National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Resolusi Guru dan Perpustakaan dan Media Negeri Johor

Thursday, May 28, 2009 at 6:11 AM



GABUNGAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
Negeri Johor 2009



RESOLUSI PENINGKATAN MARTABAT DAN PERANAN GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA NEGERI JOHOR

Tuan,

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI JOHOR 2009

Hasil daripada perbincangan dan pemuafakatan seluruh Guru Perpustakaan & Media Negeri Johor, beberapa resolusi telah dicapai untuk memartabat dan meningkatkan kedudukan dan peranan GPM (Guru Perpustakaan dan Media):


Perjawatan
i. Guru Perpustakaan & Media perlu menjadi satu jawatan hakiki di Gred DGA29,DGA32, DG41, DG44, DG48, DG52 dan seterusnya. Kedudukan ini akan melahirkan Guru Perpustakaan dan Media yang berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang pengurusan PSS. Satu surat penjawatan perlu dikeluarkan secara rasmi oleh pihak yang berwajib iaitu SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) supaya jawatan dan bidang tugas Guru Perpustakaan dan Media tidak dipertikaikan oleh pihak pengurusan sekolah.
ii. Memohon diadakan Pembantu Tetap Pusat Sumber Sekolah dari jawatan S17 untuk membantu 19 bidang tugas Guru Perpustakaan dan Media. Buat masa ini GPM turut menjalankan tugas dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
iii. Lantikan Guru Perpustakaan & Media hendaklan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan memastikan peruntukan jawatan ini dipatuhi oleh pentadbir sekolah.
iv. Masih terdapat GPM yang dilantik oleh pihak sekolah. Oleh itu dipohon agar lantikan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dipercepatkan.

Bidang Tugas
Merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas bilangan 3/2005/KP(BS-DSR) 8787/008/2(10) bertarikh 18 Julai 2005 yang tidak dipatuhi menyebabkan GPM menerima kesan-kesan seperti berikut.
i. GPM telah dibebani dengan tugas-tugas mengajar melebihi waktu yang disarankan.
ii. GPM tiada kuasa autonomi untuk menguruskan kewangan PSS. Ini bertentangan dengan bidang tugas GPM untuk merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS.
iii. GPM dibebani dengan pelbagai tugas lain seperti Guru Penasihat Ko-ko, Guru Disiplin, Guru Ganti yang keterlaluan (5-15 waktu seminggu), Ketua Panitia mata pelajaran dan dan lain-lain sehingga menjejaskan tugas-tugas di PSS.
iv. Kekeliruan timbul dengan mata pelajaran yang patut diajar oleh Guru Perpustakaan dan Media. Oleh itu mata pelajaran Literasi Maklumat yang sepatutnya diajar oleh GPM perlulah diperjelaskan dalam pekeliling dan mata pelajaran Literasi Maklumat itu sendiri perlu diiktiraf agar ianya sah dilaksanakan mengikut tuntutan perkhidmatan dan tidak dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak. Guru Perpustakaan dan Media juga perlu diberi latihan dan pengiktirafan untuk mata pelajaran Literasi Maklumat ini.

Keperluan peningkatan profesionalisme.
i. Memandangkan hampir 65% Guru Perpustakaan dan Media merupakan guru-guru baru, maka latihan profesional pengurusan PSS amat diperlukan.


ii. KPM, BTP, JPN,BTPN dan PKG amat diperlukan untuk menyediakan keperluan latihan yang mencukupi dan berkesan kepada semua GPM.
iii. Menyedari akan kekurangan staf di pihak BTP maka adalah difikirkan bahawa perlu untuk menubuhkan Majlis atau persatuan GPM peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan tujuan membantu KPM, BTP, BTPN dan PKG dalam memberi latihan dan kemahiran kepada rakan-rakan GPM yang baru secara lebih pantas dan efisien.

Kami mengharapkan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama membantu mengangkat martabat Guru Perpustakaan dan Media sebagai agen pelaksana kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah selaras dengan moto ‘Pusat Sumber Sekolah pemangkin modal insan bermaklumat’ kerana kami percaya bahawa pengiktirafan yang diberi oleh pihak SPP dan KPM akan dengan sendirinya membuka laluan yang lebih mudah dan luas untuk memartabatkan status dan peranan Guru Perpustakaan dan Media dan sekaligus menghapuskan segala polemik dan dilemma mengenai status dan peranan GPM itu sendiri.

Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
12.00 p.m.
14 Mei 2009

Bengkel Fail Meja

Sunday, May 24, 2009 at 4:16 AM










Salam,
21 dan 22 Mei 2009, Majlis Perpustakaan dan Media dan Pusat Kegiatan Guru mengadakan Bengkel Penyediaan Fail Meja untuk Guru Perpustakaan dan Media di Bilik Mesyuarat Sekolah Tinggi Kluang, Seramai 118 oang Guru perpustakaan dan Media daerah Kluang telah bertungkus lumus untuk menyediakan fail meja khusus untuk panduan tugas GPM. Setelah berbengkel selama dua hari Fail Meja GPM telah terhasil. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Hjh Aminah Binti Imam, GPM SMK Simpang Renggam. Datin Suzana GPM Sedara, Pn. Hjh Padilah Shahran GPM SK Perempuan Bandar,Pn Bibi Mariam, GPM SMK Belitung, serta ucapan terima kasih tak terhingga Kepada Dr. Azman bin Ahmad Penolong Pengarah Unit PSP, BTPN Johor, kerana sudi hadir memberikan motivasi kepada seluruh GPM daerah Kluang dan menutup rasmi bengkel tersebut.Insyaalah setelah dimurnikan oleh Ahli Majlis Guru Perpustakaan dan Media , daerah Kluang. Fail Meja tersebut akan diedarkan..... TQ Semua...

Ibu Ku

Wednesday, May 13, 2009 at 6:42 AM


SEMPENA HARI IBU...
orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak Bila bangun tidur, aku cari....mak Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak Bila nak bermanja, aku dekati....mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak Bila nakal, yang memarahi aku....mak Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak Bila takut, yang tenangkan aku....mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk.....mak Aku selalu teringatkan ....mak Bila sedih, aku mesti talipon....mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak Bila bengang.. aku suka luah pada..mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah....mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari.......pasanganku Bila sedih, aku cari......makBila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"Selalu.. aku ingat pasangankuBila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon makSelalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK....RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. "Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu2-4 orang : Kamu sayang ibumu5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Kursus GPM Negeri Johor 2009, Sri Malaysia .Jay Bee

at 6:29 AM





Salam,
Selama 4 hari saya bersama 150 orang Guru Perpustakaan dan Media menyertai bengkel pengurusan pusat sumber anjuran Kementerian Pelajaran Malaysua dan UITM di Hotel Seri Malaysia Johor Baharu. Di sini kami dedahkan dengan pelbagai ilmu pengurusan Pusat Sumber Sekolah khususnya pengkatalogkan,promosi bahan,pencarian internet secara ilmiah , organisasi PSS, pengkelasan perpuluhan Dewey dan pelbagai lagi. di samping memperolehi pengalaman dan kemahiran kami juga sempat berkumpul untuk membuat resolusi untuk dihantarkan kepada BTP Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan martabat Guru Perpustakaan dan Media seluruh negeri Johor.
Ceramah dan motivasi dari Datin Che Nor Madiah dari Bahagian Teknologi Pendidikan Unit Kualiti benar-benar menyuntik semangat kerja kuat dan bersungguh untuk memastikan pusat sumber sekolah masing-masing berfungsi dengan sebaik mungkin. terima kasih datin.

NILAM di sekolah kita

Tuesday, May 5, 2009 at 5:48 PM






Salam,
Program NILAM di sekolah kita seringkali kurang mendapat sambut dari seluruh warga sekolah ,pelbagai komen diberikan antaranya tak cukup masa, bukan kerja saya , nak kejar salibusm buka tak menarik , pelajar tak minat, tu semua kerja Guru Perpustakaan dan Media, periksa lagi penting, membaca tak penting..malas nak layan dan komen yang sewaktu dengannya. Program Nilam memerlukan penglibatan dan sokongan penuh dari pengetua/guru besar, ketua bidang , ketua panitia, guru-guru bahasa dan pusat sumber . Tanpa sokongan semua pihak program NILAM akan terus dipandang sepi.

Saya bersyukur kerana di SJM ini program NILAM diberi keutamaan dan disokong sepenuhnya oleh tuan pengetua, ketua bidang ,panatia bahasa dan guru-guru bahasa. Apatah lagi dengan peranan guru penyelaras pusat sumber Pn. Rohana dan Penyelaras Pn. Aisah, pelbagai program bersama Pusat Sumber sekolah dan Panatia Bahasa telah diatur seperti pertandingan pidato, scrabel,bercerita,bicara buku, kara-ok, deklamasi puisi, dan malam bahasa didakan untuk mengerakkan program NILAM. Syabas SJM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved