National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Sunday, March 25, 2012 at 2:20 AM



Salam,
Rakan-rakan sekelian salah satu sebab utama Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang ditubuhkan adalah untuk membantu rakan-rakan GPM yang lain dalam mengurus dan melengkapkam diri dengan ilmu pengurusan PSS. Sejak tahun 2007 lagi MGPM telah bergerak aktif bersama-sama dengan Pusat Kegiatan Guru melaksanakan pelbagai aktiviti bersama antaranya program jejak maklumat daerah Kluang dan negeri Johor, pelbagai kursus pss, fail meja, khidmat bantu, lawatan,dan lain-lain aktiviti. Alhamdulilah ianya masih terus wujud dan semakin kukuh jalinan persefahaman dan kerjasama antara rakan-rakan GPM Kluang. Usaha-usaha murni ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Pentingnya penubuhan Majlis GPM ini telah dapat dibuktikan sebagai penyambung dan pelaksana tugasan BTP  KPM di sekolah-sekolah. harus di tegaskan  di sini Ianya BUKAN untuk mencari populariti atau sebarang keuntungan peribadi.
      Alangkah baiknya  jika usaha yang baik ini dapat  diteruskan di seluruh Malaysia. Saya amat bimbang jika usaha ini disalah anggap oleh pihak-pihak yang lain, kerana  semenjak 2007 lagi MGPM Kluang telah bergerak bersama PKG dan BTN Johor dalam  melaksanakan agenda pembaharuan dan pembangunan PSS di sekolah- sekolah daerah Kluang. Malah MGPM  Kluang amat berterima kasih kepada rakan-rakan PKG yang sama-sama membantu untuk meningkatkan kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah.  Saya faham  ada sesetengah pihak memandang sinis dan menganggap ianya tidak penting dan tidak perlu. Hakikatnya kita yang melaksanakan  kerja-kerja di peringkat pelaksana (bawah) yang mengerti akan cabaran serta rintangan dan masalah senegara yang kita hadapi.
       Majlis MGPM ini bergerak secara kumpulan bersama-sama dengan rakan PKG dan BTP untuk menyelesaikan isu-isu pusat sumber sekolah, Melalui pelbagai perjumpaan yang diatur dan dirancang secara bersungguh.  Amat bertuah lagi jika kita mempunyai rakan-rakan  yang mempunyai Ijazah mahupun Sarjana Sains Perpustakaan, bolehlah dijadikan pakar rujuk dan menggunakan segala ilmu dan kepakaran mereka  secara sepenuhnya. Alhamdulilah di Kluang ni kita mempunyai beberapa orang pakar rujuk antaranya Pn. Hjh. Siti Amenah bt. Imam. Pada saya jawatan Guru Perpustakaan dan Media itu membawa pengertian yang begitu luas kerana kita bukan sahaja dituntut untuk menguasai kemahiran  sains perpustakaan tetapi juga beberapa kemahiran MEDIA yang tidak terbatas.
     Mungkin saya tidak beberapa arif dengan Pertubuhan atau Persatuan Perpustakaan yang telah wujud sekian lama, tapi rasanya  dalam 23 tahun bergelumang bersama PSS di sekolah. Aktiviti dan peranan mereka agak terbatas di peringkat-peringkat tertentu sahaja. Khususnya melibatkan perpustakaan awan dan kolej universiti tapi labanya tidak sampai ke PSS di sekolah-sekolah, Apatah lagi jika sekolah-sekolah tu terletak jauh nun di cerok rantau pendalaman. Jesteru itu penubuhan MGPM daerah masing-masing amat perlu sebagai pasukan sekawan yang mempunyai kesamaan persekitaran, komuniti dan pengurusan berganding bahu untuk saling memperlengkapkan apa yang kurang, memperkukuhkan apa yang lemah dan membina apa yang telah ada.
    Saya amat rasa bertuah kerana di negeri Johor ini, kita mempunyai barisan kepimpinan yang mempunyai pandangan jauh ke depan dalam melihat permasalahan dan mewujudkan langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah dengan membuat beberapa transformasi yang berani dan terbuka pemikirannya. Keikhlasan memertabatkan GPM Johor merupakan buah-buah kemanisan dan kecaknaan beliau dalam usaha-usaha memimpin kecemerlangan organisasi.  Saya percaya segala usaha yang dilakukan ini akan memberikan kesan jangka panjang ke arah peningkatan kualiti pusat sumber sekolah seluruh Johor. Sesungguhnya kami GPM di negeri Johor ini mengharapkan sokongan dan bantuan sepenuhnya dari tuan sebelum tuan melangkah pergi meninggalkan BTP ke medan perjuangan pendidikan yang lebih tinggi  dan kemercu kecemerlangan kerjaya tuan.  Terima Kasih Tn. Hj. Ishak bin Mahbob KPP BTPNJ atas keperihatinan tuan. Insyaalah usaha tuan akan kami balas sebaik-baiknya.

Dari,

Ismail bin Yon
MGPM Kluang
Dinihari 25/3/2012

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved