National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Alhamdulilah Segalanya Telah Selesai

Sunday, March 28, 2010 at 4:59 AM

Salam,
Alhamduliah, syukur kupanjatkan ke hadarat Illahi kerana berjaya menempuh minggu ini dengan penuh ketabahan daan kegigihan menghadapi 3 mesyuarat Agong Guru Cemerlang, Mesyuarat Agong dan Hari Anugerah Cemerlang SMK Jalan Mengkibol dan Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Tinggi Kluang yang berjalan selang dua hari sahaja. Hampir seminggu menyiapkan bahan untuk montaj SMK Jalan Mengkibol, tidur sampai lewat malam , menyiapkan story board, mengumpul bahan, menghadiri mesyuarat untuk penyelarasan kerja Mesyuarat Agong dan kursus profesionalisme Guru Cemerlang, berbincang dengan PPD Kluang,menghubungi Jemaah Nazir Negeri Johor. Memastikan semua persiapan perjalan lancar. Alhamdulilah mesyuarat berjalan lancar, pembentangan program MGC dan kajian tindakan berjalan dengan sempurna. Terkejar-kejar ke STK untuk mendengar taklimat Mesyuarat Agong PIBG. Hati risau kerana mesyuarat pengurusan diadakan amat lewat hari Rabu sedangkan mesyuarat Agongnya Hari Sabtu. Hati dibaluti resah kesian kan kawan-kawan di STK yang bertungkuslumus nak buat persiapan. Tapi mungkin PK 1 lebih faham kot.. banyak sangat program PIBG yang kena macam ni.. bergegas petang Jumaat selepas ke SJM ke STK tengok Persiapan dewan . alhamdulilah tapi backdrop tak ada lagi kain rentang tak pasang lagi. Kesian dan tak sampai hati memikirkan guru yang bertugas nak menyiapkannya. baru pulang dari Kuala Lumpur tu.. Malam tunggu Banner Perasmian Blog SJM tak siap lagi. Fiza lupa nak print... jam 11.30 malam Banner sampai. bergegas ke SJM pasang Banner dan Bunting jam 12.30 malam lalu di depan STK hati masih bimbang. Program esok bimbang ibu bapa tak datang.. surat lambat di berikan kepada ibu bapa walau dah siap lama.. entahlah. Disebalik kerisauan yang memuncak tertidur jam 3.00 pagi lepas. sentuhan terakhir montaj sekolah SJM. jam 5.30 bangun tidur hati risau memikirkan mesyuarat Agong PIBG persiapannya dah sempurna ke belum. 7.30 dah terpacak di STK. Majlis berjalan lancar walaupun ibu bapa tak berapa kerat yang hadir.Alhamdulilah di beri kesempatan untuk bersara oleh rakan-rakan guru, Sesaat hati terasa terukir senyuman apatah lagi pengganti diri abang sendiri. terasa dunia ringan seringannya. Selama dua tahun ni tak sempat berlari, memegang amanah ibu bapa dan guru, wajib telus dalam perbelanjaan, merancang program kecemerlangan dan melihat keperluan sekolah yang perlu dibantu, melayan kerenah rakan-rakan yang kadang kala mengelikan hati macam faham tapi tak faham-faham, macam pandai tapi tak tahu. Semuanya nak dilanggar, Memastikan perjalanan wang amanah ibu bapa diurus dengan baik. Melihat telatah sang hero di dewan gagah mengatur langkah dan strategi .Tapi kelu dan pening dan memeningkan kepala di meja mesyuarat.Ops.. sempat telefon SJM tanya perjalanan majlis berjalan lancar tak. Resah melayan kerenah rakan-rakan, menelan pahit segala sindiran dan memancar dendam dibalik senyuman manis. Cuba memuaskan semua pihak. Syukurlah segalanya telah berakhir dengan selamat.Melangkah letih pulang ke rumah dan bergegas ke Kuala Lumpur meraikan majlis kegembiraan bersama. Terima kasih segala kerana kesempatan ini mengajar aku erti kebaikan, persahabatan, mengurus manusia,menilai telatah dan kedewasaan hati dan perasaan. Mudah-mudahan apa yang kulakukan mendapat berakah dari Allah jua. Jiwa dan perasaan kembali ringan seringan-ringannya kembali. Terima kasih kawan. Fuh minggu ni betol-betol memenatkan.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved