Salam,
Pagi-pagi bangun menyiapkan jaduah untuk bersahur bersama-sama famili dalam perjalanan menghabiskan 10 hari lagi di bulan Ramadhan ini, Hati tersentuh pilu mengenangkan ibu yang telah pergi November 2011. Melihat bungkus kuih bahulu yang dibelikan oleh orang rumah pagi tadi di pekan Renggit. merewang pemikiran mengutip lingkaran kehidupan bersama ibu tercinta. Waktu begini hampur-hampir nak raya, bonda sibuk membuat kuih bahulu kegemarannya, Kerja ku memukul adunan bahulu yang dibuatnya sampai naik. berpeluh juga memukul adunan tu tak boleh berhenti katanya. nanti bahulu tak sedap dan lembut. Menyalakan api dan meletakan sabut atas acuan bahulu dan sekali-sekala sibuk melihat dan mencucuk bahulu dengan lidi untuk melihat sama ada dah masak atau belum.
Ahhhh...... aku mewarisi kegemaranmu makan kuih bahulu sepertimana ayahku yang suka memakannya dengan mencecahnya dengan air kopi o. Keenakkan kuih bahulu buatan tanganmu terasa sehingga kini, meskipun dah lama ianya berlaku. Kenangan demi kenangan bersamamu tak upaya untuk aku melupakannya. Adilfitri hampir berkunjung di laman perjuangan yang hampir selesai, Kedua-dua orang tersayang telah pergi seperti terasa aidilfitri tak bererti lagi. Tak kulihat lagi senyuman mesra dan manjamu menyapa dan menyambut kepulangan ku di mahligai mu. Tak dapat lagi aku rangkul erat tubuhmu, membelai rambutmu yang panjang dan memutih. Tak dapat aku meramas-ramas lembut tangan lagi dan tiada lagi ku rasai dirimu mengelus-ngelus rambutku dengan kasih sayang walaupun aku telah sedewasa ini.. Kegembiraan dan keriangan aidilfitri semakin tak ku rasai.
Perjalanan yang panjang memusingkan roda yang tak ada akhirnya. Aku sedar kini aku pula melalui saat-saat seperti mu, tak sabar menunggu anak-anak ku pulang ke rumah untuk berhari raya . Meniti kegusaranmu melihat perjalanan hidup anak-anak. Melimpahkan kasih sayang dan harapan sepertimu untuk anak-anak dan keluarga. Tiada upaya aku mengikis ruangan ingatan semasa kita bersama selepas ayahda pergi meninggalkan kita sekeluarga. Terlalu banyak saat indah kita bersama.Terima kasih " Mak" di atas segala yang kau limpahkan terhadap diriku. Kasih sayang, ajaran,perhatian,tanggungjawab dan kesucian hatimu terhadap diriku. Moga kau ditempatkan disisi orang-orang yang Soleh. Amin.....
HIP Mentor Programme with SMK Taman Selesa Jaya 2, JB: Asychronous or
Synchronous?
-
Date: 8 JULY 2020, 11 a.m.
Googlemeet
*Attendance*:
1. Dr Sharmini A/P Suppiah (ELTC)
2. Pn Rahmah Hj Sayuti (Mentor)
3. Ustadz Hasmadi (GPK KOKO)
3. Pn ...
4 years ago
0 comments