

Salam,
Dunia pendidikan semakin rancak berubah dari dunia papan hitam ke dunia digital, internet tanpa batasan dan kita semakin ditinggalkan oleh zaman yang semakin mencabar terkadang kala pengetahuan IT anak murid mengatasi diri kita, cara pembelajaran dan pengajaran telah berbeza, aktiviti mencabar dan persediaan yang lebih baik perlu kita lakukan. Ini secara tidak langsung mencabar kita sebagai GPM, bukan sahaja perlu menyediakan dan melengkapkan semua rangkaian Pusat Sumber Sekolah yang kondusif,ceria,terkini, sistematik dan mempunyai sistem pengurusan yang cekap. Sekali-sekala pastinya mengugat ketahanan kita. apatah lagi dengan tugasa mengajar kelas-kelas peperiksaan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Namun begitu yakinlah jika kita melakukannya dengan ikhlas dan bersungguh ganjaranya akan sampai kepada kita tanpa diduga.janganlah kita merajuk dan cepat putus asa lebih-lebih lagi menggangap tugas kita ini sebagai beban yang maha besar. Pastinya kita mempunyai kawan-kawan yang senior, berpengalaman luas dalam Majlis Guru Media,Gunakanlah kami untuk membantu rakan-rakan. agar segala kesulitan, masalah dan cabaran yang dihadapi dapat kita atasi bersama. sesungguhnya kekuatan dalaman GPM memang dituntut lebih-lebih lagi apabila dilantik sebagai GPM secara rasmi. Kerana kita adalah contoh dan pengerak utama ke arah Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah yang kita ketuai.
0 comments