Salam,
Setelah hampir 16 tahun bergelumang dalam Guru Perpustakaan dan Media dulunya dikenali sebagai penyelaras Pusat Sumber Sekolah, bermula dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, Dungun Terengganu hinggalah ke SMK Jalan Mengkibol, Kluang. Pelbagai perkara dan perisitwa telah dihadapi dari membangunkan sebuah perpustakaan yang dulunya sepi, kusam dan menakutkan kepada sebuah pusat sumber yang ceria, aktif dan mempunyai kemudahan yang lengkap serta menjadi contoh kepada Pusat Sumber yang lain. Usah dikira waktu bekerja kalau siang sampai jauh malam, sekolah adalah rumahku, pusat sumber sekolah adalah teman ku, Kepala ligat memikirkan idea-idea untuk membuat perubahan. Kalau difikirkan tenaga entahlah berapa puluh juta kalori telah digunakan dari mengecat, memotong, mengangkat, menyapu,melabel, memanjat,mengerat, mengelap,menyusun, mengalih dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah. Dulu bukannya ada pembantu hanya teman-teman yang faham datang membantu sekali sekala. Kalau nak kata tak ada kerja lain, macam-macam kerja di buat dari melatih murid olahraga di padang, melatih pasukan bola sepak sekolah dan daerah di padang tiap-tiap petang,memberi kursus kemahiran hidup sebagi KS (kakitangan Sumber) hingga ke luar daerah, Menjadi penasihat pasukan pengakap, membawa anak-anak serigala ni berkemah diceruk rantau di Terangganu, Memberi kursus dan ceramah mengenai Pusat Sumber kepada guru-guru, guru besar dan pengetua dan petang-petang juga dipadang bola menuip wisel perlawanan bola sepak di merata daerah.Jadi tukang kebun pun pernah ,menyiram pokok setiap petang , menjadi jaga sekolah membuka dan menutup lampu tak lupa nak membuka pejabat sekolah jam 6.30 pagi.
Mengutip dana untuk mewujudkan kelab komputer sekolah, adakan kelas komputer alih-alih dah dapat empat buah komputer siap dengan printer. Mengajar subjek Bahasa Melayu , KH dan PJK, apa khabar anak murid belakang rumah guru SK Kuala Dungun, Alhamdulilah dah lancar membaca, jadi apa agaknya mereka sekarang, curi-curi ajar pemulihan kesian ramai dah darjah 4 tak boleh ,membaca. Alhamdulilah hati puas mudah-mudahan jadi orang lah mereka. Maklumlah kebanyakan mereka anak nelayan.
Namun sekarang cabaran seorang GPM semakin hebat terasa antaranya.
1. Tidak dan kurang mendapat sokongan dari pentadbir sekolah kerana dalam era digital dan globalisasi ini mereka beranggapan Pusat Sumber Sekolah tidak penting ke Pusat Sumber hanya membuang masa sahaja.
2. Amalan dan galakan membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan tidak perlu kerana tiada kena mengena dengan peperiksaan.
3. Sukar mendapat kerjasama kawan-kawan kerana mereka menggangap GPM seorang yang serbaboleh, mempunyai masa yang banyak dan telah menjadi tugas dia.
4. Warga sekolah masih kabur dan tidak memahami fungsi Pusat Sumber dan kaitannya dengan pembangunan keseluruhan sekolah.
5.Kekurangan kursus profesional mengenai pengurusan Pusat Sumber Sekolah, apatah lagi apabila GPM sering kali bertukar dengan guru-guru baru disebabkan kenaikan pangkat dan sebagainya.
6. GPM terdedah dengan pelbagai kamahiran bernilai tambah khususnya ICT yang perlu dikuasai untuk menyayingi kepantasan ledakan maklumat di kalangan warga sekolah khususnya murid-murid.
Selamat bertugas kepada adik-adik GPM yang baru.
0 comments