Pada 7 Julai yang lepas SMKJM telah mengadakan Hari terbuka dan Hari kokurikulum yang dijalankan secara serentak. Para ibu bapa bukan sahaja dapat mengetahui keputusan peperiksaan setengah tahun anak-anak mereka malah dapat melihat aktiviti hari koko seperti jualan gerai, di samping mempamerkan kebitaraan SMK Jalan Mengkibol seperi pasukan panca ragam, silat, pasukan pengakap dan seumpamanya.
Apa yang menarik lagi SMKJM semakin berubah wajah dengan terbinanya tempat menunggu berbumbung, taman wawasan yang berubah, dataran perhimpunan yang baru, malah mercu tanda SMKJM juga turut dibina di pintu masuk kawasan sekolah.
Pusat sumber sekolah turut memainkan peranan dengan dijadikan tempat pameran program BCC ( British coneting classroom) pengakap, seni batik, kemahiran hidup dan tak lupa juga menunjukkan laman blog tuan pengetua en. Yew Kok Leh, Blog Pusat Sumber dan pelbagai lagi bahan yang menarik.
Apa pun,Tahniah kepada semua warga SMKJM yang menjayakan Program Tiga Serangkai tersebut. Apatah lagi dengan idea dan sokongan Tn. Pengetua yang padu . Syabas Bos.
0 comments