National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Anugerah NILAM JOHOR 2011

Wednesday, March 16, 2011 at 6:08 PM

Vitiya a/p Tamil Selvam (SMK Bandar T.6)
Johan Kategori SMK Luar Bandar 
Anugerah NILAM Negeri Johor 2011

Salam,
Majlis Guru Perpustakaan dan Media mengucapkan syabas kepada semua Jurulatih Program NILAM (Majlis GPM Kluang) , guru-guru pengiring Daerah Kluang di atas kejayaan Vitya a/p Tamil Selvam dari SMK Bandar T 6 kerana berjaya menjadi Johan kategori Sekolah Menengah Luar Bandar di dalam Pertandingan NILAM Negeri Johor yang telah diadakan pada 2 hingga 3 Mac yang lalu. Sesungguhnya kerjasama dan usaha yang bersungguh pastinya membuahkan hasilnya. Tahniah dan syabas.

Cuti .....

at 5:52 PM
Salam,
            Selamat bercuti kepada rakan-rakan guru dan GPM... Lama rasanya tak menulis di blog ni,Mungkin cuti ni yang paling muram bagi diri saya kerana ditinggalkan keseorangan selama sepuluh hari. Fuh lamanya. Tapi tak mengapa Alhamdulilah terlalu banyak kerja yang hendak dibereskan... Nak tidur memikirkan PSS, bangun tidur PSS lagi , waktu siang di pss lagi... sebelum cuti sibuk buat montaj persaraan GPK Koko dan penyelia petang, menyusun persembahan media. mencari lagu-lagu yang sesuai. Syukur majlis berjalan dengan sempurna, sempat pulang ke kampung sehari sempat juga menghadiri majlis pertunangan anak saudara di Parit Sulong,         
           Sebelum pulang ke Kluang singgah sebentar di Prima Moda Batu Pahat beli kain  untuk skirting sudut pameran PSS .  Hari Isniin di sekolah menyiapkan ruang pameran pss, Selasa jadi AJK Dokumentasi  menyambut ketibaaan Sekolah Yusuf Ishak dari Singapura hingga jam 3.00 petang. Kemudian bekejar ke Batu Pahat bersama-sama teman-teman yang lain melawat ayahda dan bonda cikgu Hajah Khalidah sampai di rumah jam 8.00 malam.
              Selesai menguruskan  rumahtangga dan menyediakan sarapan anak bergegas ke sekolah jam 10 pagi, Mengecat sudut pameran dan soft board, pasang skrting dll sehingga 6.00 petang, Hujan turun lebat pulang ke rumah jam 8.00 malam sambung kerja untuk melengkapkan sudut sasterawan negara hingga jam 12 malam. Jam 5 pagi sambung balik kerja-kerja yang tak siap. dan nak ke sekolah semula jam 9.30 pagi ni.
Nak siapkan sudut sasterawan negara, nak siapkan  kad pintar pelajar tingkatan satu dan kemaskini  sistem automasi pss.Oa  terlupa pula pada empat video program sekolah yang belum disunting dan dijadikan DVD lagi..
             Hari Jumaat dan Sabtu nak cari bahan untuk dua montaj sekolah yang baru khusus untuk mesyuarat Agong PIBG penghujung bulan Mac ni. Sabar je lah... banyak berita nak di tulis dalam blog ni tapi tak sempat-sempat dengan rentetan tugas yang orang tak nampak ni. Apatah lagi PSS baru ku di tingkat empat bangunan baru. Banyak sangat perkara yang hendak diselesaikan nasib baik pemabntuku Pn Zuraidah dan juga Pn Nurul Huda banyak membantu menguruskan perjalanan PSS. Kalau tidak dalam masa ni PSS belum boleh beroperasi lagi. Alhamdulilah sebulan berpindah ke blok yang baru PSS boleh digunakan oleh semua pelanggannya.
             Ha ha ha hari cuti ni banyak ku habiskan masa di pss, susah hati selagi pss baru ni tak siap dengan sempurna selagi itulah aku tak dapat menumpukan kepada kerja-kerja lain. Siang malam bekerja disekolah dan di rumah. PSS PSS PSS......

Selamat bercuti CIKGU.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved