2013 telah Menjelma
Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang
* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.
Monday, July 8, 2013
at
7:07 PM
| Posted by
Ismail Yon
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah
Tempat : SM Sains Semberong
Tarikh : 20.4.2013
Masa : 8.00 - 2.00 petang
Program Khidmat bantu kali ke dua telah di adakan di Sekolah Menengah
Sains Semberong, Kluang Johor. Program bersama Pusat Kegiatan Guru
Daerah Kluang bersama Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang
bertujuan untuk membantu rakan GPM di Sekolah Menengah Sains Johor dalam
menyusun atur perabut, membuat sudut-sudut di pss, ruangan bacaan , dan
sistem fail yang kemas kini.
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dengan
pertolongan dari pengawas-pengawas pusat sumber Sekolah Menengah Sains
Semberong. Bagi Pihak MGPM daerah Kluang merakamkan sekalung penghargaan
dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membantu
pihak sekolah dan pengurusan PSS untuk meningkatkan peranan dan fungsi
pss di sekolah. lebih-lebih lagi kurangnya pengetahuan dan pengalaman
dan pembukaan sekolah baru yang menuntut banyak pengorbanan dari guru
GPM itu sendiri.
| |
PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com
© Copyright 2010, All Rights Reserved
0 comments