National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Jangan jadikan masa sebagai alasan

Sunday, June 13, 2010 at 5:02 AM

Salam,

Buat rakan-rakan , petikan motivasi ini mampu untuk membantu kita melakukan perkara dengan sebaik mungkin bukan menjadikan halangan masa sebagai alasan untuk kita tidak bertindak mahupun menyiapkan segala tugasan kita.. hah renung-renungkanlah.

Motivasi
] Jangan jadikan masa sebagai alasan

Seorang teman berkata, “Saya minat menulis, tapi saya takde masa. Saya harus bekerja dan kemudian mengurus anak sebelum dan selepas kerja. Bagaimana caranya? “Apa jawapan saya? “Memang, siapa yang punya waktu?”

Saya menjawab dengan sebuah pertanyaan, siapa yang punya masa? Jawapannya adalah semua orang. Semua orang punya masa. Kita sama-sama memiliki waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Siapa yang hanya punya waktu 20 jam sehari? Atau hanya 5 hari dalam seminggu?

Yang membezakan setiap orang, bukan jumlah masa yang dimiliki, kerana semua orang memiliki waktu yang sama. Yang membezakan adalah keputusan setiap orang bagaimana menggunakan waktunya. Saya punya waktu 24 jam, untuk apa saja yang memanfaatkan waktu saya? Anda juga punya waktu 24 jam, untuk apa saja waktu yang anda punya?

Jujur, sering kali jawapan saya bukan yang mereka (yang merasa tidak punya waktu) inginkan. Saya sendiri tidak tahu jawapan apa yang mereka inginkan. Saya bukannya tidak bersimpati terhadap orang yang sibuk dengan kewajibannya. Tetapi, kesibukan memang tidak pernah habis, dan semua itu adalah keputusan anda. Anda mahu menggunakan masa anda untuk apa.

Toni Morrison, seorang ibu tunggal yang harus mengurus 2 anak dan bekerja untuk menyara kedua anak-anaknya memenangi anugerah Pulitzer dan hadiah nobel atas tulisannya. Saat ditanya, bagaimana boleh menulis di tengah kesibukannya, dia menjawab:

“Menulis di waktu senggang”

Mungkin ada yang membantah, “Saya tidak punya waktu senggang”

Sekali lagi, terserah anda. Adakah anda mahu memiliki “masa senggang” atau tidak, semuanya pilihan dan keputusan anda.

“Tapi, banyak yang harus saya lakukan!” Siapa yang tidak? Semua orang memiliki tugas yang harus dilakukan. Hanya pemalas yang tidak mempunyai kewajipan. Hanya pemalas yang banyak memiliki waktu terluang. Semua orang, yang sedar akan kewajipan, akan selalu sibuk kerana banyak yang perlu dilakukan. Hanya saja, apa yang harus anda lakukan juga ada pilihan anda.

Mengapa tidak membuat alasan agar anda boleh mempunyai masa? Jika anda bertahan pada alasan tidak punya masa, maka anda akan terus tidak punya masa. Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan menggunakan sebahagian masa untuk hal tertentu, maka anda pun akan punya masa.


sumber:http://www.isuhangat.net

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved