



Salam,
Alhamdulilah, di sebalik kesibukan kerja dan masa yang amat terbatas, saya berpeluang mengikuti satu pertandingan photografi anjuran Sony Malaysia yang di adakan di Zoo Melaka, lebih kurang 85 orang pengguna kamera Sony Aplha telah turut serta. Apa yang penting bukan kemenangan dicari tapi dalam program ini saya berupaya untuk menambah pengetahuan dan ilmu mengenai camera, appature speed shutter, teknik dan pelbagai lagi. perjumpaan dengan otai-otai kamera man seperti saudara hanafi, Syukur , Indra dan lain-lain membuahkan rangkaian peminat photografi. TQ pada sifu Hanafi kerana dalam kesibukan mengambil angle yang baik masih sempat menurunkan beberapa ilmu kepada saya. Sesungguhnya kita sebagai GCGPM< GPM dan GC perlu mencari ilmu tambahan, meskipun perlu mengeluarkan belanja poket sendiri. Apa yang penting kita dapat meningkatkan kemahiran dan nilai tambah yang ada pada diri kita. TQ. Sony Malaysia dan kawan-kawan yang menyertai pertandingan tersebut. Insayaalah kita berjumpa lagi dalam program-program lain anjuran Sony Alpha.
0 comments