National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Mesyuarat Jawatan Kuasa MGC Kluang kali ke 4

Tuesday, August 31, 2010 at 8:03 PM
Salam,


Mesyuarat Jawatan Kuasa MGC Kluang kali ke 4

Tarikh : 2 Ogos 2010

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK. Jalan Mengkibol, Kluang


Agenda.1. kata-kata aluan Pengerusi

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3. Laporan kewangan

4. Perbincangan aktiviti MGC Kluang

1. Seminar Kajian Tindakan Daerah Kluang.

2. Seminar Kajian Tindakan Negeri Johor

3. Jamuan Perdana MGC Johor\

4. Program Idea Market dan Bina Diri MGC Kluang 2010

5. Hal-hal lain.

Kem Membaca 1 Malaysia 2010

Tuesday, August 24, 2010 at 7:05 AM

Jom kita sama-sama menyokong Kem Membaca 1 Malaysia

Kem Membaca 1 Malaysia 2010 adalah satu inisiatif di bawah program gerakan tabiat membaca Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian Buku Teks akan dilaksanakan serentak di seluruh Negara pada 8 hingga 12 November 2010.
Tema pada tahun ini ialah “ Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia “. Tahun ini, tempat pelancaran  rasminya ialah SRJK (C) Tsun Jin, Jln. Perwira, Kg Pandan 55100, KL. Perasmi yang dicadangkan ialah YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPM, pada 8 November 2010.

Semua sekolah akan terlibat dengan program tersebut. Sekolah boleh lawati laman web www.read2010.com.my nanti sebelum pelancaran.

Berikut adalah cadangan jadual pelaksanaan :
Tarikh
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
8.11.2010
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia
9.11.2010
a. 10 minit bersama buku
b. Projek Kitar Semula- Sayangi
Bumi Kita
a. Membaca 10 minit
b. Projek Kitar Semula-Sayangi
Bumi Kita
10.11.2010
Sesi Bercerita & Pertandingan Mewarna
Pertandingan Pidato, Perbahasan / Public speaking
11.11.2009
Jejak maklumat
Klinik membaca
12.11.2010
Majlis Penyampaian hadiah peringkat sekolah

“ASTRO TUTOR TV “

at 6:55 AM

Salam,
Untuk makluman semua Guru Perpustakaan dan Media.

Kampus Astro telah melancarkan saluran pendidikan baru Astro yang dikenali sebagai “ASTRO TUTOR TV “ pada 18 Julai 2010 dan akan tamat pada 23 September 2010. Rancangan ini akan dipancarkan melalui saluran 100. Saluran ini adalah satu saluran sementara yang akan menawarkan pembelajaran interaktif khususnya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Ia adalah satu rancangan yang padat dengan program berbentuk format ulangkaji interaktif bagi matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Program ini juga diselitkan maklumat yang berguna kepada pelajar seperti penjagaan kesihatan, meningkatkan motivasi dan tips belajar secara efektif. Pelajar boleh menggunakan fungsi butang merah alat kawalan jauh Astro untuk fungsi interaktif bagi mendapatkan panduan dan kuiz. Tempoh setiap episode di antara 15 hingga 30 minit, sarikata dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Diharap semua sekolah dapat memanfaatkan kemudah tersebut.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia

Saturday, August 14, 2010 at 10:05 PM


Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa
1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri
1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

at 10:04 PM
Salam,

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.
6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:
1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.
3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.
4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.
5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.
6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.

Mudah-mudahan ianya menjadi panduan kepada kita semua.

Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Sekolah 201

at 9:58 PM

 

Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Sekolah 2010

LATAR BELAKANG DAN RASIONAL HARI BUKU SEDUNIA
Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights Day).
Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiantan penerbitan dan perbukuan, dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta.
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) telah menyarankan supaya Hari Buku dan Hak Cipta Sdunia tahun 2010 disambut di peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca warga sekolah.
Oleh itu, sekolah digalakkan mengadakan satu perhimpunan khas pada 23 April 2010 atau tarikh lain yang sesuai untuk merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Antara aktiviti pembacaan dan pembuku yang dapat mengembangkan budaya membaca di kalangan warga sekolah ialah Resensi buku, Bercerita, Sepetang bersama penulis, Mewarna, Membaca bersama, Tukar buku suka sama suka, Bicara buku, Tokoh membaca dan lain-lain aktiviti yang menjurus ke arah memantapkan budaya membaca.

Semoga aktiviti Hari Buku dan Hak Cipta Sednia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak terutamanya guru dan murid agar dapat wujud kesedaran tentang pentingnya amalan membaca dan pengiktirafan kepada penulis yang telah memerah otak berkarya untuk tatapan umum. Sekian terima kasih.
OBJEKTIF HARI BUKU SEDUNIA
  1. Meningkatkan minat membaca didalam dan diluar sekolah.
  2. Memberi pendedahan kepada murid mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta.
  3. Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti perbukuan.
  4. Mengenali lebih ramai penulis buku tempatan dan luar negara.

Bengkel Pembinaan Modul Bahasa Melayu 2010

at 3:11 PM
Program : Bengkel Pembinaan Modul Bahasa Melayu 2010
Tarikh : 5 Ogos 2010
Tempat : SM. Sains Johor.
Penyelaras : Pn. Zanariah bte Abdol  ( Guru Cemerlang Bahasa Melayu )


Salam,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana bengkel Pembinaan Modul Bahasa Melayu kali ke dua telah dapat dilaksanakan dengan melibatkan  semua Guru Cemerlang Bahasa Melayu daerah Kluang. Modul ini dirancang dan dibina  dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi matapelajaran Bahasa Melayu UPSR, PMR dan SPM sekolah-sekolah di daerah Kluang. MGC Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Haji Abdul Jalil bin Satari kerana telah sudi meluangkan masa bersama-sama memberikan idea dalam pembinaan modul ini. Alhamdulilah dan syukur kerana MGC Kluang diberikan ruang untuk bergerak dalam keterbatasan masa dan halangan-halangan yang terpaksa dihadapi bersama. Terima kasih kepada penyelaras program Pn. Zanariah bte Abdol dan rakan-rakan Guru Cemerlang yang lain di atas kerjasama ini. Syabas.

Kelebihan Bulan Ramadhan

Monday, August 9, 2010 at 3:52 AM
Alhamdulillah jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadhan lagi iaitu pada hari Rabu ini 11 Ogos 2010. Sempena Ramadhan yang akan menjelang ini, admin isuhangat ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada entri-entri di blog ini yang pernah menyentuh perasaan anda. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua
Marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan tahun semoga semakin bertambah baik dari Ramadhan kita pada tahun-tahun lepas. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir
“Sebarkanlah artikel ini semoga Kita sama mendapat manfaat daripadanya”.
Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net

Seminar Kajian Tindakan MGC Kluang & Negeri Johor 2010

Monday, August 2, 2010 at 5:52 PM














Mesyuarat Pengurusan MGC KLuang kali ke 3


Salam,
 Perhatian kepada semua Guru Cemerlang Daerah Kluang ,

Seminar Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang  dijadualkan berlangsung pada :

Tarikh : 23 September   2010
Tempat : SM Sains Johor
Masa : 8.00 - 5.00 petang

Seminar Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor

Tarikh : 7  Oktober    2010
Tempat : SM Sains Johor
Masa : 8.00 - 5.00 petang.

* Setiap pembentangan dijalankan selama 20 minit.15 minit untuk pembentangan 5 minit untuk sesi soal jawab.


Semua pembentang diharapkan dapat bersedia  dengan pembentangan masing-masing. Kepada semua Guru Cemerlang penyertaan pembentangan masih lagi terbuka terutamanya bagi kategori sekolah rendah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved