Salam,
Sejenak termenung memikirkan perjalanan tugasan hidup sebagai Guru Perpustakaan dan Media di sekolah terlalu mencabar minda dan perasaan. sejak 2006 jawatan Perpustakaan dan Media diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang pastinya mempunyai kekuatan ribuan guru sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah . Jawatan yang dikira khas dilantik kerana di luar Norma penjawatan guru di sekolah dengan tugasan yang telah ditetapkan garis panduannya . Hakikatnya kita masih lagi bergerak sendirian tanpa sokongan dan ikatan yang kuat antara satu sama lain. Agaknya berapa kerap kita diberikan kursus pengurusan Pusat Sumber Sekolah dalam setahun?. Berapa kalikah kita diberi bimbingan profesional dalam setahun ni? Masihkah lagi kita teraba-raba mencari arah sendiri ? Apatah lagi GPM di sekolah agak kerap bertukar ganti, Bagaimana kita hendak menguruskan PSS menurut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia sedangkan isu jadual waktu mengajar kita disekolah belum selesai? Masih lagikah kita orang pertama yang mengisi haraki guru "relief" di sekolah? atau kita diberikan tugas-tugas lain yang memeningkan. Adakah peranan Guru Perpustakaan dan Media itu penting di sekolah? Ke mana arah kita selepas ini. Siapa yang hendak dipertanggung jawabkan? Siapa yang harus kita pautkan kekuatan untuk membela nasib dan meningkatkan pengetahuan profesionalisme kita?.Adakah dengan ribuan kekuatan GPM di seluruh Malaysia jawatan dan profesion kita disegani dan menjadi keutamaan dalam merancang kecemerlangan pendidikan bersama? Mungkin perjuangan mewujudkan jawatan Guru Perpustakaan dan Media yang diperjuangkan hampir sepuluh tahun bernoktah disini? Sama-samalah kita fikirkan........
FAREWELL...
-
*Assalamualaikum*
Dear all,
This is my last post. Thank you from the bottom of my heart for following
my blog all these years, 11 years to be exact! No...
5 years ago
0 comments