National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

OTAK

Wednesday, December 28, 2011 at 8:29 PM

10 Fakta Menarik Tentang Otak

1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.
2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.
3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.
4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.
5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.
6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.
7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.
8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.
9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.
10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.

Windows 8

at 8:26 PM

Windows 8

PERANCANGAN PELANCARAN WINDOWS 8: Isnin, 7 Januari 2013
Microsoft Windows atau yang lebih dikenali dengan panggilan Windows adalah dari sistem operasi yang dikembangkan oleh Microsoft, dengan menggunakan antaramuka grafik pengguna.
Sistem operasi Windows telah berevolusi dari MS-DOS, sebuah sistem operasi yang berbasis modus teks dan command-line. Windows versi pertama, Windows Graphic Environment 1.0 pertama kali diperkenalkan pada 10 November 1983. Microsoft Windows kemudian berkembang dan dapat menguasai penggunaan sistem operasi sehingga 90%.
windows 8 isuhangat
windows 8 isuhangat
windows 8 isuhangat

Keputusan yang tepat

at 8:24 PM
Seorang wartawan menemuramah seorang CEO sebuah bank luar negara
“Tuan, apa rahsia kejayaan anda?”
“Tiga perkataan sahaja” jawabnya.
“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang tepat!”
“Bagaimana anda membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan sahaja”
“Apa itu tuan?”
“Pengalaman”
“Dan bagaimana anda mendapatkan pengalaman?”
“Tiga perkataan sahaja juga”
“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang salah…”

Guru Cemerlang di Mana?

at 7:52 PM
Salam,
buat rakan-rakan guru cemerlang, perubahan sistem SSM kepada SBPA meletakan diri kita bingung dimanakah kedududkan Guru Cemerlag itu sendiri. Pelbagai persoalan timbul dan membuat kan kita resah gelisah . Adakah GC akan dibubarkan? Apakah nasib kita sebagai GC? Di manakah kedudukan kita sebagai GC dalam SBPA. Permasalahan yang bermain di kotak pemikiran kita memudarkan semangat kerja dan iltizam yang telah dibina sekian tahun lamanya. saya telah menerima banyak panggilan yang bertanyakan kedudukan GC dalam SBPA.

Rakan-rakan sekelian melalui maklumat yang diterima  dari En. Suresh S/U GC Negeri Johor mengatakan hasil taklimat yang telah dihadiri oleh beliau kedudukan GC adalah seperti berikut.

1. Guru Cemerlang diletakan di bawah Guru Wibawa mengkut gred masing-masing
2. Guru Cemerlang boleh melalui 2 laluan untuk ke gred seterusnya contohnya;
   a. mengikut Sistem Baru SBPA 8 tahunh 41, 8 tahun 48 dan 6 tahun 52
   b.mengikut fast trek dengan penyeliaan nazir terus ke gred yang seterusnya  tak perlu tunggu 8/6
      tahun untuk ke gred seterusnya ( macam biasa)

Alhamduliah , ingatkan GC akan dibubarkan, Bilik kita dah siap dengan cantik dan boleh digunakan semaksimun mungkin. Insyaalah. Namun begitu dialu-alukan dermawan dalam segala bentuk untuk mencantik dan mencerikan bilik saketerian Guru Cemerlang dan Guru Perpustakaan Media daerah Kluang. Terima kasih...

Getir 2011

at 7:38 PM

Anugerah NILAM 2011
Ibu bapa mendengar penerangan mengenai Fungsi Bilik Akses
Perasmian Bilik Akses Kendiri dan Makmal Cyber PSS

Salam,
buat rakan-rakan dah hampir sebulan lebih tidak menulis di blog disebabkan pelbagai perkara yang datang dan melepasi ruang lingkup kehidupan yang mencabar jiwa raga, kekuatan diri dan perasaan. 2011 dilalui dengan pelbagai cabaran dan rintangan untuk mengapai kepuasan diri dan cita-cita. Melengkapi ruang lingkup tugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media yang mengkehendaki kreativiti, kerajinan dan usaha yang berganda untuk melengkapi pusat sumber yang telah berpindah kebangunan baru. bertungkuslumus menyiapkan segalanya untuk membolehkan PSS beroperasi sepenuhnya. Aduh... kerja-kerja yang terselindung di tingkat empat di batasan ruang itu tak siapa yang tahu dan rela mengintai-intai dari dekat. Di renteti dengan relief  yang pasti hadir dan mencuri masa yang amat berharga...
     Selangkah permulaan yang tidak ada hentinya terus mengerjakan tugas misi rahsia itu dengan peluh dan keringat meneroka jurang yang telah ditinggalkan bertahun. Hanya diri yang tahu , menjulang harapan yang terpinggir. Alhamdulilah dalam kesibukan tugas hakiki dan luaran segalanya tercapai dengan sendirinya. Terima kasih teman-teman seperjuangan yang sama-sama membantu mencapai misi dan visi kita bersama. Insyaalah 2012 yang menjelma kini akan kita perkukuhkan dan memantapkan perjalanan PSS ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Usaha bersama akan menghasilkan pencapaian matlamat yang gemilang.


      Melalui masa-masa terluang dalam percutian membolehkan diriku mengisi waktu melihat negeri orang, Perjalanan 24 jam dri Butterworth ke Bangkok menaiki keretapi memberikan satu pengaalaman yang baru melihat dunia orang lain. Bersama rentak deruan roda keretapi ekspress menghirup nafas baru untuk membina kekuatan diri dalam alam persekolahan yang amat berbeza ternanti pada 2012. Meskipun diriku telah berjaya mengharungi 11 tahun bersama. Ditengah kemegahan kota Bangkok, menyelusuri jejalan melihat watak dan keterlakuan manusia , membanding beza tanah air tercinta dengan debu aspal  wajah-wajah manis gadis kota. Melihat dunia yang berbeza untuk menjana ribuaan rasa yang bergelora.

2011 telah ku lalui getir cubamu dengan seribu pemuka rasa, dalam letih dan payah ku garap segala yang terrintang untuk meneruskan  kehidupan. Moga 2012 yang menjelma memberikan aku teruskan kekuatan untuk berlari di padang getir krikil , yang tak sama seperti orang lain. Insyaalah diri akan terus berdiri seperti biasa dengan senyuman manis di bibir. Terima kasih 2011 terus  mendewasakan aku menjadi manusia biasa.

     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved