Salam,
Selamat bercuti kepada rakan-rakan guru dan GPM... Lama rasanya tak menulis di blog ni,Mungkin cuti ni yang paling muram bagi diri saya kerana ditinggalkan keseorangan selama sepuluh hari. Fuh lamanya. Tapi tak mengapa Alhamdulilah terlalu banyak kerja yang hendak dibereskan... Nak tidur memikirkan PSS, bangun tidur PSS lagi , waktu siang di pss lagi... sebelum cuti sibuk buat montaj persaraan GPK Koko dan penyelia petang, menyusun persembahan media. mencari lagu-lagu yang sesuai. Syukur majlis berjalan dengan sempurna, sempat pulang ke kampung sehari sempat juga menghadiri majlis pertunangan anak saudara di Parit Sulong,
Sebelum pulang ke Kluang singgah sebentar di Prima Moda Batu Pahat beli kain untuk skirting sudut pameran PSS . Hari Isniin di sekolah menyiapkan ruang pameran pss, Selasa jadi AJK Dokumentasi menyambut ketibaaan Sekolah Yusuf Ishak dari Singapura hingga jam 3.00 petang. Kemudian bekejar ke Batu Pahat bersama-sama teman-teman yang lain melawat ayahda dan bonda cikgu Hajah Khalidah sampai di rumah jam 8.00 malam.
Selesai menguruskan rumahtangga dan menyediakan sarapan anak bergegas ke sekolah jam 10 pagi, Mengecat sudut pameran dan soft board, pasang skrting dll sehingga 6.00 petang, Hujan turun lebat pulang ke rumah jam 8.00 malam sambung kerja untuk melengkapkan sudut sasterawan negara hingga jam 12 malam. Jam 5 pagi sambung balik kerja-kerja yang tak siap. dan nak ke sekolah semula jam 9.30 pagi ni.
Nak siapkan sudut sasterawan negara, nak siapkan kad pintar pelajar tingkatan satu dan kemaskini sistem automasi pss.Oa terlupa pula pada empat video program sekolah yang belum disunting dan dijadikan DVD lagi..
Hari Jumaat dan Sabtu nak cari bahan untuk dua montaj sekolah yang baru khusus untuk mesyuarat Agong PIBG penghujung bulan Mac ni. Sabar je lah... banyak berita nak di tulis dalam blog ni tapi tak sempat-sempat dengan rentetan tugas yang orang tak nampak ni. Apatah lagi PSS baru ku di tingkat empat bangunan baru. Banyak sangat perkara yang hendak diselesaikan nasib baik pemabntuku Pn Zuraidah dan juga Pn Nurul Huda banyak membantu menguruskan perjalanan PSS. Kalau tidak dalam masa ni PSS belum boleh beroperasi lagi. Alhamdulilah sebulan berpindah ke blok yang baru PSS boleh digunakan oleh semua pelanggannya.
Ha ha ha hari cuti ni banyak ku habiskan masa di pss, susah hati selagi pss baru ni tak siap dengan sempurna selagi itulah aku tak dapat menumpukan kepada kerja-kerja lain. Siang malam bekerja disekolah dan di rumah. PSS PSS PSS......
Selamat bercuti CIKGU.....
FAREWELL...
-
*Assalamualaikum*
Dear all,
This is my last post. Thank you from the bottom of my heart for following
my blog all these years, 11 years to be exact! No...
5 years ago
0 comments