National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Catatan perjalan awal tahun 2013

Saturday, February 16, 2013 at 11:52 PM
Salam,

Syukur Alhamdulilah, berupaya menghabiskan kedatangan Januari dan awal Febuari 2013 yang amat sibuk dengan pelbagai tugasan dan perancangan. Menabahkan hati dan kekutan jiwa untuk terus berusaha dan merialisasikan tranformasi agar tidak statik dan beku. Menyelusuri perancangan tahun lepas , membuat analisis kekuatan dan kelemahan dalam program dan aktivti. Membuat pelan tindakan strategik mengurus pss yang semakin disayangi dan dekat di hati. Penglibatan diri dengan aktiviti,mesyuarat dan program peringkat daerah dan negeri yang tak putus-putus mengasak sepanjang bulan disamping melaksanakan program pss yang telah dirancang.  Akhirnya perjalanan yang dekat telah diharungi dengan sebaik-baiknya.

Mengisi cuti tahun baru Cina dengan keluarga berkebetulan semua anak-anak dapat bersama untuk melepaskan sedikit lelah dan mengambil kesempatan untuk terus membina kekuatan menjana idea dan perancangan untuk mengurus diri dan organisasi yang dipimpin untuk terus hidup dan bergerak di bawah kelesuan isu dan peristiwa. Pastinya tekad dan semnagat kena tebal tak boleh luntur sedikitpun dan kita mesti terus menunjukkan kemantapan prestasi dan penonjolan organisasi.
Bersama anak-anak yang telah meningkat dewasa menyusuri jalanan dari Kluang ke Kelantan  sedikit sebanyak memberikan kekuatan dalam diri. Alhamdulilah.

Sesungguhnya keikhlasan dalam diri dalam melaksanakan tugasan dan amanah amat perlu untuk kita tunjangi dalam hidup. Perinsip  yang tertanam kukuh dalam diri akhirnya berkali lagi telah memberikan bukti bahawa keikhlasan yang kita berikan dalam  tugas akan di balas olehNYA. Alhamdulilah sekembali dari perjalan pantai timur ..berita gembira telah menanti. ALHAMDULILAH .







at 11:35 PM
Program : Kursus ICT Guru GPM dan Guru Pengiring NILAM 2013
Tarikh : 7 Febuari 2013
Masa: 9.00 pagi - 1.30 tengahhari
Tempat: Makmal Komputer SMKJM
Penceramah : En. Noremy bin Rasip Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kluang Timur







at 11:34 PM
Majlis Anugerah NILAM 2013
Tarikh: 7 Febuari 2013
Hari : Khamis
Masa:  7.45 - 4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SMK Jalan Mengkibol, Kluang.

 Pihak pengurusan pusat sumber sekolah SMKJM mengalu-ngalukan kehadiran guru-guru dan juga semua peserta pertandingan NILAM 2013 . Mudah-mudahan kejayaan terbaik akan mengiringi kehadiran dan usaha bersungguh peserta NILAM dan guru-guru GPM yang hadir .















at 11:33 PM
Bengkel  Penyediaan Bahan Ujian untuk Anugerah NILAM daerah kluang 2013
Tarikh : 5 dan  6 Febuari 2013
Tempat : Pusat Sumber SMKJM

Penglibatan:
1. Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan  Guru Daerah Kluang
2. Ahli majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang
3. Ahli Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang
4. Guru - guru bahasa Inggeris yang dilantik

Pihak Pengurusan PSS SMKJM mengalukan kedatangan semua pihak yang terlibat dengan penghakiman Anugerah NILAM daerah Kluang 2013

1. En . Ismail bin Yon   Guru Cemerlang Media  SMKJM ( Ketua Hakim)
2. Pn. Rosleen binti Salleh Guru Bahasa Inggeris SMK Tinggi Kluang
3.Pn. Hjh. Haslinda binti Elias MGPM SMK Seri Semberong
4. Pn. Aniza  binti Somin  MGC SMK SSAJ
5. Pn. Siti Aminah bte Imam MGPM SMK Simpang Renggam
6. En. Yahya bin Harun MGC SMK Kahang Batu 23
7. Pn. HJH padilah  binti Shahran MGPM SK Perempuan Bandar
8. Pn. Norhasdira binti Zainal MGPM SK KG Chamek
9. Pn. Murniyati binti Zainal MGPM SMK Canossian Convent
10. Pn. Maslia binti Darum MGC SK Batu 3
11. Cik Sofiah binti Abdul Rahman MGC SK Kg. Melayu Nyior
12. Pn. Siti Asiyah binti Tahar Guru bahasa Inggeris SK Jubli Intan







at 11:33 PM







Program: Mesyuarat Agong Persatuan Pusat Sumber Negeri Johor
Tarikh: 31 Januari 2013
Tempat : Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Pengerusi Mesyuarat : Tn. Hj. Ishak bin Mahbob
KPP BTPN Johor.
Kehadiran:
1. Pegawai BTP negeri Johor
2. Pegawai Teknologi Pendidikan (PKG JOHOR)
3. Pengerusi-Pengerusi daerah Majlis Guru Perpustakaan Negeri Johor
4. wakil - wakil Guru Perpustakan negeri Johor.

Salam,

Alhamdulilah MGPM Negeri Johor telah berjaya dinaungkan di bawah  Persatuan Pusat Sumber Negeri Johor untuk bersama-sama memacu kecemerlangan pusat sumber sekolah seluruh Johor Penaungan  MGPM ini adalah di harapkan  ianya dapat melaksanakan aktiviti,meningkatkan peranan dan komitmen semua pihak yang terlibat untuk mengangkat martabat dan peranan pusat sumber sekolah di dalam dunia pendidikan. Apa yang penting sekurang-kurangnya kewujudan MGPM telah diiktiraf dan kita akan dapat menyumbang usaha, idea dan tenaga bersama mengerak kehadapan mencapai wawasan gemilang. Amin. Syukur Alhamdulilah.


at 11:20 PM
Jawatan Kuasa Pemandu Inovasi daerah Kluang, mewakili Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang, Johor. Menghadiri mesyuarat pertama di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan PPD Kluang.

Tarikh:26 Januari 2013
Tempat : PPD Kluang







Program : Jurulatih Inovasi Negeri Johor
Tarikh : 29,30 dan 31  Januari 2013
Tempat : Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
Ucap Utama; Tn. HJ. Shahruddin Bin Sharif
Ketua Sektor  Jaminan Kualiti JPNJ
Penceramah : En. Md Said Bin Daimon
Ketua Unit Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kluang











at 11:11 PM
Program : Gotong Royong kali ke dua 2013
Tarikh :26 Januari 2013
Masa: 8.00 - 12.00 tengahari
Hari : Sabtu
Penglibatan : Guru PSS dan pekerja sekolah


Objektif:

1. Mengeratkan kerjasama PSS dengan  kakitangan sekolah.
2. Meningkatkan keceriaan PSS
3. Menyebarkan peranan dan kemudahan yang terdapat di PSS kepada pekerja di SMKJM.

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah merakamkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam gotong royong tersebut.






P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved