

TQ Cikgu Paie
Posted by Ismail bin Yon at 18:25 undefined
Salam,
Dalam usaha meningkatkan kemahiran nilai tambah kita sebagai seorang GPM, kita perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu tambahan, minggu lepas saya ke Melaka mengikuti kem photografi di Zoo Melaka, bertemu dengan otai-otai photografer belajar sedikit sebanyak ilmu photografi. Semalam saya ke Felda Palong Timur berjumpa dengan sifu saya Cikgu Paie belajar dan mendalami ilmu membuat blog, masih banyak lagi saya tak tahu, TQ Sifu bukan sahaja makan tengahari yang enak, disulami dengan rojak mee dan kuih muih di waktu petang. sempat melawat SMK Palong Timur.Waluapun jauh beratus kilometer,walau keluar duit poket sendiri, apa yang lebih penting selain ilmu yang dapat ditambah, ikatan silaturahim antara saya dan keluarga cikgu Paie bertaut kukuh. Malu bertanya sesat jalan, tak tahu kena bertanya, langkah pertama permulaan segalanya, ilmu setitik menjadi sekolah, sekolah menjadi setasik, setasik menjadi selaut. jangan ego tak tentu pasal, ilmu itu takkan cukup jika kita merasakan semuanya kita tahu. TQ Sifu kerana tunjuk ajar yang jelas kepada saya
0 comments