National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Usaha mencapai target dalam masa 6 bulan

Monday, July 18, 2011 at 4:31 AM
Salam,





Buat teman-teman pengunjung Blog saya ribuaan kemaafan dipohon kerana telah berbulan tidak menulis di blog ini, meskipun sepanjang masa itu pelbagai perkara telah dilalui. berkongsi kesibukan dan mengejar  untuk menyiapkan dan memulihkan sekurang-kurang 85 peratus fungsi PSS. meyiapkan keceriaan, susun atur perabut  bahan buku, automasi bahan, menyusun semula pengurusan PSS termasuk memantau perjalanan pengawas PSS dan pelbagai tugas-tugasan media yang lain. Sedihnya apabila komputer di PSS kena sambar dengan kilat, dua PC terlibat...dan dua kali kena tahun ni....Membaiki sistem Lan wifi satu sekolah yang rosak disambar kilat.

Sabarnya.... tuhan sahaja yang tahu.. tu belum nak selesaikan NILAM dengan memasukan data lebih kurang 1900 pelajar yang setiap tahun kelasnya berubah.. Guru-guru lain tak tahu ...ada yang menyangka kita duduk goyang kaki di PSS.Duduk diam-diam dapat relief yang banyak hampir  10 hingga 12 waktu seminggu terkejar-kejar dibuatnya plus dengan mengajar 11 waktu seminggu .. Tak tahu le apa nak cakap. pejabat PSS yang baru tingginya tingkat empat, turun naik.. kurus badan dibuatnya.

Berfikiran positif perlu diasak dalam pemikiran kita, sentiasa bermotivasi tuntutan hari-hari... nasib baik ada rakan guru yang membantu... senanglah sikit kerja-kerja memulakan satu yang baru. Alhamdulilah berjaya juga menguruskan perjalanan PSS  sedikit demi sedikit dan mencapai target dalam masa 6 bulan yang telah ditetapkan. Kerja yang terselindung dan tak nampak dek mata kasar orang lain, memang mencabar wibawa kita, di situlah kekuatan diri dan peribadi  amat dituntut. Bergerak sebelum disorong, berfikir sebelum buntu menjadi amalan diri. Sabar je.. lah.

Syukur juga, pelbagai kekangan telah dapat diatasi sedikit demi sedikit...dah boleh mula menulis di blog ini. sebenarnya banyak perkara juga perlu dikongsikan dengan rakan-rakan sepanjang kehilangan mood untuk menulis.. Insyaalah akan kembali semula di laman maya ini...

10 Fakta Menarik Tentang Otak

at 4:19 AM

10 Fakta Menarik Tentang Otak


1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.
2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.
3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.

4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.
5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.
6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.
7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.
8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.
9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.
10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.
Posted @ www.isuhangat.net

Orang Positif VS Orang Negatif

at 4:13 AM

Salam,

Untuk renungan bersama.

Orang Positif VS Orang Negatif


Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.
Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.
Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;
Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.

Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.
Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.
Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.
Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.
Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.
Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.
Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.
Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.
Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.
Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.
Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.
Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.
Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.
Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.
Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.
Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.
Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.
Posted @ www.isuhangat.net

Mesyuarat Agung dan Persidangan MGC Johor 2011

at 3:58 AM




Program: Persidangan  Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor
Tempat : Desaru Damai Beach Resort, Bandar Penawar, Johor.
Tarikh : 24 hingga 26 Mei 2011

Salam,
Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor telah diadakan di Bandar Penawar dan telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulilah Daerah kluang telah  diwakili oleh 11 orang peserta termasuk 2 orang pembentang Kajian Tindakan, seorang penceramah Kajian Tindakan.Pn. Che Hasnah binti Nuh dari SMK Simpang Renggam dan Pn.Maimunah bte Juraimi, SK. Seri Intan telah membentangkan Kajian Tindakan mereka kepada Guru-Guru Cemerlang Negeri Johor. Manakala  Pn. Hjh. Roshizan telah membentangkan prosedur Kajian Tindakan. Tahniah juga diberikan kepada Pn. Norizah kerana telah berjaya dilantik untuk menerajui Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor untuk sesi 2011/2013. Selain dari itu perserta persidangan juga didedahkan dengan beberapa ceramah dan pembentangan khusus untuk meningkatkan kecemerlangan Guru Cemerlang itu sendiri.

Mesyuarat Agung dan Kursusu Profesionalisme MGC Kluang

at 3:36 AM







Salam,
Ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua Ahli MGC Kluamg yang telah hadir dan dapat menyempurnakan  menyempurnakan program kita dengan jayanya. Kepada semua AJK yang bertungkus lumus bekerjasama menjayakan program MGC Kluang diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Penghargaan kepada Tn. Hj. Shaharuddin bin Sharif kerana memberikan sokongan dan kerjasama  yang tinggi bagi memastikan kejayaan program ini. Syabas kepada AJK baru yang dilantik menerajui MGC Kluang mudah-mudahan sokongan tuan-puan akan menjadikan MGC Kluang terus aktif dan disegani. Insyaalah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved