Salam,
Buat-buat rakan selamat berpuasa dan menghadapi bulan Ramadan yang suci dan mulia ini, Perbanyakkan amalan dan sedekah untuk memenuhi tuntutan dan meningkatkan keimanan diri kita sendiri. Bersyukur kehadrat Illahi kerana sebelum menjelang Ramadan. Saya mendapat satu berita yang amat menggembirakan di mana Majis Guru Perpustakaan dan Media bersama-sama Majlis Guru Cemerlang telah diberikan sebuah bilik saketeriat/bilik pengurusan dan sebuah bilik mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang lama. Bilik mesyuarat oleh memuatkan seramai 40 orang peserta pada satu-satu masa. Alhamdulilah kita telah ada tempat khusus untuk melaksanakan aktiviti baik mesyuarat, bengkel, kursus mahupun perjumpaan ahli. Tak perlu lagi kita menumpang di sekolah-sekolah lain untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan ahli kita.
Namun begitu peluang keemasan ini harus kita garab dengan secepat mungkin untuk melengkapkan kedua-dua bilik ini dengan perabut dan kelengkapan-kelengkapan lain yang asas dan perlu secara segera, sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini. adalah diharapkan bilik saketeriat dan bilik mesyuarat ini, dapat kita gunakan apabila menjelangnya bulan Syawal nanti.Untuk makluman ahli, AJK MGC Kluang telah pun membersihkan bilik-bilik tersebut beberapa hari sebelum Ramadahan.
Bagi memastikan perancangan kita berjalan dengan lancar dan sempurna adalah dimohon supaya ahli MGC Kluang bersama-sama menyumbang untuk melengkapkan perabut dan keperluan-keperluan lain di ke dua-dua bilik tersebut dengan kadar segera.
1. Meja pengurusan 2 X RM 200.00
2. Meja Banquet bilik mesyuarat 12 X RM 150.00
3.Kerusi Banquet 40 X RM.50.00
4. Kos-kos lain untuk skirting, langsir, skrin OHP, papan kenyataan dll.
Ahli-ahli MGC Kluang boleh menyumbang dengan cara :
1. Menaja meja RM150.00 sebuah
2. Menaja kerusi RM.50.00 sebuah
3. Membuat sumbangan minima RM30.00 seorang
Perhatian.
1. Seorang GC akan dilantik sebagai wakil setiap sekolah untuk memungut sumbangan tuan/puan.
2. bagi penaja meja dan kerusi akan di catatkan sumbangan tuan-puan pada papan kenyataan khas dibilik
mesyuarat tersebut.
Kita perlu cepat menyelesaikan hal ini. Supaya tidak kita lepaskan peluang keemasan ini. Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan akan membantu MGC Memertabatkan Guru Cemerlang itu sendiri.
Akhir sekali, Majlis Guru Cemerlang dan Majlis Guru Perpustakaan dan Media merakamkan jutaan penghargaan kepada Tn. Haji Shahruddin bin Sharif Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Tn. Hj. Ishak bin Mahbob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, En. Mohd Hisam Ketua PKG daerah Kluang di atas keperihatinan dan telah memberikan kesempatan dan peluang kepada kita untuk menggunakan bilik-bilik tersebut. Mudah-mudahan segala jasa dan pengorbanan tuan puan hanya Allah jua membalasnya.
FAREWELL...
-
*Assalamualaikum*
Dear all,
This is my last post. Thank you from the bottom of my heart for following
my blog all these years, 11 years to be exact! No...
5 years ago
0 comments