2013 telah Menjelma
Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang
* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.
Monday, May 13, 2013
at
10:30 PM
| Posted by
Ismail Yon
Pusat sumber sekolah telah mengambil bahagian dalam persidangan pelajar SMK. Jalan Mnegkibol yang di adakan buat kali ke duanya di dewan sekolah. Persidangan pelajar yang diadakan pada 27 April 2013 bersamaan dengan hari Sabtu telah mendapat sambutan yang hangat dari 25 pasukan badan beruniform, persatuan-persatuan akademik dan bukan akademik. Majlis yang dilaksanakn dengan amat meriah ni mendapat sambutan yang hangat kepada semua pelajar yang menyertainya.
Pada tahun ini PSS telah mempamirkan kaaedah merangsang pelajar melibatkan diri dengan aktiviti membaca dengan mencipta sebuah permainan yang diberi nama JOM KITA BERBAHASA. Permainan ni direka melibatkan pelbagai aktiviti berbahasa seperti pantun, bina ayat, bina perkataan, peribahasa, penggunaan kamus dan apa yang lebih menarik lagi ialah Penonjolan imej sasterawan negara di kalangan pelajar untuk lebih tahu dan mengenali siapakah sasaterwan negara , hasil kerja dan nukilan mereka.
Selain itu pencarian maklumat secara konvensional juga di ajar dan ditunjukan kepada para pelajar dengan menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Usaha untuk mengaplikasi MBMMBI dilaksankan dalam persidangan pelajar ini. Pelajar dikehendaki menerangkan bahan pameran dengan menggunakan ke dua -dua bahasa.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana pada tahun ini Pusat Sumber Sekolah telah mendapat tempat pertama kategori Kerjasama kumpulan. Sekalung tahiah diucapkan di atas kejayaan dan usaha sama semua pengawas PSS yang terlibat. Kekuatan dan kesungguhan kumpulan memartabatkan peranan pengawas PSS. Tahniah dari cikgu.
| |
PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com
© Copyright 2010, All Rights Reserved
0 comments