National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Bengkel Modul Bahan Masa Cuti

Tuesday, May 17, 2011 at 7:40 PM
Salam,
Bengkel membina modul bahan masa cuti untuk murid-murid sekolah rendah Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang kali ke dua  telah diadakan di SK Seri Intan Kluang. Bengkel ini telah disertai ileh 23 orang guru cemerlang  matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris . Adalah diharapkan modul ini akan dapat membantu guru-guru dan murid-murid menghadapi masa cuti dengan lebih terurus. Majlis Guru cemerlang merakamkan kalungan terima kasih kepada guru besar SK Seri Intan Tn Nordin bin Miskam kerana telah membenarkan Guru Cemerlang berkumpul di sekolah tuan. Usaha dan sokongan yang murni ini hanya allah juga yang membalasnya.

Satu Guru Cemerlang Satu inovasi

Thursday, May 12, 2011 at 6:22 AM
SATU GURU CEMERLANG SATU INOVASI

Salam untuk rujukkan rakan-rakan GC sila hantar inovasi tuan puan kepada saya pada 18 hingga 20 Mei 2011. Di alamat SMK. Jalan Mengkibol, Kluang. Kerjasama rakan-rakan Guru Cemerlang amat saya hargai.
Rasional

 meliputi semua aspek terutamanya dalam mencari dan mengenengahkan inovasi P&P guru-guru negeri Johor dalam semua mata pelajaran. Justeru atas kesedaran bahawa semua inovasi harus dikongsikan, maka pihak JPN Johor mengambil inisiatif untuk menjadikan ruang penganugerahan ini sebagai mekanisme untuk menganugerahi sebanyak mungkin idea inovasi yang telah dilakukan oleh para guru.

Matlamat

 Program ini bertujuan menggalakkan para guru di negeri Johor untuk membuat inovasi khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran masing-masing dan ini sekaligus akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mata pelajaran tersebut.

Objektif
 Mengenal pasti para guru yang dapat melahirkan idea dan usaha dan inovatif dalam   menghasilkan P&P dan produk berkesan untuk semua mata pelajaran.
  Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para guru yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan pengajaran semua mata pelajaran.
 Memupuk budaya inovasi dan perkongsian ilmu dalam kalangan guru cemerlang dan semua guru amnya
 Menyediakan saluran bagi para guru menampilkan hasil kreativiti dan inovasi mereka dalam pembelajaran dan pengajaran.
  Memperkaya amalan terbaik dan produk pembelajaran dan pengajaran disamping menggalakkan para guru berusaha untuk mencari idea baru bagi meningkatkan kualiti pengajaran.
  Menjadikan anugerah ini sebagai mekanisme mencalonkan guru inovatif di peringkat kebangsaan.

Peraturan Penganugerahan

 Semua guru negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan terbukti berkesan. Segala eviden, prestasi pelajar, “pra test” dan “tru test”  perlu didokumentasikan.
  Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan ( satu kumpulan maksimum 3 orang ahli sahaja). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.
Setiap penyertaan mesti diterangkan dengan jelas dalam sebuah buku manual yang ditaip pada kertas A4 dengan menggunakan langkau dua baris atau “double spacing”, dan front Arial 12. Buku manual hendaklah mengandungi :

 Tajuk mata pelajaran.
 Maklumat diri/ahli kumpulan.
 Tajuk inovasi.
 Pernyataan masalah.
 Topik dalam P&P yang digunakan.
 Objektif.
 Tunjukkan bagaimana inovasi itu mampu meningkatkan minat pembelajaran murid.
 Perakuan peserta yang mesti ditanda tangani oleh peserta dan pengetua.
 Lampiran (Gambar, video, graf prestasi, model dsb).
 Penulisan Modul RPH bagi kategori 5.1 dan 5.2.
 Manual penggunaan produk untuk kategori 5.3.
 Semua penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk “hard copy” dan “soft copy” (CD).
   Bagi penyertaan amalan terbaik , pihak panel juri berhak menentukan jadual 
pergerakan ke sekolah untuk melihat P&P di dalam bilik darjah.
   Semua penyertaan mestilah asli dan bukan palagiat daripada mana-mana inovasi.
  Semua penyertaan akan menjadi hak milik Jabatan pelajaran Negeri Johor. Walau   
bagaimanapun pihak JPN Johor tiada halangan sekiranya pencipta inovasi ingin  
menerbitkan inovasi tersebut atau menjualnya kepada pihak lain.
 Semua penyertaan hendaklah diserahkan kepada PPD masing-masing.
   Semua penyertaan yang memenuhi syarat penyertaan dan syarat kualiti anugerah akan 
dianugerahkan “ Sijil Anugerah Inovasi” oleh JPN Johor.
 Keputusan panel juri adalah muktamad.
 Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Mei 2011.

Kategori Anugerah

 Tiga kategori penyertaan:
 1.  Amalan pembelajaran dan pengajaran.
 2.   Amalan pembelajaran dan pengajaran berbantukan teknologi maklumat      
Komunikasi.
 3. Produk pembelajaran dan pengajaran: bahan bantu mengajar,alat bantu
mengajar,modul.
    Kumpulan sasaran bagi penyertaan inovasi ini adalah dari kumpulan murid cemerlang,  
sederhana dan lemah.

PENUTUP.

 Penganugerahan inovasi P&P ini diharapkan dapat dijadikan wadah untuk merangsang
budaya inovasi dalam kalangan guru dan seterusnya dapat memangkinkan gelombang
inovasi negara

Kesepaduan Mengerak Pusat Sumber Sekolah Daerah Kluang

Wednesday, May 11, 2011 at 6:48 PM
Salam,
Buat teman-teman Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang
Bersama-sama kita mengerakkan PSS kita.


PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH KLUANG
DAN
MAJLIS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA, DAERAH KLUANG

KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KLUSTER PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KLUANG

2011

1.       Nama Program : Kluster Pusat Sumber Sekolah
2.       Rasioanal Program :

           Pusat Sekolah Merupakan satu  unit yang telah lama wujud di setiap sekolah. Selaras dengan keperluan pendidikan masa kini program ini dirancang dan diadakan untuk memembantu setiap Guru Perpustakaan dan Media di daerah Kluang utuk mengurus dan mentadbir Pusat Sumber Sekolah masing-masing dengan cara yang professional dan  mengikut kehendak serta piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia.  Lebih-lebih lagi dewasa ini, terdapat begitu ramai Guru perpustakaan dan Media yang baru dilantik. Tiadanya pengetahuan , pengalaman dan kemahiran dalam mengurus pusat sumber sekolah akan menyebabkan perkembangan dan peranan yang sepatutnya dimainakn oleh pusat sumber sekolah itu terbantut dan gagal mencapai kecemerlangannya.

          Jesteru dari itu Pusat Kegiatan Guru dan Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang mengambil langkah yang pro aktif dengan memperkenalkan Program Kluster PSS ini.  Melalui usaha yang berterusan mengerakkan  ahli-ahli Guru Perpustakaan dan Media  dan PKG dengan mewujudkan kelompok-kelompok kecil (Kluster) yang akan berperanan  dan bertindak sesama sendiri dalam menyelesaikan pelbagai masalah, menjana idea dan kreativiti serta merancang pebagai  aktiviti  untuk merangsang pergerakan dan meningkatkan pengetahuan GPM terhadap Pusat Sumber Sekolah itu sendiri.

Adalah diharapkan program ini akan mendapat kerjasama semua pihak khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Bahagian Teknologi  Pendidikan Negeri Johor, dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembestaraian Pusat Sumber Sekolah  selaras dengan peranannya sebagai pemangkin kecemerlangan akadmik.




3.       Objektif Program

1.       Membangunkan PSS secara bersama (sharing idea and knowledge)

2.       Memastikan PSS Daerah Kluang sentiasa  aktif dan mencapai keperluan pendidin .

3.       Meningkatkan peranan PSS sebagai pemangkin kecemerlangan akademik di sekolah.

4.Menggunakan kemahiran dan sumber yang ada untuk mengatasi dan memulihkan  
   sebarang masalah.

5.Meningkatkan peranan dan kerjasama antara Guru Perpustakaan dan Media dan
   Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang.

6.Mewujudkan Link dan Networking antara pusat sumber sekolah di Daerah Kluang    
   secara terus.

7.Mempertingkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah  
   dikalangan Guru Perpustakaan dan Media itu sendiri.

8.Melaksanakan program PSS secara  bersama-sama.

9.Merapatkan hubungan sesama GPM dari sekolah yang pelbagai.

10.Mengangkat martabat GPM di mata masyarakat, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah
     Kluang, dan Jabatan Pelajaran Johor.

4.       Kumpulan sasaran :

1.       Semua Guru Perpustakaan dan Media  Pusat Sumber Sekolah daerah Kluang

2.       Semua Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru  Daerah Kluang.

3.       Juruteknik makmal komputer daerah Kluang.

5.       Pelaksanaan Program

1.Memilih sepuluh buah sekolah yang terdiri dari sekolah menengah dan rendah.
              2. 10 k umpulan kluster dibentuk
3. Pemilihan ahli kluster terdiri dari pelbagai jenis sekolah.
4.Melantik penyelaras dan setiausaha kumpulan contohnya kumpulan Kluster 1
5.Penyelaras terdiri dari GPM yang berpengalaman dan lama dilantik.

6.        Mengambil maklumat lengkap ahli kluster masing-masing. Seperti, nama sekolah,
nombor telefon email, blog  dan lain-lain maklumat yang difikirkan perlu.

7. Membincangkan  masalah , kelemahan. Kebaikan  dll yang perlu dalam kumpulan klusterr masing-masing.
8. Merancang aktiviti dan program untuk mengatasi masalah yang timbul.
9. Berbincang dengan pegawai PKG yang dilantik untuk kumpulan Kluster masing-masing.
10. Menghantar perancangan kumpulan Kluster kepada penyelaras dan pengerusi PKG.
11.   Mendokumentasikan program Kluster dan Laporan aktiviti dihantar kepada S/U Program dan Penghulu PKG

Pusat gerakan Kumpulan Kluster
1. Pusat Sumber Sekolah Ahli
2. Pusat Kegiatan Guru yang berhampiran
3. Kawasan lain yang difikirkan sesuai

Penerangan Isu Umum
}  Konsep PSS
}  Pengurusan PSS
}  Fail Meja
}  Fail Kuasa
}  Fail-Fail di PSS
}  dll
Mengerakkan Kluster
  1. Mengadakan perbincangan (Face to face meeting)
  2. Mengadakan perbincangkan kumpulan
  3. Isu (1)
  1. Mengenal pasti masalah PSS sekolah ahli,
  2. Menyenaraikan masalah
  3. Membincangkan cara-cara mengatasi masalah
      pendekatan menggunakan sumber yang ada

}  Isu (2)
}  Mengesan Kekuatan PSS ahli contoh sistem pengurusan PSS, Keceriaan, Penglibatan pengawas, Kewangan,aktiviti dll.
}  Kongsi idea  sumber untuk mengembangkan potensi PSS masing-masing melalui
}  Contohnya. Lawatan, nasihat, latihan dll.

}  Isu (3)
}  Merancang aktiviti bersama
}  Khidmat bantu PSS
}  Keceriaan, gotong royong
}  Lawatan ke PSS
}  Aktiviti NILAM
}  Pembugaran PSS

AJK Program Kluster PSS
}  Penasihat
}  Tn. PPD Kluang
}  Pengerusi
}  Penghulu PKG Kluang
}  Penyelaras
}  Pengerusi GPM
}  Timbalan Penyelaras
}  Naib Pengerusi GPM
}  Setiausaha 1
}  S/U GPM

 Setiausaha 2
}  Pembantu Tadbir PKG
}  AJK
}  Semua Pegawai PKG Daerah Kluang
}  Semua Penyelaras kumpulan kluster

Surat panggilan kursus

Thursday, May 5, 2011 at 12:00 AM
Salam,
Rakan-rakan GC boleh dapatkan surat panggilan kursus di sini. klik pada gambar dan save as  di desktop atau didokumen kemudian print. Selamat berkursus.

Satu Guru Cemerlang Satu Inovasi

Wednesday, May 4, 2011 at 2:39 AM
 ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR
 
Salam,
Buat semua Guru Cemerlang Daerah Kluang satu mesyuarat mengenai Anugerah Inovasi   pembelajaran dan pengajaran  Negeri Johor telah diadakan oleh Sektor Pengurusan Akademik JPNJ bersama dengan Ketua Unit Sektor Akademik PPD Johor dan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor yang diwakili oleh YDP MGC daerah masing-masing telah diadakan di: SMK. Seri Lalang Kluang pada 28 April  2011.

Melalui  mesyuarat tersebut Majlis Guru Cemerlang telah diberikan taklimat mengenai Anugerah Inovasi   yang berfokuskan kepada inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran .Apa yang pasti semua Guru Cemerlang daerah Kluang diwajibkan menghantarkan satu inovasi kepada YDP daerah masing-masing selewat-lewatnya 18 Mei  2011. Maklumat lanjutdan tatacara penyediaan dokumen inovasi  akan diterangkan dengan lebih lanjut semasa perjumpaan profesionalisme kita nanti.Boleh juga merujuk posting terdahulu mengenai anugerah ini. terima kasih.,

ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR

at 2:38 AM
 ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR
    

Gambar

 PN. SITI HAJAR BTE MAHPOL
 25-04-2011

Tuan,
Dalam usaha menggalakkan para guru membuat inovasi dalam aspek pembelajaran dan pengajaran, pihak Jabatan Pelajaran Johor berhasrat menganjurkan Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pelajaran . Anugerah ini terbuka kepada semua guru Negeri Johor. Diharap semua guru dapat menyertainya dan sekaligus dapat menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga pendidikan negeri Johor. Klik di sini

Program 5 dalam 1 Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang 2011

at 2:26 AM


Salam,

Alhamdulilah bersyukur kehadarat Illahi kerana program yang kita rancangkan insyaallah akan menjadi kenyataan pada 6,7 dan 8 Mei. Bagi pihak MGC Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Shaharudin bin Sharif PPD Kluang di atas sokongan dan kerjasama PPD untuk merialisasikan program ini. Buat rakan-rakan GC pastinya telah menerima surat kursus pada hari ini ataupun esok.

Program 5 dalam 1 ini khas dirancang untuk mempertingkatkan kompentensi dan kerjasama GC yang mempunyai hala tuju yang jelas dan terarah  mengikut acuan dan kehendak  JPNJ, Jemaah Nazir dan KPM itu sendiri. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan GC yang sanggup berkorban wang ringgit dan masa semata-mata untuk memastikan kerjaya kita berjalan dengan lancar dan sempurna. Pertemuaan dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Sektor Pengurusan Akademik adalah saat-saat yang dinantikan untuk menjelaskan dan memperterangkan sebarang masalah yang masih kabur dan menjadi tanda tanya. Satu taklimat penting Satu GC Satu Inovasi juga akan disampaikan di mana tindakan segera GC perlu untuk menghantar Inovasi tersebut sebelum 18 Mei 2011.

Kita juga mengadakan majlis tahlil untuk orang yang tersayang disamping pelbagai aktiviti bina diri dan kumpulan. tak lupa jamuan perdana yang kita tangguhkan tahun lalu dan apa yang penting rakan-rakan dipersilakan untuk memimpin MGC Kluang bagi sesi 2011 dan 2013. Semua jawatan terbuka kepada sesiapa sahaja.


Terima kasih kepada Puan Pengetua SMK Jalan Kota Tinggi yang perihatin kerana adanya seorang GC yang baru mendaftar disekolah beliau dan diarahkan untuk turut serta bersama program ini.

Makluman kepada peserta kursus profesioanlisme
1. bawa pakaian secukupnya termasuk seluar trek dan kasut jogging
2. bekalan ubat-ubatan yang perlu
3. Aktiviti riadah ringan diadakan
4. Bawa kelengkapan diri yang cukup
5. hubungi saya jika terdapat GC baru di sekolah tuan-puan atau mana-mana GC yang tidak pernah mengikuti program kita.
6. digalakkan berkongsi kereta.
7. Laporan kursus akan dihantar kepada PPD,Jemaah Nazir dan JPN.
8. Kursus ini amat penting untuk kita. jika tak dapat surat hubungi saya secepat mungkin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved