Salam,
Buat teman-teman pengunjung Blog saya ribuaan kemaafan dipohon kerana telah berbulan tidak menulis di blog ini, meskipun sepanjang masa itu pelbagai perkara telah dilalui. berkongsi kesibukan dan mengejar untuk menyiapkan dan memulihkan sekurang-kurang 85 peratus fungsi PSS. meyiapkan keceriaan, susun atur perabut bahan buku, automasi bahan, menyusun semula pengurusan PSS termasuk memantau perjalanan pengawas PSS dan pelbagai tugas-tugasan media yang lain. Sedihnya apabila komputer di PSS kena sambar dengan kilat, dua PC terlibat...dan dua kali kena tahun ni....Membaiki sistem Lan wifi satu sekolah yang rosak disambar kilat.
Sabarnya.... tuhan sahaja yang tahu.. tu belum nak selesaikan NILAM dengan memasukan data lebih kurang 1900 pelajar yang setiap tahun kelasnya berubah.. Guru-guru lain tak tahu ...ada yang menyangka kita duduk goyang kaki di PSS.Duduk diam-diam dapat relief yang banyak hampir 10 hingga 12 waktu seminggu terkejar-kejar dibuatnya plus dengan mengajar 11 waktu seminggu .. Tak tahu le apa nak cakap. pejabat PSS yang baru tingginya tingkat empat, turun naik.. kurus badan dibuatnya.
Berfikiran positif perlu diasak dalam pemikiran kita, sentiasa bermotivasi tuntutan hari-hari... nasib baik ada rakan guru yang membantu... senanglah sikit kerja-kerja memulakan satu yang baru. Alhamdulilah berjaya juga menguruskan perjalanan PSS sedikit demi sedikit dan mencapai target dalam masa 6 bulan yang telah ditetapkan. Kerja yang terselindung dan tak nampak dek mata kasar orang lain, memang mencabar wibawa kita, di situlah kekuatan diri dan peribadi amat dituntut. Bergerak sebelum disorong, berfikir sebelum buntu menjadi amalan diri. Sabar je.. lah.
Syukur juga, pelbagai kekangan telah dapat diatasi sedikit demi sedikit...dah boleh mula menulis di blog ini. sebenarnya banyak perkara juga perlu dikongsikan dengan rakan-rakan sepanjang kehilangan mood untuk menulis.. Insyaalah akan kembali semula di laman maya ini...
FAREWELL...
-
*Assalamualaikum*
Dear all,
This is my last post. Thank you from the bottom of my heart for following
my blog all these years, 11 years to be exact! No...
5 years ago
0 comments