National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Getir 2011

Wednesday, December 28, 2011 at 7:38 PM

Anugerah NILAM 2011
Ibu bapa mendengar penerangan mengenai Fungsi Bilik Akses
Perasmian Bilik Akses Kendiri dan Makmal Cyber PSS

Salam,
buat rakan-rakan dah hampir sebulan lebih tidak menulis di blog disebabkan pelbagai perkara yang datang dan melepasi ruang lingkup kehidupan yang mencabar jiwa raga, kekuatan diri dan perasaan. 2011 dilalui dengan pelbagai cabaran dan rintangan untuk mengapai kepuasan diri dan cita-cita. Melengkapi ruang lingkup tugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media yang mengkehendaki kreativiti, kerajinan dan usaha yang berganda untuk melengkapi pusat sumber yang telah berpindah kebangunan baru. bertungkuslumus menyiapkan segalanya untuk membolehkan PSS beroperasi sepenuhnya. Aduh... kerja-kerja yang terselindung di tingkat empat di batasan ruang itu tak siapa yang tahu dan rela mengintai-intai dari dekat. Di renteti dengan relief  yang pasti hadir dan mencuri masa yang amat berharga...
     Selangkah permulaan yang tidak ada hentinya terus mengerjakan tugas misi rahsia itu dengan peluh dan keringat meneroka jurang yang telah ditinggalkan bertahun. Hanya diri yang tahu , menjulang harapan yang terpinggir. Alhamdulilah dalam kesibukan tugas hakiki dan luaran segalanya tercapai dengan sendirinya. Terima kasih teman-teman seperjuangan yang sama-sama membantu mencapai misi dan visi kita bersama. Insyaalah 2012 yang menjelma kini akan kita perkukuhkan dan memantapkan perjalanan PSS ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Usaha bersama akan menghasilkan pencapaian matlamat yang gemilang.


      Melalui masa-masa terluang dalam percutian membolehkan diriku mengisi waktu melihat negeri orang, Perjalanan 24 jam dri Butterworth ke Bangkok menaiki keretapi memberikan satu pengaalaman yang baru melihat dunia orang lain. Bersama rentak deruan roda keretapi ekspress menghirup nafas baru untuk membina kekuatan diri dalam alam persekolahan yang amat berbeza ternanti pada 2012. Meskipun diriku telah berjaya mengharungi 11 tahun bersama. Ditengah kemegahan kota Bangkok, menyelusuri jejalan melihat watak dan keterlakuan manusia , membanding beza tanah air tercinta dengan debu aspal  wajah-wajah manis gadis kota. Melihat dunia yang berbeza untuk menjana ribuaan rasa yang bergelora.

2011 telah ku lalui getir cubamu dengan seribu pemuka rasa, dalam letih dan payah ku garap segala yang terrintang untuk meneruskan  kehidupan. Moga 2012 yang menjelma memberikan aku teruskan kekuatan untuk berlari di padang getir krikil , yang tak sama seperti orang lain. Insyaalah diri akan terus berdiri seperti biasa dengan senyuman manis di bibir. Terima kasih 2011 terus  mendewasakan aku menjadi manusia biasa.

     

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved