Salam,
Bersyukur ke hadrat Illahi Program Kempen Membaca 1Malaysia peringkat SMK. Jalan Mengkibol sempena kempen Membaca 1Malaysia peringkat kebangsaan 2010 telah berjaya dilancarkan tepat jam 9.30 pagi , 8 November 2010. Pelancaran Kempen Membaca ini telah disempurnakan oleh En.YewKok Leh Pengetua SMK.Jalan Mengkibol. Seramai 121 orang pelajar telah mengambil bahagian dengan membaca selama 33.5minit (2.010 saat ) secara serentak .Selain dari membaca para pelajar juga dikehendaki mengunakan kemahiran mencari maklumat untuk melengkapkan soalan-soalan yang berkaitan dengan buku yang telah dibaca. Pertandingan membina perkataan dari slogan "Membaca menjana pemikiran 1Malaysia" juga telah diadakan. Sekalung budi dan ucapan penghargaan diberikan kepada guru-guru yang bersama-sama menjayakan kempen ini, terutamanya kepada En. Ahmad Khusaini bin Safri Ketua Bidang Bahasa, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah . Syabas dan terima kasih.
0 comments