PPD Kluang


Masih ada 3 tempat kosong. Jangan lepaskan peluang ini. sila hubungi En Yahya bin Harun 0177367804 atau Cik Hjh khalidah binti Khalid 0177608851 dengan kadar segera.

Perinsip-Perinsip Kenaikan Pangkat KPM

Tuesday, October 27, 2009 at 4:28 AM
PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.

3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:

3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah

3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32

(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan

(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.

3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34

(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.

(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.

(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.

3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)

(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.

3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah

3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44

(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .

(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.



4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.

5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Ikhlas,




( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

Kursus LDP SK Batu Tiga, Kluang.

Saturday, October 24, 2009 at 6:10 AM




Salam,
Hari saya telah dipanggil untuk memberi ceramah kepada seramai 58 orang guru SK Batu Tiga dalam kursus tersebut, guru-guru telah di dedahkan peranan Pusat Sumber Sekolah terhadap sekolah dan warganya dan peranan guru-guru dan panitia terhadap Pusat Sumber Sekolah. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini guru-guru akan bersama membangunkan pusat sumber sekolah SK Batu Tiga. Disamping itu guru-guru juga didedahkan dengan kemahiran menggunakan internet. muat turun gambar, video, muzik dan mencari bahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua matapelajaran sekolah rendah. Guru-guru juga didedahkan kaedah-kaedah penggunan internet yang selamat dan berkesan. Akhir sekali adalah diharapkan semua guru-guru SK Batu 3 dapat mengamalkan segala kemahiran yang didapati pada hari ini khusus untuk meningkatksn kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Sesungguhnya penggunaan ICT adalah dituntut untuk memberikan kaedah baru yang bukan lagi berdasarkan chalk and talk. TQ kepada semua warga SK Batu Tiga kerana sudi menjemput saya dan share ilmu dan pengalaman bersama.

Kursus Blog Guru Cemerlang Kluang

Friday, October 23, 2009 at 7:48 AM
\


Salam,
Alhamdulilah , pada 22 Oktober 2009, Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang, telah berjaya mengadakan kursus Blog fasa 1 yang di sertai oleh 32 orang peserta. Kursus yang memerlukan tumpuan 100% ini telah berjaya menghasilkan 32 Blog Guru Cemerlang Daerah Kluang dalam masa sehari. Walaupun terpaksa bertungkus lumus mengingati dan mengikut arahan fasilitator, apatah lagi jika baru sahaja terdedah dengan kemahiran komputer dan internet. Sikap gigih dan tidak berputus asa peserta dan dengan kesabaran fasilitator akhirnya dapat segala masalah dapat di atasi. adalah di harapkan para peserta akan memanfaatkan segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Mempunyai semangat dan kekuatan untuk terus berblog dengan harapan ianya akan memberikan menafaat kepada rakan guru dan anak-anak murid kita. Syabas semua peserta MGC Kluang.

Kursus Pemantapan Pengurusan PSS

Tuesday, October 20, 2009 at 2:35 AM








Salam,
Kursus pemantapan pengurusan Pusat Sumber Sekolah Zon PKG Lelaki Bandar dan PKG Kluang Timur telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2009. Dalam pertemuan bersama GPM tersebut telah didedahkan pengurusan Sistem Fail, Pengurusan Aktiviti Pusat Sumber. Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media turut di adakan Bengkel kumpulan untuk membina kefahaman serta permantapan peranan GPM di sekolah. seramai 24 orang GPM PKG Zon Lelaki Bandar telah menyertai kursus tersebut
Adalah diharapkan Semua GPM Daerah Kluang akan bersedia untuk melaksanakan tugas dengan lebih berfokus dan bersemangat untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah masing-masing akan lebih mantap dan cemerlang.Kursus disampaikan oleh Guru Cemerlang Media En.Ismail bin Yon dan Guru Perpustakaan Media Pn. Hjh. Padilah bte Hj Shahran.
Terus berusaha ke arah kegemilangan.

Terima kasih cikgu Paie Palong Timur

Monday, October 19, 2009 at 6:54 PM


TQ Cikgu Paie
Posted by Ismail bin Yon at 18:25 undefined


Salam,

Dalam usaha meningkatkan kemahiran nilai tambah kita sebagai seorang GPM, kita perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu tambahan, minggu lepas saya ke Melaka mengikuti kem photografi di Zoo Melaka, bertemu dengan otai-otai photografer belajar sedikit sebanyak ilmu photografi. Semalam saya ke Felda Palong Timur berjumpa dengan sifu saya Cikgu Paie belajar dan mendalami ilmu membuat blog, masih banyak lagi saya tak tahu, TQ Sifu bukan sahaja makan tengahari yang enak, disulami dengan rojak mee dan kuih muih di waktu petang. sempat melawat SMK Palong Timur.Waluapun jauh beratus kilometer,walau keluar duit poket sendiri, apa yang lebih penting selain ilmu yang dapat ditambah, ikatan silaturahim antara saya dan keluarga cikgu Paie bertaut kukuh. Malu bertanya sesat jalan, tak tahu kena bertanya, langkah pertama permulaan segalanya, ilmu setitik menjadi sekolah, sekolah menjadi setasik, setasik menjadi selaut. jangan ego tak tentu pasal, ilmu itu takkan cukup jika kita merasakan semuanya kita tahu. TQ Sifu kerana tunjuk ajar yang jelas kepada saya

Majlis Makan Malam MGC Kluang 2009

Saturday, October 17, 2009 at 7:48 AM

Salam,
Kepada semua ahli MGC daerah Kluang, Majlis Makan Malam MGC Kluang 2009 adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 November 2009
Masa : 8.00 Malam
tempat : Hotel Prime City Kluang
Perasmi : Tn. Hj Shaharudin bin Sharif (PPD Kluang)
Pakaian : Batik
Bayaran : RM 50.00 seorang

Semua 88 ahli MGC Kluang harap dapat menghubungi.
En Yahya bin Harun 0177367804 atau Cik Hjh khalidah binti Khalid 0177608851 Cik Juanita Primrose a/p Maryam Pillai 017-7777886 untuk membuat tempahan dan bayaran dengan kadar segera.


ATURCARA MAJLIS

8.00 malam - Ketibaan Ahli MGC
8.15 malam - Ketibaan VIP
- Nyanyian Lagu NegaraKu
- Lagu Guru Cemerlang
8.20 malam - Bacaan Doa
- Jamuan/ Cabutan nombor bertuah
Persembahan Montaj Aktiviti MGC Kluang
Persembahan Ghazal SK Tinggi kluang dan tarian Zapin SM Sains Johor
9.00 malam - Ucapan Alu-Aluan Naib Pengerusi 1 MGC Kluang
8.10. malam - Ucapan Pn. Hjh Sapiah Binti Samingon
8.20 Malam - Ucapan PPD Kluang
8.50 malam
- Cenderamata AJK Lama
- Tokoh MGC Daerah Kluang
- Cenderamata persaraan
- Cendermata PPD
- Cabutan Nombor Bertuah

10.30 malam - Lagu Negeri Johor
Majlis Bersurai

Kekuatan Dalaman Seorang GPM

at 7:21 AM



Salam,
Dunia pendidikan semakin rancak berubah dari dunia papan hitam ke dunia digital, internet tanpa batasan dan kita semakin ditinggalkan oleh zaman yang semakin mencabar terkadang kala pengetahuan IT anak murid mengatasi diri kita, cara pembelajaran dan pengajaran telah berbeza, aktiviti mencabar dan persediaan yang lebih baik perlu kita lakukan. Ini secara tidak langsung mencabar kita sebagai GPM, bukan sahaja perlu menyediakan dan melengkapkan semua rangkaian Pusat Sumber Sekolah yang kondusif,ceria,terkini, sistematik dan mempunyai sistem pengurusan yang cekap. Sekali-sekala pastinya mengugat ketahanan kita. apatah lagi dengan tugasa mengajar kelas-kelas peperiksaan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Namun begitu yakinlah jika kita melakukannya dengan ikhlas dan bersungguh ganjaranya akan sampai kepada kita tanpa diduga.janganlah kita merajuk dan cepat putus asa lebih-lebih lagi menggangap tugas kita ini sebagai beban yang maha besar. Pastinya kita mempunyai kawan-kawan yang senior, berpengalaman luas dalam Majlis Guru Media,Gunakanlah kami untuk membantu rakan-rakan. agar segala kesulitan, masalah dan cabaran yang dihadapi dapat kita atasi bersama. sesungguhnya kekuatan dalaman GPM memang dituntut lebih-lebih lagi apabila dilantik sebagai GPM secara rasmi. Kerana kita adalah contoh dan pengerak utama ke arah Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah yang kita ketuai.

Lawatan Penanda Aras ke Insitut Aminuddin Baki

Tuesday, October 13, 2009 at 6:59 PM
Salam,

Syukur Alhamdulilah, Lawatan Ke IAB telah menjadi kenyataan, jawapan dari IAB telah kita terima disamping itu kita juga disediakan dengan kemudahan penginapan. Terima kasih kepada Cikgu Yahya Harun dengan teamnya.

TENTATIF PROGRAM

06 November 2009

06.00 pagi - Berkumpul di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang
06.15 pagi - Bertolak ke IAB, Genting Highlands
02.00 – 06.00 petang - Lawatan dan satu ceramah dari pihak IAB
- Menginap di IAB
07 November 2009

09.00 pagi - Bertolak dari IAB ke Dewan Bahasa dan Pustaka
10.30 pagi – 12.00 tgh. - Lawatan di Dewan Bahasa Dan Pustaka
02.00 petang - Lawatan ke Putrajaya
06.00 petang - Perjalanan balik ke Kluang
10.00 malam - Sampai di PPD Kluang


Tempat adalah terhad, sila hubungi En Yahya bin Harun 0177367804 atau Cik Hjh khalidah binti Khalid 0177608851 untuk keterangah lanjut/

Kursus blog AJK MGC Daerah Kluang Fasa 1 & Mesyuarat Majlis Makan Malam

at 6:29 PM

Salam,

Kursus membina blog Fasa 1 untuk ajk MGC akan di adakan pada 22 Oktober 2009 bersamaan hari Khamis jam 8.00 pagi bertempat di Sekolah Tinggi Kluang
Peserta kursus dikehendaki membawa :-
1. Gambar-gambar peribadi, aktiviti-aktiviti
2. bahan-bahan pengajaran dalam bentuk soft copy (word)
3. Akaun e-mail yahoo,gmail, hotmail dan sebagainya
4. alamat laman-laman pautan untuk P & P jika ada
5. buku teks m/p pelajaran yang diajar
6.Bawa broadband sendiri jika ada
7. Pastinya Lap Top yang ok.

Bayaran RM.10.00 untuk sarapan pagi dan makan

Mesyuarat Majlis Makan Malam
KERTAS KERJA
MALAM MESRA
MAJLIS GURU CEMERLANG KLUANG 2009


Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : En.Yahya bin Harun
S/usaha : Cik Khalidah bte Khalid
Bendahari : Cik Juanita Primrose a/p Maryam Pillai
Pengacara : En.Mohd. Hamsam bin Abd.Latif.
Pn.Maslia bte Darun.

Ajk Sambutan

• Ketua :En.Ismail bin Yon
Pn. Hjh. Rahmah binti Sayuti
Pn. Zanariah binti Abdol
En.Yahya bin Harun
Puan Gayah bte Madu
Puan Marhaini bte Mohamed
Cik Khalidah bte Khalid
Cik Juanita Primrose

AJK Penajaan dan Cabutan bertuah
Ketua : En.Lee Jeck Fook
Pn. Oi Tien Yai
Hj.Ezuddin bin Hj.Adnan
En. A.Rahman bin Darham
Hj. Azmi bin Murad
En.Zulkifli bin Md.Pungot
En.Mohd Shamsuri b Ismail
Puan Rahmah bte Sayuti
Cik Ng Peck Chin.

Cenderamata dan Sijil
• Ketua : Ahmad Zaki bin Rahmat
Pn. Khatijah bte Kanang
Pn Siti Arsanah bt Mat Raji
Pn.Siti Zaileha bte Sulaiman

Agenda : Ucapan Pengerusi MGC
Ucapan Penyelaras Program
Perbincangan Program aturcara
Pembahagian Tugas
Penyelarasan tugas
hal-hal lain.

Diharapkan semua yang terlibat hadir untuk bersama-sama menyumbang ke arah keterbilangan MGC Kluang. TQ.





Buku Program
• Ketua : Puan Sundhra Vadivu a/p K.Murugesu.
Pn. Rahimah bte Abd.Jalil.
Puan Aida binti Ramli


Persembahan Montaj & Publisiti :

En. Affandi bin Hassan
En. Rizalman bin Kasman.
Thulasi a/p Sheeramah
Nurmina binti Rosli
Pn Poongudhi a/p Subramaniam

Idea Market

Sunday, October 11, 2009 at 7:47 PM


Salam,
An idea that is developed and put into action is more important than an idea that exists only as an idea

The Idea Market (Fresh Ideas to Boost Your Brand)

" If you have an apple and i have and apple and we exchange these apple then you and I will still each have one apple. But if you have and idea and I have and idea and we exchange these idea than each of us will have 2 ideas"

Peranan utama guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid semakin hari semakin mencabar. Pelbagai kaedah dan teknik digunakan agar konsep guru mengajar.murid beljar dapat direalisasikan. Untuk mencapai matlamat tersebut,guru perlu mencari pendekataan baru dalam menarik minat murid-murid untuk belajar di dalam bilik darjah.

Tujuan Ifdea Market ialah
1.Untuk mencetuskan idea baru untuk dijadikan pendekatan,kaedah dan teknik dalam pengjaran dan ;pembelajaran.

2.Mempelbagaikan pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan perkembangan semasa.

3.Memasarkan idea yang dicetuskan untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Inyaalah akan saya Uploadkan Video aktiviti Idea market yang telah dilaksanakan di SMK Jalan Mengkibol untuk rujuan tuan/puan.

Jamuan Makan Malam MGC Daerah Kluang 2009

at 7:11 PM

Salam,

Majlis Makan Malam MGC Daerah Kluang, akan di adakan pada 11 November 2009
bertempat di Hotel Prime City Daerah Kluang bermula dari jam 8.00 malam , antara aktiviti yang akan di adakan ialah persembahan Ghazal dari Sekolah Tinggi Kluang, Tarian Zapin dari SMK Kahang dan SM Sains Johor, Pelancaran Blog MGC Kluang, Pelancaran Baju Batik MGC Kluang,Anugerah GC Contoh 2009, meraikan persaraan GC Pn Hjh Sapiah bte Hj Samingon, Meraikan AJK MGC yang lama. Majlis dihadiri Tn. Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Pegawai dari JPNJ, Pengerusi MGC Negeri Johor.

Semua ahli MGC diwajibkan hadir dengan bayaran sebanyak RM50.00, bayaran hendaklah dibayar kepada Bendahari Program Cik Juanita Primrose (STK) akaun May Bank 101066659158
H/P no :0177777806 dengan kadar segera.

TQ. Atas Kerjasama semua ahli MGC. Jom bersama mengangkat kerterbilangan Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang

Alpha Sony Camp Zoo Melaka 2009

at 6:52 PM




Salam,
Alhamdulilah, di sebalik kesibukan kerja dan masa yang amat terbatas, saya berpeluang mengikuti satu pertandingan photografi anjuran Sony Malaysia yang di adakan di Zoo Melaka, lebih kurang 85 orang pengguna kamera Sony Aplha telah turut serta. Apa yang penting bukan kemenangan dicari tapi dalam program ini saya berupaya untuk menambah pengetahuan dan ilmu mengenai camera, appature speed shutter, teknik dan pelbagai lagi. perjumpaan dengan otai-otai kamera man seperti saudara hanafi, Syukur , Indra dan lain-lain membuahkan rangkaian peminat photografi. TQ pada sifu Hanafi kerana dalam kesibukan mengambil angle yang baik masih sempat menurunkan beberapa ilmu kepada saya. Sesungguhnya kita sebagai GCGPM< GPM dan GC perlu mencari ilmu tambahan, meskipun perlu mengeluarkan belanja poket sendiri. Apa yang penting kita dapat meningkatkan kemahiran dan nilai tambah yang ada pada diri kita. TQ. Sony Malaysia dan kawan-kawan yang menyertai pertandingan tersebut. Insayaalah kita berjumpa lagi dalam program-program lain anjuran Sony Alpha.

Mesyuarat MGC dan Taklimat pembinaan bahan pengajaran (Video) 2009

Thursday, October 8, 2009 at 3:54 AM





Salam, Mesyuarat MGC kali ke 3 dan Taklimat Pembinaan bahan pengajaran oleh En.Hisam bin Abdul Wahab Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kluang.

Mesyuarat MGC dan Taklimat pembinaan bahan pengajaran (Video) 2009

Thursday, October 1, 2009 at 7:51 PM

Salam,

Mesyuarat AJK MGC daerah Kluang, dan taklimat pembinaan bahan pengajaran (Video)kepada guru-guru GC Sek Rendah akan diadakan pada hari Khamis 8/10/09 masa 9.30 pagi bertempat di Pusat Kegiatan Guru Lelaki Bandar.
Agenda Mesyuarat.

1. Ucapan Pengerusi
2. Laporan program Road Show MGC
3. Laporan Kewangan MGC Kluang
4. Pembinaan bahan bantu mengajar
5. Lawatan ke IAB
6. Majlis makan malam
7. Hal-hal lain

Senarai Nama Guru Cemerlang
Sekolah Rendah untuk Pengajaran Melalui Video
Taklimat bersama Pegawai Teknologi Pendidikkan (PKG) Kluang
Tempat : PKG Lelaki Bandar
Tarikh : 8/10/2009



Subjek : Matematik (UPSR)
Bil. Nama Kepakaran Gred Sekolah
1. Maimunah binti Juraimi Matematik DG 32 SK Seri Intan
2. Norini binti Razali Matematik DG 32 SK Seri Machap
3. Wahidah bt Abdul Rahman Matematik DG 32 SK Seri Kencana
4. Or Tien Yai Matematik DGA32 SJKC Chong Hwa 2
5 Rosidah binti Sakban Matematik DG A32 SK Dato Onn Jaafar
6. Suhaila binti Ithnin Matematik DGA34 SK Seri Intan
7. Harunisa binti Mazlan Matematik DGA32 Sk Seri kencana


Matepelajaran: Bahasa Melayu SR
Bil. Nama Kepakaran Gred Sekolah
1. Mohd Shamsuri b Ismail BM DGA32 SK Kahang
2. Zaki bin Rahmat BM DGA32 SK Dato Onn Jaafar
3. Azalina binti Masuan BM DGA32 SK Seri Maju Jaya
4. Mariam binti Eshak BM DGA 32 SJKC Pa Yai
5. Poongudhi a/p Subramaniamn BM DGA32 SJKT Haji Manan
6. Salina binti Mohd Ali BM DGA32 SK Dato Onn Jaafar
7. Maslia binti Darun BM DGA 34 SK Batu 3


Matapelajaran: Sains
Bil. Nama Kepakaran Gred Sekolah
1. Saedah binti Roowah Sains DGA32 SK Bandar Renggam
2. Yasri b Mat Yasin Sains DGA32 SK Bandar T 6


Matapelajaran : Bahasa Inggeris (SR)
Bil. Nama Kepakaran Gred Sekolah
1. Marina binti Mohamed Fadzil BI DGA32 SK Bandar Renggam
2. Kalsum Binti Mohamed BI DGA32 SK Seri lalang
3. Rizalman bin Kasman BI DGA32 SK Pengkalan Tereh
4. Soufiah bte Abdul Rahman BI DGA 32 SK KG Melayu Nyior

Majlis Penerimaan perlantikan Guru perpustakaan dan Media daerah Kluang

at 7:01 AM




Salam,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana pada petang ini bertempat Pusat Kegiatan guru Sekolah Lelaki bandar telah diadakan majlis penerimaan perlantikan Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penyelaras Bestari dan Guru Data, Seramai 42 Guru Perpustakaan dan Media sekolah rendah dan menengah daerah Kluang telah menerima surat perlantikan masing-masing. Majis di sempurnakan oleh En Md said b. Daimon yang mewakili PPD daerah Kluang, bersama En. Jamaluddin bin Sulong ketua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kluang bersama teamnya.Selain itu beberapa taklimat telah disampaikan oleh En. Md. Said, En. Jamaluddin, En. Hisham, En. Ismail dan En. Remy.
Telah hampir 3 tahun Majlis GPM daerah Kluang, PKG.PPD dan BTPN berusaha dan ditambahkan lagi dengan usaha berlipat kali ganda guru-guru GPM ini melaksanakan tugas dengan gigih, Akhirnya, tuan=puan telah menerima pengiktirafan dari JPNJ dan juga dari Tuan PPD kluang. bagi pihak Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah kluang mengucapkan tanhiah dan syabas moga dengan pelantikan ini, tuan-puan akan lebih fokus dan berkomitment yang tingi terhadap tugas tuan-puan disekolah. Tahniah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved