National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Petua Kejayaan Dalam Kehidupan

Wednesday, March 31, 2010 at 10:18 PM
Salam,
Renungkanlah petua-petua kejayaan dalam hidup kita- Insyaalah.

Seringkali kita tercari-cari apa ciri-ciri yang perlu ada dalam keperibadian individu yang berjaya dalam hidupnya. Mudah-mudahan apa yang dipaparkan di sini dapat sedikti sebanyak membantu kecemerlangan hidup kita.

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kita
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali


Sumber : isuhangat.blogspot.com

Kesederhanaan Dalam Hidup kita

at 10:15 PM

Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

at 9:55 PM
Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Sumber :http://www.isuhangat.net

Kasih dan Pengorbanan seorang Ibu

Tuesday, March 30, 2010 at 4:16 AM
\ video

Alhamdulilah Segalanya Telah Selesai

Sunday, March 28, 2010 at 4:59 AM

Salam,
Alhamduliah, syukur kupanjatkan ke hadarat Illahi kerana berjaya menempuh minggu ini dengan penuh ketabahan daan kegigihan menghadapi 3 mesyuarat Agong Guru Cemerlang, Mesyuarat Agong dan Hari Anugerah Cemerlang SMK Jalan Mengkibol dan Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Tinggi Kluang yang berjalan selang dua hari sahaja. Hampir seminggu menyiapkan bahan untuk montaj SMK Jalan Mengkibol, tidur sampai lewat malam , menyiapkan story board, mengumpul bahan, menghadiri mesyuarat untuk penyelarasan kerja Mesyuarat Agong dan kursus profesionalisme Guru Cemerlang, berbincang dengan PPD Kluang,menghubungi Jemaah Nazir Negeri Johor. Memastikan semua persiapan perjalan lancar. Alhamdulilah mesyuarat berjalan lancar, pembentangan program MGC dan kajian tindakan berjalan dengan sempurna. Terkejar-kejar ke STK untuk mendengar taklimat Mesyuarat Agong PIBG. Hati risau kerana mesyuarat pengurusan diadakan amat lewat hari Rabu sedangkan mesyuarat Agongnya Hari Sabtu. Hati dibaluti resah kesian kan kawan-kawan di STK yang bertungkuslumus nak buat persiapan. Tapi mungkin PK 1 lebih faham kot.. banyak sangat program PIBG yang kena macam ni.. bergegas petang Jumaat selepas ke SJM ke STK tengok Persiapan dewan . alhamdulilah tapi backdrop tak ada lagi kain rentang tak pasang lagi. Kesian dan tak sampai hati memikirkan guru yang bertugas nak menyiapkannya. baru pulang dari Kuala Lumpur tu.. Malam tunggu Banner Perasmian Blog SJM tak siap lagi. Fiza lupa nak print... jam 11.30 malam Banner sampai. bergegas ke SJM pasang Banner dan Bunting jam 12.30 malam lalu di depan STK hati masih bimbang. Program esok bimbang ibu bapa tak datang.. surat lambat di berikan kepada ibu bapa walau dah siap lama.. entahlah. Disebalik kerisauan yang memuncak tertidur jam 3.00 pagi lepas. sentuhan terakhir montaj sekolah SJM. jam 5.30 bangun tidur hati risau memikirkan mesyuarat Agong PIBG persiapannya dah sempurna ke belum. 7.30 dah terpacak di STK. Majlis berjalan lancar walaupun ibu bapa tak berapa kerat yang hadir.Alhamdulilah di beri kesempatan untuk bersara oleh rakan-rakan guru, Sesaat hati terasa terukir senyuman apatah lagi pengganti diri abang sendiri. terasa dunia ringan seringannya. Selama dua tahun ni tak sempat berlari, memegang amanah ibu bapa dan guru, wajib telus dalam perbelanjaan, merancang program kecemerlangan dan melihat keperluan sekolah yang perlu dibantu, melayan kerenah rakan-rakan yang kadang kala mengelikan hati macam faham tapi tak faham-faham, macam pandai tapi tak tahu. Semuanya nak dilanggar, Memastikan perjalanan wang amanah ibu bapa diurus dengan baik. Melihat telatah sang hero di dewan gagah mengatur langkah dan strategi .Tapi kelu dan pening dan memeningkan kepala di meja mesyuarat.Ops.. sempat telefon SJM tanya perjalanan majlis berjalan lancar tak. Resah melayan kerenah rakan-rakan, menelan pahit segala sindiran dan memancar dendam dibalik senyuman manis. Cuba memuaskan semua pihak. Syukurlah segalanya telah berakhir dengan selamat.Melangkah letih pulang ke rumah dan bergegas ke Kuala Lumpur meraikan majlis kegembiraan bersama. Terima kasih segala kerana kesempatan ini mengajar aku erti kebaikan, persahabatan, mengurus manusia,menilai telatah dan kedewasaan hati dan perasaan. Mudah-mudahan apa yang kulakukan mendapat berakah dari Allah jua. Jiwa dan perasaan kembali ringan seringan-ringannya kembali. Terima kasih kawan. Fuh minggu ni betol-betol memenatkan.

KURSUS PROFESIONALISME MGC KLUANG 2010

Thursday, March 25, 2010 at 3:44 AM


Ahli Jawatan Kuasa Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang Sesi 2009/2010









Salam,
Alhamdulilah program Mesyuarat Agong dan Kursus Profesionalisme MGC Kluang telah selamat diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Bakti SM Sains Johor. Mesyuarat Agong dan Kursus yang dihadiri oleh 80 orang Guru Cemerlang Daerah Kluang ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Selaion daripada pengesahan minit mesyuarat dan kewangan. Semua ahli juga diberikan taklimat mengenai Program 2010 bagi mendapatkan makluman yang lebih jelas dan terperinci. Hal ini amat penting untuk diketahui oleh semua Guru Cemerlang supaya segala perancangan dapat disempurnakan mengikut masa yang di tetapkan. Dua orang Mentor MGC Kluang telah membentangkan kertas kerja masing. Pn Hajah Rahmah bte Hj Sayuti dengan tajuk Amalan Profesional GC: Fortpolio Pengajaran- Satu Cadangan, Manakalan Pn Zanariah bte Abdol dengan tajuk kajian tindakananya Budaya Membaca Budaya Allen.

Melalui pembentangan kajian tindakan ini semua Guru Cemerlang yang hadir di dedahkan dengan kaedah penyampaian, teknik penyediaan kajian tindakan berserta contoh, keperluaan portpolio pengajaran untuk membantu dan memudahkan pengurusan P & P dan sebagainya. Jesteru ini adalah diharapkan Guru Cemerlang daerah Kluang akan bersedia untuk menjayakan seminar Kajian Tindakan yang akan dilaksanakan pada Jun 2010.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Satari Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kluang Unit Akademik. Beliau telah menyampaikan beberapa pesanan antaranya Guru Cemerlang perlu membuat audit kendiri untuk mengesan kelemahan dan kekuatan peribadi. Mewujudkan kumpulan Pemikir bagi setiap matapelajaran. Mengkaji isu-isu yang timbul untuk mengesan kelemahan dan membuat rawatan secara berkumpulan .Bekerjasama dengan JKD untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pendidiakn bagi semua peringkat UPSR,PMR dan SPM.Akhirnya beliau berharap Kumpulan Guru Cemerlang ini akan terus aktif sama ada di sekolah mahupun di daerah dan peringkat negeri dengan menganjurkan pelbagai program terancang dan Tuan Pegawai Pelajaran Kluang Tn. Hj. Shaharudin bin Sharif akan sentiasa bersama menyokong program-program yang memberi impak berkesan terhadap kecemerlangan pendidikan khasnya di daerah Kluang ini.

Akhir sekali saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Selamat bersara kepada Pn. hjh Sapiah binti Samingon GC Kaunselor SMK Taman Sri Kluang, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang,Tn. Hj. Shaharudin bin Sharif,Tn. Hj. Ahmad bin Awang. Tn. Hj Jalil Bin Satari, En. Mohd Said bin Daimon dan Tuan Haji Husin di atas sokongan yang diberikan. Kerjasasma tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuaan terima kasih. Ke Arah Kecemerlangan Berterusan.

Listening Effectively and Questioning Skills

Tuesday, March 16, 2010 at 10:05 PM
Listening Effectively and Questioning Skills

As a class teacher you will need to hone your personal and communication skills. In particular your listening skills, your questioning skills, your ability to give complex and difficult explanations and your ability to end classes effectively. Below are some useful hints:-
Listening effectively

1. Try to keep an open mind and listen to what is actually said.

2. Listen for meaning. For example a student maybe asks you a muddled question about a small detail. Actually, what s/he may be telling you is that s/he is completely lost and doesn’t understand this at all – or this student may be dyslexic.

3. Try not to pre-empt what a student is saying, by cutting them off mid-question and giving them an answer to a problem as you see it. As much as possible, let them explain their uncertainties and confusions. According to a reasonable body of the Higher Education research literature, concept development often requires that students first understand how the new ideas presented fit on to what they already know, and IF the new concept requires them to let go of some previous understanding, this needs to be actively acknowledged (ie: you can’t simply overlay a new and contradictory set of ideas before the old ones have been explored and deconstructed).

4. Try to find a workable balance between, on the one hand, thinking ahead in the discussion in order to maintain the flow and focus and, on the other, being overly directive and forcing the discussion along your set path.

Questioning skills

There are a number of techniques you can use to encourage students to ask questions and to open up discussion.
The most obvious is to draw on students’ questions and comments and to enlarge upon them with your own remarks. What do you do if the subject matter is new and your students are too? You may want to jot down several statements or questions beforehand and use these as a springboard.

For many quantitative subjects, you may want to plan out a sequence of short questions aimed at helping students work their way through a problem, or grasp a better understanding of a theory or model. A number of class teachers in Economics, Maths, Statistics and Accounting and Finance use this approach. Some will go round the class more or less sequentially, so students know when their “time” to answer is approaching and can prepare. Others take a more random approach, calling on people by name. Yet others ask questions to the group as a whole, and let whoever wishes to respond.

sumber http://www.cikgublog.com

Watikah Lantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2010

at 9:55 PM






SMK JALAN MENGKIBOL KLUANG JOHOR
MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER &
LAWATAN KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN
TAHUN 2010

Tarikh : 13 Mac 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKJM dan Perpustakaan Universiti Tun Hussien Onn, Parit Raja, Batu Pahat.Johor
1.0 PENDAHULUAN
Pengawas Pusat Sumber merupakan salah satu jawatankuasa yang diwakili oleh murid, berfungsi sebagai pembantu bagi melaksanakan semua aktiviti Perpustakaan agar dapat dimanafaatkan oleh semua pihak secara maksimum dan berkesan. Pengawas Pusat Sumber yang berkualiti tunggak perkhidmatan berkesan.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan Membangunkan Modal Insan (PIPP: Teras 2), Majlis ini seharusnya mampu membangunkan modal insane yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dan kompentensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri dikalangan Pengawas Pusat Sumber.


3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan Pengawas Pusat Sumber yang berketrampilan,komited dan berdedikasi dalam tugas melalui motto senyap
3.2 Meningkatkan pengetahuan pengawas pusat sumber melalui program lawatan ke Perpustakaan Universiti Tun Hussien Onn
3.3 Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan, cekap dan efektif
3.4 Mewujudkan budaya mesra pelajar dikalangan pustakawan.

Pihak Pusat Sumber Sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Sabrina dan pegawai-pegawai Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn di atas kesudiaan menerima kunjungan kami. Semoga kami akan kembali melawat ke sana apabila perpustakaan baru telah beroperasi Terima kasih .

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

at 6:54 PM
Salam,

Seringkali kita tertanya-tanya apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi seorang guru. Mungkin pada pandangan sesetengah orang mudah kerjaya seorang guru adalah amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu untuk menjadi seorang guru yang baik dan hebat sebenarnya memerlukan beberapa elemen yang perlu wujud secara semula jadi ataupun ianya boleh dipelajari baik melalui buku-buku ilmiah mahupun melalui pengalaman guru itu sendiri. Secara umumnya kualiti-kualiti ini perlu ada pada individu yang menjadi guru ataupun ingin menjadi seorang guru. Mudah-mudahan ianya akan membantu kita menjadi seorang guru yang hebat .

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.


sumber http://www.cikgublog.com

Hebahan Mesyuarat Agung MGC Kluang 2010

at 2:52 AM
Ahli Jawatankuasa
Mesyuarat Agung kali ke 2
dan
Program Peningkatan Keilmuan
Majlis Guru Cemerlang
Daerah Kluang 2010

Tarikh : 25 Mac 2010

Tempat : Dewan Kuliah Sek.Men. Sains Johor.

Masa : 8.00 pagi- 2.00 petang



Memangku Pengerusi
Ismail bin Yon

Timbalan Pengerusi
Puan Marhaini bte Mohamed

Setiausaha
Pn. Hjh Gayah bte Madu
En. Zaki bin Ahmad

Bendahari/kutipan yuran
Cik Ng Peck Chin
Puan Loh Lee Yin
Pn. Saedah binti Roowah
Pn.Azalina binti Masuan

Ahli Jawatankuasa

Sambutan
Pn. Norizah bte Rahmat
Pn. Hjh Rahmah binti Sayuti
En. Hamsan Bin Abd. Lattif
Pn. Zanariah bt Abdol

Pendaftaran perserta dan edaran buku
Puan Marina binti Mohd Fadzil
Pn.Sundhra Vadivu A/P K Murugesu
Cik Junita Primrose A/P Maryam Pillai
Encik Or Tien Yai

Jamuan/Hadiah
Puan Khatijah binti Kanang
Puan Rahimah bte Jalil
Pn. Hjh Sapiah binti Samingon

Dokumentasi/Backdrop
En. Affandi bin Hassan
Puan Wahidah bte Abd. Rahman

Persiapan Tempat
En. Sulaiman bin Haji Husin
En. Abd.Hafif bin Othman

Pengacara Majlis Kursus dan Penutupan
En. Yahya bin Harun
Cik Hajah Khalidah binti Hj Khalid
Encik. Md Yazid bin Badir (doa)


Bayaran perlu dijelaskan ketika mesyuarat agung

1. Yuran tahunan MCG Kluang RM 30.00
2. Yuran tahunan MGCJ/M RM 20.00


Aturcara

8.00 pagi - pendaftaran

8.30 pagi - Mesyuarat Agong
- Doa
- Kata-kata aluan pengerusi majlis
- Pengesahan minit mesyuarat
- Perkara berbangkit
- laporan s/u aktiviti 2009 dan perancangan aktiviti 2010
- laporan kewangan dan pengesahan
- pembahasan usul jika ada.
- ucapan penangguhan

9.30 pagi - Minum pagi

10.00 pagi - Pembentang 2 kajian tindakan

-Pn. Hjh Rahmah binti Hj Sayuti
Pn. Zanariah bte Abdol


11.00 pagi – Majlis Ilmu bersama Jemaah Nazir Negeri Johor

12.30 pagi - Ucapan penutupan Mesyuarat Agung dan bersama Tn. Hj Shahruddin
Sharif (PPD Kluang)

1. 30 tgh – Jamuan makan tengahari dan bersurai

Program Majlis Guru Cemerlang Daerah kluang 2010

Sunday, March 7, 2010 at 7:42 PM
Program Majlis Guru Cemerlang 2010




Kursus Blog Fasa 2 MGC Johor

Saturday, March 6, 2010 at 8:14 AM



Salam,

Kursus blog Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah berjaya diadakan bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor pada 4 dan 5 Mac 2010. Seramai 20 orang Setiausaha dan penolong setiausha daerah telah menghadiri kursus tersebut. Beberapa teknik dan kemahiran baru telah dipelajari untuk melengkapkan blog daerah masing-masing. Adalah diharapkan selepas berakhirnya kursus fasa dua ini setiap jurulatih akan mampu menguruskan blog daerah masing-masing dan mampu untuk menjadi fasilitator kepada guru-guru cemerlang daerah masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved