National Key Result Areas
2013 telah Menjelma
Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang
* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang
* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.
Permulaan Perjalanan kita
Jom baca Quran
NILAM 2013
Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah
VLE
Bersama mencipta sejarah "Malaysian Book of Records"
Tuesday, November 9, 2010
at
4:47 AM
| Posted by
Ismail Yon
Salam,
Bersyukur ke hadrat Illahi Program Kempen Membaca 1Malaysia peringkat SMK. Jalan Mengkibol sempena kempen Membaca 1Malaysia peringkat kebangsaan 2010 telah berjaya dilancarkan tepat jam 9.30 pagi , 8 November 2010. Pelancaran Kempen Membaca ini telah disempurnakan oleh En.YewKok Leh Pengetua SMK.Jalan Mengkibol. Seramai 121 orang pelajar telah mengambil bahagian dengan membaca selama 33.5minit (2.010 saat ) secara serentak .Selain dari membaca para pelajar juga dikehendaki mengunakan kemahiran mencari maklumat untuk melengkapkan soalan-soalan yang berkaitan dengan buku yang telah dibaca. Pertandingan membina perkataan dari slogan "Membaca menjana pemikiran 1Malaysia" juga telah diadakan. Sekalung budi dan ucapan penghargaan diberikan kepada guru-guru yang bersama-sama menjayakan kempen ini, terutamanya kepada En. Ahmad Khusaini bin Safri Ketua Bidang Bahasa, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah . Syabas dan terima kasih.
| 0 comments |
Lawatan Penanda Aras SMK Kahang Bt. 23
Sunday, November 7, 2010
at
3:22 AM
| Posted by
Ismail Yon
Salam,
Program:Lawatan Penanda Aras
Tarikh :3.November 2010
Masa:7.45 pagi -12.00 tengahari
Alhamdulilah,satu lawatan penanda aras telah dilakukan oleh rakan Guru Perpustakaan dan Media yang diketuai oleh Cik Hasniza binti Said bersama 3 orang rakan pengurus Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang Batu 23 yang terdiri dari Pn.Ili Amalina Abdullah,Cik AzlinaHani Bt Ithnin dan Cik Cheng Chuan Leng.
Melalui lawatan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan untuk memberikan kefahaman kepada rakan-rakan guru yang hadir untuk.
1.Membangunakn Pusat Sumber Sekolah
2.Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
3,Fail-fail
4. Aktiviti
5.Peranan Panitia bersama Pusat Sumber sekolah
6. lawatan ke bilik-bilik khas
Bagi pihak Pusat Sumber Sekolah,SMKJM merakamkanjutaan terima kasih kepada rakan-rakan pengurus PSS dari SMK.Kahang Batu 23 yang sudi hadir dan menjadikan PSS SMKJM ini sebagai penanda aras dalam bersama usaha meningkatkan peranan dan fungsi PSS di sekolah dan di daerah Kluang itu sendiri. Perkongsian ilmu dan idea amat diperlukan untuk membangunakan PSS KITA.
Selain dari itu,adalah diharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab akan terus melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah. Memandangkan masa kini, ramai guru perpustakaan dan media yang dilantik adalah guru-guru baru mengajar dan mempunyai kepelbagaian bidang akademik bukan sains perpustakaan . Jesteru itu, perlu bagi guru-guru baru ini . memahami dan mendalami konsep Pusat Sumber Sekolah itu sendiri. Mudah-mudahan usaha yang baik ini akan menghasilkan pengurusan PSS yang cekap dan berkesan.
| 0 comments |
Selamat Menyambut Hari Deepavali
Thursday, November 4, 2010
at
1:34 PM
| Posted by
Ismail Yon
Salam,
Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Depaavali kepada semua pelajar dan rakan - rakan guru yang beragama Hindu di seluruh negeri Johor. Semoga perayaan ini akan disambut secara meriah dan berupaya merapatkan hubungan silaturahim antara .Kepada rakan-rakan yang pulang ke kampung atau pun bercuti bersama keluarga sempena cuti perayaan ini, Didoakan semoga perjalanan rakan-rakan akan selamat sampai ke distinasi dan selamat kembali semula ke Kluang.Insyaalah.
Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Depaavali kepada semua pelajar dan rakan - rakan guru yang beragama Hindu di seluruh negeri Johor. Semoga perayaan ini akan disambut secara meriah dan berupaya merapatkan hubungan silaturahim antara .Kepada rakan-rakan yang pulang ke kampung atau pun bercuti bersama keluarga sempena cuti perayaan ini, Didoakan semoga perjalanan rakan-rakan akan selamat sampai ke distinasi dan selamat kembali semula ke Kluang.Insyaalah.
| 0 comments |
Kem Membaca 1 Malaysia SMK.Jalan Mengkibol,Kluang,Johor.
Monday, November 1, 2010
at
8:16 AM
| Posted by
Ismail Yon
Salam,
Sempena Program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 (KM1M2010) dan READ2010. anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Scholastic Read2010. Pusat Sumber SMK.Jalan Mengkibol telah tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama mencipta Malaysian Books of Records yang melibatkan 350.00 orang pelajar dari 1000 buah sekolah di seluruh negara. Pelbagai program yang berkaitan dengan NILAM telah dirancang untuk memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar.
Huraian Program
P 1. Pendahuluan.
Kem Membaca 1 Malaysia merupakan salah satu aktiviti yang dicadangkan dan akan dilaksanakan serentak di seluruh Negara mulai 8 hingga 12 November 2010. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Malayisa dan Scholastic READ2010.
Program ini. akan dijalankan secara serentak seluruh Malaysia tepat jam 9.30 pagi pada 8 November 2010. Ianya melibatkan seramai 120 pelajar dari SMK. Jalan Mengkibol, 350 ribu pelajar dan 1000 buah sekolah di seluruh Negara. Selain dari itu, pelbagai program juga disusun untuk mengalakkan pelajar membaca dan menggunakan pusat sumber sekolah dan seterusnya menggalakan peningkatkan pencapaian pogram NILAM di sekolah.
2. Rasional
1. 1.Program NILAM adalah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membina tabiat membaca
seterusnya mewujudkan tabiat membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini,
selaras dengan pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang mewajibkan program
NILAM dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara.
2. 2 .Berdasarkan analisa program NILA M 2009, Kadar bacaan murid telah meningkat, iaitu sekolah
rendah 20 buah buku setiap murid dan sekolah menengah 10 buah buku setiap murid.
3. 3.Menyokong KPI Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 100% murid normal mencapai kemahiran
literasi dan numerasi selepas 3 tahun sekolah rendah menjelang tahun 2012.
3. Objektif
1. 1. Mengerakkan program aktiviti galakan membaca di peringkat sekolah.
2. 2. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa cuti sekolah dan juga
sepanjang hayat).
sepanjang hayat).
3. 3. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
4. 4. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
4. Jangka masa/Tempat .
8 November hingga 15 November 2010
Pusat Sumber Sekolah/Bilik Mesyuarat/bilik darjah.
Tentatif Program
Tarikh/Masa | Aktiviti | Tempat | Pelaksana |
8 Nov. 2010 8.30 pagi 9.30 pagi 10.35 pagi 10-40 – 11.15 pagi 11.30- 12.30 tgh | -Taklimat Peserta Kem Membaca 1 Malaysia - Peserta mula membaca buku selama 33.5 minit (2,010 saat) - Bacaan dihentikan Rehat Aktiviti 1 (Kemahiran mencari maklumat satu) - Melengkapkan data bahan bacaan - Mencari 20 makna perkataan menggunakan kamus - Membina perkataan dari rangkaikata “Membaca menjana pemikiran 1Malaysia” | Bilik Mesyuarat Pusat sumber dan Bilik Mesyuarat | GPM En.Ismail Pn.Hjh Aishah GPM Pn.Hjh Aishah Pn. Siti Rohana Dokumentasi Video En.Zulnaidi Photografi En.Mohd Zaki |
9 November 2010 | - Permainan Sahiba (T.3) - Menulis Esei bertajuk “Buku yang saya gemari” (T.4) | Pusat Sumber Bilik darjah | Pn.Hjh Aishah Pn.Maharian (Panitia BM) Dokumentasi En.Ismail |
10 November 2010 | - Menulis sebuah karangan bertajuk “Membaca menjana pemikiran 1Malaysia”/Faedah membaca kepada generasi muda Negara. (T.4.) - Program “Treasure Hunt” NILAM ( T.3) | Bilik darjah Perpustakaan | Pn.Maharian (Panitia BM) Pn.Hjh Aishah Pn.Siti Rohana Dokumentasi En.Ismail |
11 November 2010 | - Pertandingan melukis poster bertajuk bertajuk “Membaca menjana pemikiran 1Malaysia”. - Pertandingan mencipta puisi Dengan fokus tajuk “Membaca” | Bilik Seni Pusat Sumber/bilik darjah | En.Ahmad Sofian En.Mohd Zaini Pn.Hjh Aishah Pn.Maharian) Dokumentasi En.Ismail |
15 November 2010 | -Majlis penutupan (perhimpunan) - Lagu Bangsa Johor -Lagu Negaraku -Lagu NILAM - Bacaan doa - Ucapan perasmian penutup En Yew Kok Leh Pengetua SMKJM -Penyampaian Hadiah/sijil i.Program Sayangi Masa Terluang ii.Program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 -Lagu sekolah. -Bersurai | Dataran Perhimpunan/ Bilik Mesyuarat | Pengacara Cik.Hajah Khalidah Bte Khalid AJK Sijil/Hadiah Pn.Yanti Norafizza binti Mansor Pn. Nor Iada binti Zakaria Pn.Rafidah binti Ahmad Pn.Nafizah binti Bokhari 1. |
| 0 comments |
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com
© Copyright 2010, All Rights Reserved