National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Bengkel Kerja Pemurnian SKT Guru Perpustakaan dan Media & Guru Penyelaras Bestari Peringkat Kebangsaan

Wednesday, May 16, 2012 at 5:20 AM
Sesi perbincangan

En.Ramli bin Ismail BTPN Johor


Pembentangan perincian SKT GPM di hadapan KPP BTPN

Perserta Bengkel SKT GPM dan GPB Kebangsaan 2012

Sesi pembentangan SKT yang telah dimurnikan

Pembentangan SKT  GPM di hadapan KPP BTPN Seluruh Malaysia

Bengkel Kerja Pemurnian SKT Guru Perpustakaan  dan Media  &  Guru Penyelaras Bestari Peringkat Kebangsaan
Satu "Bengkel Kerja Pemurnian SKT Guru Penyelaras Bestari & Guru Perpustakaan dan  Media  Peringkat Kebangsaan"telah diadakan di BTPN Kelantan pada 13 hingga 15 Mei 2012.Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil BTPN bagi setiap negeri dan juga wakil  GPM & GPB bagi sekolah-sekolah pilihan.       Bengkel  Kerja Pemurnian SKT ini lebih menekankan kepada sasaran kerja tahunan GPB dan GPM selaras dengan "Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005".Pemurnian yang dibuat adalah dengan memperincikan tiap tugas dan SKT yang sedia ada.Hasil bengkel ini akan bakal digunakan oleh semua GPB dan GPM seluruh Malaysia.Semoga kerja-kerja pemurnian ini akan memperolihi impak yang sangat berguna buat kita semua dalam usaha menyebarluaskan usaha ke arah pembestaran sekolah
Monday, May 7, 2012 at 9:18 PM

Program sambutan Hari Buka Sedunia
Tarikh : 23 April 2012
Masa : 7.45 pagi
Hari : Isnin

Program Pusat Sumber Sempena Hari Buku Sedunia

1. Pameran Buku di Dewan Sekolah 23 dan 24 April 2012
2. Kuiz Tokoh Buku Sedunia
3. Pameran Tokoh Penulis Agung di Pusat Sumber Sekolah
3. Jejak maklumat karya-karya besar


Program Pameran Buku Sempena 
Sambutan Hari Buku Sedunia











1.0   PENDAHULUAN
          Pusat sumber menjana  menjana generasi bistari merupakan   satu agenda yang perlu dan boleh direalisasikan khususnya melalui pembacaan. Pembacaan yang luas dan menjadi rutin harian merupakan kunci ke arah penambahahan ilmu pengetahuan yang tidak terbatas dan boleh diperolehi dengan cara yang mudah. Meskipun pusat sumber sekolah mempunyai koleksi bahan bacaan yang pelbagai dan boleh diguna pakai melalui pinjman secara terus ianya dirasakan tidak mengcukupi untuk menanam semangat cintakan buku. Jesteru dari itu semangat cintakan buku dapat dipupuk dengan cara memiliki buku tersebut untuk dijadikan koleksi peribadi.

2.0   RASIONAL
        Pendedahan dan pembelian secara  terus kepada buku-buku akan berupaya menanamkan semangat cintakan dan menghargai buku disamping pelajar dapat dididik untuk berkorban wang ringgit untuk membeli buku. Adalah diharapkan melalui pameran ini pelajar akan dapat menjadikannya sebagai asas kea rah pembudayaan buku dalam kehidupan.

3.0   OBJEKTIF
3.1   Mendidik pelajar supaya mencintai buku melalui pembelian buku-buku yang terbaru di pasaran.
3.2   Mengadakan dan menjalinkan hubungan usaha sama dengan pihak luar dalam memupuk semangat mencintai buku di kalangan pelajar.
3.3   Memberikan kemudahan kepada guru dan pelajar untuk memilih buku-buku yang mereka gemari yang terdapat di pasaran.
3.4   Mempelbagaikan aktiviti pusat sumber sekolah Sempena Hari Buku Sedunia.

4.0   TARIKH / TEMPAT/JANGKAMASA
4.1   23 & 24 April 2012
4.2   Dewan SMK. Jalan Mengkibol,Kluang.
4.3   8.00 pagi – 5.00 petang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved