National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

TIPS Guru Perpustakaan dan Media Penjana Kecemerlangan Sekolah

Sunday, July 25, 2010 at 10:05 PM
Salam,
Bertugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media di sekolah merupakan satu tugas yang amat mencabar apatah lagi dengan perkembangan media dan maklumat yang semakin pelbagai. Jesteru itu seorang guru Perpustakaan dan Media harus menguasai beberapa perkara.

1. Kemahiran perpustakaan khususnya pengkatalogkan, pengautomasian, literasi maklumat dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
2. Sentiasa berfikiran kehadapan menjana idea, merancang dan membuat kajian   dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.
3. Ketabahan dan kekuatan iltizam diri perlu sentiasa dipupuk dan diperkemaskan untuk memastikan pusat sumber sekolah  menjadi  pilihan warga sekolah.
4. Harus berani dan yakin untuk membuat perubahan yang positif walaupun menerima tentangan dari sesetengah pihak.
5. Sentiasa  dahagakan ilmu-ilmu yang baru seperti kemahiran IT dan  media dan menganggap ilmu itu adalah ibadah.
6. Tak kedekut masa dan kewangan dari poket sendiri.
7. Sentiasa bersedia untuk menjadi orang yang pertama ke depan dalam usaha membangunkan PSS. kerana  diri kita adalah contoh ikutan.
8. Perlu  mempunyai kreativiti dan kesabaran  yang tinggi.
9.Sentiasa merancang untuk memperbaiki kelemahan diri  dan berkongsi maklumat untuk memajukan PSS.
10, Mempunyai kemahiran komunikasi untuk  mengurus manusia dengan baik.

        Tips-tips ini boleh digunakan untuk membantu rakan-rakan Guru Perpustakaan dan Media untuk terus kehadapan memacu peranan dan fungsi pusat sumber sekolah ke arah kecemerlangan khususnya untuk guru-guru yang baru memegang jawatan ini.wasalam.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved