Salam,
Bengkel membina modul bahan masa cuti untuk murid-murid sekolah rendah Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang kali ke dua telah diadakan di SK Seri Intan Kluang. Bengkel ini telah disertai ileh 23 orang guru cemerlang matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris . Adalah diharapkan modul ini akan dapat membantu guru-guru dan murid-murid menghadapi masa cuti dengan lebih terurus. Majlis Guru cemerlang merakamkan kalungan terima kasih kepada guru besar SK Seri Intan Tn Nordin bin Miskam kerana telah membenarkan Guru Cemerlang berkumpul di sekolah tuan. Usaha dan sokongan yang murni ini hanya allah juga yang membalasnya.
Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang Laporan Aktiviti Tahun 2011/2012
-
*Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang*
*Laporan Aktiviti Tahun 2011*
Bil.
Program
Objektif
Tarikh
Tempat
Catatan
1.
Mengendalikan Pertandingan Kajian Tind...
4 days ago







0 comments