National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Kepimpinan merialisasikan perubahan

Thursday, April 28, 2011 at 3:58 AM
Salam,

Buat semua rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang, kursus profesionalisme , jati diri .jamuan tahunan dan mesyuarat agung MGC Kluang akan diadakan secara serentak pada minggu hadapan. Program yang dirancang ini telah menggabungkan 4 program dalam satu  pertama. Kursus profesionalisme yang melibatkan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Johor, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dan Penceramah Jemputan bertaraf Asia Tenggara yang akan memberikan input-input secara langsung, Kedua aktiviti-aktivi bina diri kumpulan dalam usaha meningkatkan jati diri dan motivasi kita sebagai Guru Cemerlang, Ketiga  Jamuan Tahunan (BBQ) yang tak dapat kita laksanakan pada tahun 2010 dan akhir sekali Mesyuarat Agung MGC Kluang.

Kemaafan dipohon dari rakan-rakan GC kerana terpaksa mengubah lokasi dari Telok Gorek, Mersing kepada Indah Village, Ulu Tiram Johor. Namun begitu  saya percaya perpindahan ini ada hikmahnya kerana kita berjaya mengurangkan kos program ini yang pastinya semakin murah tetapi dapat menampung segala aktiviti kita ini siapa dengan tempat tinggal dan makan minum yang amat berpatutan.

Saya mengharapkan semua rakan-rakan Guru Cemerlang berlapang dada dan dengan hati terbuka untuk membiayai kos program ini. Janganlah kita berkira dengan wang ringgit masa dan tenaga yang harus kita keluarkan. Dalam keadaan perbelanjaan berhemat ini , Segala peruntukan yang amat terhad maka kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk terus bergerak kehadapan . Komitment rakan-rakan Guru Cemerlang amat saya hargai.

Di kesempatan ini juga, saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru dan mengalakkan rakan-rakan menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang bagi sesi 2011/2013. Semua jawatan MGC terbuka kepada rakan-rakan untuk menyumbang bakti  dan bersama-sama terlibat dalam mengerakkan MGC Kluang ke arah lebih aktif dan cemerlang.  Mudah-mudahan Mesyuarat Agung kita kali ini akan berjalan dengan lancar. Insyaallah.

  Untuk rakan-rakan Guru Cemerlang program ini dirancang agak lasak sedikit dengan aktiviti luar dan tempat pinginapan yang biasa sahaja. Mudah-mudahan kita bersedia untuk mengikuti program ini dengan hati yang terbuka dan kerjasama yang erat dari semua pihak.

" Bersama menjana kesepakatan ahli MGC Kluang"

AGENDA MESYUARAT AGUNG
MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH KLUANG
SESI 2008/2011
AGENDA.
1.        BACAAN DOA
2.       UCAPAN PENGERUSI
3.       MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU
4.       PERKARA BERBANGKIT
5.       LAPORAN PROGRAM MGC KLUANG OLEH SETIAUSAHA
6.       LAPORAN KEWANGAN  OLEH BENDAHARI
PENGESAHAN PENERIMAAN PENYATAAN KEWANGAN.
7.       PELETAKAN JAWATAN AJK SESI 2008/2011
8.       MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA
9.       MELANTIK JAWATANKUASA BARU 2011/2013
10   PEMBENTANGAN USUL
       UCAPAN PENANGGUHAN

Kursus Profesional dan Mesyuarat Agong Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang 2011

Thursday, April 14, 2011 at 6:31 AM
Salam,
Buat rakan-rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang, Bersyukur kehadrat Illahi kerana impian dan perancangan kita untuk mengadakan kursus profesional telah dipermudahkan oleh Allah . Insyaallah Kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dan Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang.
Tempat: Tiram Indah Village , Ulu Tiram Johor. Klik disini
Tarikh : 6,7 dan 8 Mei 2011

Bayaran : RM. 80.00 seorang.
Semua Guru Cemerlang daerah Kluang wajib menyertai kursus tersebut;

Tentatif Program

Hari pertama

Tarikh/masa                                         Aktiviti

12.00 - 2.00     petang             - pendaftaran peserta
2.30 - 3.00       petang             - taklimat seminar
3.00 - 4.30       petang             - Bina diri kumpulan  1
4.30 - 5.00       petang             - solat/minum petang
5.00 - 6.00       petang             - Permainan  kumpulan 1
6.00 - 8.45       malam              - solat/makan
8.45 - 11.00     malam              - Prosedur Kajian Tindakan

Hari Kedua

5.45 - 8.00       pagi                - Solat, sarapan, senaman
8.00 - 1.30       tgh                   - “ Speak as a Pro”
                                                  Strategic Allegiance Sdn. Bhd
1.30 - 2.00       petang             - rehat,solat, makan tenghari
2.30 – 5.00      petang             - “ Lesson Study”
                                                  Sektor Pengurusan Akademik JPN

5.00 - 5.30       petang             - solat/minum petang
5.30 - 6.30       petang             - Bina Diri Kumpulan 3
6.30 - 8.00       malam              - rehat, solat, makan
8.00 - 9.00       malam                      
                                               - Jamuan Makan Malam  dan Majlis Bersama “Guru    
                                                   Cemerlang Wibawa”
                                                   Pn. Hjh. Rahmah bte Hj. Sayuti
                                                   Pn. Zanariah bte Abdol
                                                   Pn.Norizah binti Rahmat
                                                   Pn.Gayah bte Madu
                                                   Pn. Suhaila bte Ithnin
                                                   Pn.Marhani bte Mohamed
                                                   En. Lee Jeck Fook
                                                   Pn. Loh Lee Yin
                                                   Pn. Maimunah bt Juraimi
10.30-11.45 malam                 - Mesyuarat Agong MGC 2011
Hari Ketiga               

6.00 - 8.30       pagi                - Solat. Sarapan, senaman ringan
8.30 - 10.00     pagi                - Ceramah  Kerjaya Guru Cemerlang dan
                                                  peranannya    dalam  dunia pendidikan.
                                                  ( Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Johor)
10.00 - 11.00   pagi                - Taklimat Satu Guru Satu Inovasi
                                                  (En.Ismail bin Yon)
11.00 -12.30     tgh                  - Guru Cemerlang bersama  Tn. Hj Shaharuddin bin
                                                   Sharif  PPD Kluang)
12.30 -1.00       tgh                  - Majlis penutupan/sijil
1.00 - 2.00        ptg                  - makan tengahari/ pulang

Kekosongan jawatan guru cemerlang 2011

at 5:50 AM
Salam,
Buat rakan-rakan guru  terdapat kekosongan jawatan Guru Cemerlang seperti berikut:

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.

Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:

* Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011

Klik disini untuk mendapatkan borang permohanan

Maklumat Penting untuk Guru Perpustakaan dan Media Sebarkanlah maklumat ini

Friday, April 8, 2011 at 7:02 AM
Salam, 
Untuk-untuk rakan GPM sebarkanlah maklumat ini,
Maklumat ini banyak pihak yang tak tahu termasuk PPD, JPN,Pengetua, Jemaah Nazir dan lain-lain Harap rakan-rakan GPM dapat sebarkan.

PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.

3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:

3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah

3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32

(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan

(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.

3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34

(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.

(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.

(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.

3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)

(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.

3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah

3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44

(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .

(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.



4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.

5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Ikhlas,


( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

CCO MALAYSIA AMBASSADORS TRAINING 2011

Saturday, April 2, 2011 at 8:01 AM
Salam,


Alhamdulilah dalam kesibukan menjalankan tugas harian di sekolah dan melaksanakan beberapa program bersama Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang dan Majlis Guru Cemerlang daerah Kluang dan Negeri Johor. Saya telah diberi peluang untuk menjadi duta bagi program British Council Conetting Classrooms yang telah diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside selama dua hari setengah bermula dari 28 hingga 30 hb Mac 2011. Program ini memberikan latihan kepada saya sebagai seorang duta ataupun jurulatih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang menyertai progam  Conetting  Classroom Oneline (CCO) bagi negeri Johor. Mengikuti program yang dijalankan oleh British Council dengan menggunakan khidmat pakar yang disediakan memberikan kelainan kerana cara kursus ini dilaksanakan dan disampaikan dengan sangat berkesan khususnya kepada memberikan fokus penumpuan  100 peratus ketika taklimat, menepati masa, secara santai, membuat persembahan menggunakan skill komunikasi yang penuh menyebabkan ianya sangat memberikan impak yang berkesan kepada diri sendiri. Insyaallah dengan tugas baru ini akan memberikan kelebihan dan kebaikan khususnya kepada anak-anak didik di SMK Jalan Mengkibol itu sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved