National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Catatan perjalan awal tahun 2013

Saturday, February 16, 2013 at 11:52 PM
Salam,

Syukur Alhamdulilah, berupaya menghabiskan kedatangan Januari dan awal Febuari 2013 yang amat sibuk dengan pelbagai tugasan dan perancangan. Menabahkan hati dan kekutan jiwa untuk terus berusaha dan merialisasikan tranformasi agar tidak statik dan beku. Menyelusuri perancangan tahun lepas , membuat analisis kekuatan dan kelemahan dalam program dan aktivti. Membuat pelan tindakan strategik mengurus pss yang semakin disayangi dan dekat di hati. Penglibatan diri dengan aktiviti,mesyuarat dan program peringkat daerah dan negeri yang tak putus-putus mengasak sepanjang bulan disamping melaksanakan program pss yang telah dirancang.  Akhirnya perjalanan yang dekat telah diharungi dengan sebaik-baiknya.

Mengisi cuti tahun baru Cina dengan keluarga berkebetulan semua anak-anak dapat bersama untuk melepaskan sedikit lelah dan mengambil kesempatan untuk terus membina kekuatan menjana idea dan perancangan untuk mengurus diri dan organisasi yang dipimpin untuk terus hidup dan bergerak di bawah kelesuan isu dan peristiwa. Pastinya tekad dan semnagat kena tebal tak boleh luntur sedikitpun dan kita mesti terus menunjukkan kemantapan prestasi dan penonjolan organisasi.
Bersama anak-anak yang telah meningkat dewasa menyusuri jalanan dari Kluang ke Kelantan  sedikit sebanyak memberikan kekuatan dalam diri. Alhamdulilah.

Sesungguhnya keikhlasan dalam diri dalam melaksanakan tugasan dan amanah amat perlu untuk kita tunjangi dalam hidup. Perinsip  yang tertanam kukuh dalam diri akhirnya berkali lagi telah memberikan bukti bahawa keikhlasan yang kita berikan dalam  tugas akan di balas olehNYA. Alhamdulilah sekembali dari perjalan pantai timur ..berita gembira telah menanti. ALHAMDULILAH .







0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved