National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Bukan mudah mencapai kejayaan

Sunday, August 2, 2009 at 8:59 PM


Salam,

Saya mengambil kesempatan di sini merakamkan tahniah dan syabas kepada Guru Perpustakaan dan Media SK Perempuan Bandar,Kluang. Pn. Hjh. Padilah binti Shahran, ajk Pusat Sumber Sekolah, semua guru. tukang kebun ,tukang sapu, barisan pentadbir SK Perempuan Bandar, pasti tak lupa Pn. Mazlin Guru Besar Perempuan Bandar. Semua warga yang bertungkuslumus memastikan kesediaan sekolah menghadapi pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan. Kerja kuat dan komitment tuan-puan amat saya kagumi. Kekuatan peribadi GPM Pn Hjh Padilah membuatkan saya memikirkan betapa hebatnya seorang GPM dalam merialisasikan kecemerlangan PSS dan sekolah itu sendiri. Apa pun, syabas dan doa dari saya dan semua GPM daerah Kluang semoga perjuangan kali kedua ini akan membuahkan hasil dan kejayaan yang manis dan berkekalan.

Memoir GPM

Selagi kita bernama GPM
Semua orang tak nampak
macam tak de keja nak dibuat
seolah dunia ini sempit buat mereka
dan tak penting
tiada apa-apa
tak ada tak pe
ada pun tak bermakna kata nya

tapi kita keja macam lipas kudung
siang malam bulan bintang
embun subuh menjadi teman
tak sempat nak pergi shopping
apatah lagi melancung
pasang badan jauh sekali
tengok tv hanya mimpi
dan kotak fikir sentiasa
teringatkan
PSS, PSS, PSS
dan tak de benda lain
suami pening, bini pun pening
anak-anak tak sempat nak bermanja
nasiblah badan..
hanya yang komited dan faham tugas di PSS
akan mengerti jerih dan perih
diribaan GPM

tapi... kita tetap melangkah
walau tak dapat APC
atau pelbagai anugerah
yang penting segalanya kerana ALLah
takut nanti dapat cek tendang
baru terpandang sejarah silam.
terus berjuang GPM kerana hanya DIA yang tahu segalanya.

Nukilan
Kita
ismailsjm09

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved