National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Monday, October 29, 2012 at 9:17 PM

Konvensyen Jiwa Pendidik MGC Johor 2012

Program : Konvensyen  Jiwa Pendidik MGC Johor dan Kampus IPG Temenggung Ibrahim Johor.
Tempat : IPG Temenggung Ibrsahim, Johor Baharu, Johor.
Tarikh:17, 18 dan 19 Julai 2012

MGC Daerah Kluang merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada:

1. Pn. Zanariah binti Abdol Pembentang Kertas Kerja
2. Pn. Hakimah binti Ismail Pembentang Kertas Kerja
3. En. Hamsam bin Abdul Latif Anugerah Gangsa  Inovasi
4. En. Zulkifli Ahmad Anugerah Perak Inovasi
5. Che Hasnah binti Che Nuh Anugerah Gangsa Inovasi







Perhimpunan Guru Cemerlang bersama Perdana Menteri

at 9:16 PM

Perhimpunan MGCM bersama perdana menteri Malaysia

Perhimpunan Perdana Majlis Guru Cemerlang Malaysia bersama Perdana Menteri Malaysia
12 Julai 2012
Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya.
Daerah Kluang diwakili oleh :

1. En. Ismail bin Yon
2. Pn. Maslia binti Darum
3. Pn. Ainiza binti Somin
4. En. Affandi
5. En. Md. Jamal Ali

MGC Kluang merakam sekalung penghargaan kepada yang turut hadir menjayakan program tersebut dan melaksanakan tugas sebagai AJK Dokumentasi 2012. Tahniah.

















Membangkit keperkasaan pusat sumber sekolah

at 9:00 PM


Salam,

             Kewujudan Pusat sumber sekolah telah menjangkau usia lebih dari 40 tahun di persada sekolah seluruh Malaysia, pelbagai nama dan gelaran telah digunakan  dari khutubkanah, perpustakaan hingga ke pusat sumber sekolah. Dari hanya sebuah bilik darjah yang menempatkan buku-buku cerita untuk digunakan oleh murid-murd sekolah dan dikembangkan sedikit demi sedikit hingga meliputi semua kawasan sekolah yang mempunyai pelbagai maklumat di penuhi dengan kemudahan-kemudahan terkini dan di sempurnakan dengan kemudahan digital yang pelbagai. Pusat sumber sekolah terus dilonjakkan dengan  pelbagai jawatan yang ujud sehingga ke jawatan guru cemerlang perpustakaana dan media. Sesungguhnya peranan dan fungsi telah dikembangkan ketahap yang lebih baik dan menjurus kepada pemupukan  pembentukan tabiaat membaca dan mencari maklumat yang tidak terbatas.

          Perjalanan yang semakin pantas telah menuntut perubahan yang drastik berlari bersama-sama kepekaan dan pengejaran teknologi yang kian mencabar dan berubah. Meskipun begitu ianya tidak selari dengan perubahan minda yang menuntut satu anjakan bahawa pusat sumber  sekolah telah berubah dari fungsi dan kemudahan yang terdapat dalam lingkungannya. Anggapan bahawa Pusat sumber sekolah hanya melibatkan buku-buku disebuah ruang yang terasing dan tertutup dan dikongsi oleh kumpulan kecil di sekolah masih lagi tertancap dalam pemikiran guru-guru  dan pentadbir di sekolah-sekolah. Konsep pembudayaan pusat sumber sebagai wadah pendidikan baru masih lagi jauh dari pemikiran guru-guru yang berada di sekolah. Natijahnya dikatakan pusat sumber sekolah masih lagi berada di takuk  lama.

Lebih malang lagi dengan peruntukan yang sedemikian banyak masih lagi tidak mampu menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pasar dan pilihan warga sekolah untuk mencari dan menggunakan perkhidmatan di pusat sumber sekolah secara optima. Seringkali pusat sekolah dikebelakangkan dalam memberikan keutamaan  untuk membangunkan sesebuah sekolah. padang yang cantik, sekolah dipenuhi dengan mural, banner - banner dan pelbagai pembangunan prasarana fizikal yang menarik diusahakan dengan cara yang amat bersungguh. Pembangunsn pusat sumber sekolah dipandang sepi dan bukan keutamaan. terkial-kial guru perpustakaan dan media untuk mencari dana membangunakan pusat sumber sekolah masing-masing. Usaha perlu digembelingkan oleh semua pihak di sekolah untuk menjadikan pembangunan pusat sumber sekolah sebagai satu keutamaan yang perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan tidak bertangguh-tangguh.

         Kesampingan semakin di rasai apabila guru perpustakaan dan media di sekolah seringkali di tukar setiap dua atau 3 kali setahun. Hal ini berlaku apabila tanggapan mengurus pusat sumber sekolah ini dianggap amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Pelbagai ilmu pengurusan dari stok, kewangan , mengurus acara dan program, keceriaan dan pelbagai lagi kemahiran perlu ada dan di kuasai oleh sesaoran Guru perpustakaan dan media. Tanpa sokongan yang kuat dari pengurusan sekolah menyebabkan pembangunan pusat sumber sekolah itu tidak dilaksankan dengan sewajarnya. Meskipun sesebuah sekolah itu telah berusia lebih dari 10 tahun kewujudannya tapi malangnya ianya tidak mengambarkan kecemerlangan budaya ilmu dan kemanafaatanya tidak dapat dirasai dan diguna pakai oleh semua warga sekolah.

        Pelbagai usaha yang bersungguh perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab dan terlibat secara langsung dalam memperkasakan Guru perpustakaan dan media dan juga pusat sumber sekolah itu sendiri. Lebih-lebih lagi apabila peranan Guru perpustkaan dan media di sekolah telah mula goyah dan dipersoalkan.Usaha secara terang-terangan dan  publisiti perlu dilakukan untuk membuka mata dan  minda pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan di semua peringkat akan peripentingnya pusat sumber sekolah dalam dunia pendidikan. Pelbagai seminar dan juga inovasi dan kajian tindakan yang dilaksanakan di seluruh pusat sumber sekolah perlu ditonjolkan dan dimenafaatkan untuk kegunaan semua pihak disamping untuk membuktikan bahawa guru perpustakaan dan media benar-benar memainkan peranannya di sekolah.

        Sikap syok sendiri atau dalam ertikata lain memperlakukan sesuatu untuk kepuasan  dan tontonan diri sendiri perlu di hapuskan dengan memperluaskan pengetahuan semua warga pendidikan akan peranan pusat sumber sekolah telah semakin berubah lebih-lebih lagi menjelang abad ke 21. Semua pihak harus disedarkan akan kaitan dan tanggung jawab masing-masing untuk membantu membangunakan pusat sumber sekolah. usaha yang rapat dan bersama memungkinkan sesuatu pusat sumber sekolah itu dibangunkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. War-warkan kejayaan dan peranan  pusat sumber sekolah di mata dunia pendidikan. Secara tidak langsung ianya akan membantu anak-anak murid kita menggunakan  kemahiran mencari maklumat secara berfikrah dan menguasai kemahiran membaca dengan berkesan dan keupayaan menjadikan pembacaan sebagai budaya sepanjang hayat. Kewujudan sebuah persatuan atau majlis Guru perpustakaan dan media yang mantap di setiap daerah, negeri dan kebangsaan perlu difikiran untuk sama-sama mengembelingkan tenaga dan menyumbang ke arah pembangunan sesebuah pusat sumber sekolah  itu sendiri.


Sikap saling membantu antara satu sama lain yang terhasil dari mengetahui fungsi dan peranan pusat sumber sekolah juga akan memartabatkan sesebuah pusat seumber sekolah sebagai "hyper market" .Lengkap denngan segala kemudahan dan menarik dengan pelbagai keceriaan yang  dihasilkan secara bersama . Konsep kepunyaan bersama  menyebabkan sesebuah pusat sumber sekolah itu tak sunyi dari mencipta perubahan baik dari segi fizikal,keceriaan mahupun menyediakan koleksi bahan-bahan bacaan terkini dengan kemudahan digital yang akan menambat hati warga sekolah ke pusat sumber dan menjedikan sekolah sebagai tempat pilihan  untuk mendapatkan segala bahan pembelajaran yang membantu pelajar mempertingkatkan kecemerlang pelajaran mereka. Sekalung tahniah kepada pengurusan dan gurupguru  SK Ledang Tangkak kerana telah memperaktikan kerjasama sepasukan , main peranan dan berjaya menjulang nama sekolah dipersada pendidikan negara. Contoh terbaik memperkasa pusat sumber sekolah secara bersama. Tahniah...


Kadang-kadang bila ditanya cikgu mengajar apa di sekolah? sukar juga nak beritahu saya ni guru perpustakaan dan media di sekolah... terasa rendah sekali diri kita dalam dunia pendidikan... Sabar je lah..


Ismail bin Yon
SJM 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved