National Key Result Areas
2013 telah Menjelma
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang
* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.
Permulaan Perjalanan kita
Jom baca Quran
NILAM 2013
Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah
VLE
Buat teman-teman sejawatan..
Buat teman-teman yang sejawatan....
Alhamdulilah 2009 mengira detik untuk menutup persembahannya. Kita masih lagi disini berdiri dengan sendiri, menjengah sekali sekala derap langkah yang ditinggalkan.. Sejauh mana kejayaan PSS kita, merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang 09, masalah yang timbul, kejayaan yang dikecapi mahupun kekalahan yang kita hadapi. 09 ni, masih ada kawan-kawan kita yang masih lagi belum dilantik menjadi GPM yang sebenarnya, masih lagi dibelenggu dengan ,masalah waktu mengajar yang tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan, masih lagi dibelenggu dengan masa relif yang banyak. masih lagi teraba-raba apakah tugas yang GPM yang sebanarnya? Ada kawan-kawan kita yang mengalirkan air mata merasai seribu keperitan melaksanakan kualiti standard PSS yang telah di tetapkan oleh KPM di melalui BTP. Mengharungi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.Sesungguhnya kita masih lagi dikelilingi masalah yang belum selesai. malangnya masih ramai pentadbir yang tidak memahami peranan GPM di sekolah. Memang kita ada antara kita telah dilantik tetapi adakah cukup hanya dengan sekadar lantikan sahaja, bagaimana dengan kursus-kursus profesionalisme dan kemahiran pengurusan PSS? Adakah layaknya seorang GPM berkursus di PKG dalam masa yang amat terhad. malah nak berkumpul pun payah.. sedangkan kita bukan dibawah norma penjawatan di sekolah. Guru-guru MP di mana mereka berkursus. Kesian kita .... Katanya PSS sangat penting ke arah membina Generasi Bermaklumat. tapi kita dipandang sepi.. dan tak penting. Ada beribu-ribu GPM di daerah masing-masing dan seluruh Malaysia tapi tak ada link,... yang mantap.. Kalau Majlis Guru Cemerlang ada penaungnya. sehingga ke peringkat kebangsaan, Majlis Guru Besar & Pengetua, Majlis Perhubungan Kaunseling, Majlis Perhubungan Lepasan Master dan pelbagainya . Banyak yang mereka pejuangan untuk kebajikan ahli. Tapi GPM hidup segan mati tak mahu. Siapa nak jaga kita ..? sedangkan kita penghubung BTP dan sekolah. Kita dilantik tapi pengiktirafannya di mana, berfungsi ke BTP kalau GPM begini nasibnya. Siapakah yang mampu mengangkat martabat GPM sealiran dengan yang lain-lain. Setelah hampir 5 tahun jawatan GPM diwujudkan. Siapakah yang faham tugas yang bergelumang Di PSS dengan kononnya pemintaan standard pengurusan yang tinggi mencapai entah apa-apa ISO, Bagaimana NKRA dan KPI GPM itu sendiri tentu tinggi melangit..? tapi kita tetap macam ni.
eeh..... dah jauh melalut ni, tapi siapa yang tahu dia tahu, apa pun kita beterima kasih pada orang yang tahu dan sentiasa memperjuangkan GPM. Harap-harap kakak-kakak dan abang-abang kita di BTPM dan kementerian masih ingat lagi titik peluh yang bertaburan di dada pusat sumber sekolah. kepada GPM yang baru dilantik tapi belum dapat surat dari JPN sabarlah, buat kerja dengan penuh ikhlas dan semampu boleh insyaalah segala-galanya akan dipermudahkan oleh Allah jua. Buat rakan yang dah kering air mata meredah sejuta kepayaahan dan mengjangkau rintangan sesungguhnya kita masih bersama dan saling memerlukan. Yang penting kerjasama dan perjuangan mesti diteruskan.
Ismail bin Yon
MGPM Kluang
Walau kurang rebut peluang
Walau terhalang terus berjuang
Walau terintang tetap cemerlang
Walau ada petualang Johor Gemilang
Tn. Hj Sufaat bin Tumin
Pengarah Pelajaran Johor.
| 0 comments |
Kepimpinan Transformasional
4I?
Idealised influence
Inspirational Motivation
Intellectual Stimulation
Invidualised Consideration
Idealised influence
(Menggungulkan Pengaruh)
* Standard etika dan moral yang tinggi
* Berkongsi rasiko secara bersama
* Mengutamakan kepentingan umum dari diri sendiri
* Mengunakan kuasa untuk mengerakkan individu atau kumpulan ke arah mencapai visi,
misi bukan untuk keuntugan yang tinggi.
Inspirational Motivation
(Motivasi Yang Memberi Inspirasi)
* Mempengaruhi kumpulan percaya masalah organisasi boleh diselesaikan.
* Semangat berpasukan
* Minat yang mendalam .optimistik,komited dan berkongsi yang muncul dalam pasukan
kerja.
Intellectual Stimulation
(Dorongan Intelek)
* Merangsang pengikut menjadi kreatif ddan inovatif
* Menggalakan kritikan,keterbukaan,kelenturan dan mewujudkan suasan orang tidak
takut untuk membuat kesilapan.
* Setiap perkara boleh dicabar dan diubah
Invidualised Consideration
(Pertimbangan secara individu)
* Perhatian diberi kepada keperluan individu untuk pencapaian dan kemajuan
* Setelah mengenal pasti kekuatan dan keperluan individu, pemimpin menggunakan
pengetahuan untuk main peranan sebagai mentor. Peranan ini adalah untu membantu
pengikut dan rakan sebaya mengembangkan potensi mereka serta memikul
tanggungjawab memperkembangkan diri merea
| 0 comments |
Lawatan Penanda Aras ke Utara
Salam,
Alhamdulilah masa cuti yang amat terbatas ini saya telah berpeluang mengikuti lawatan Penanda Aras anjuran MGC Johor ke Utara, ke IAB dan USM. Dalam lawatan yang disertain oleh 26 orang ahli MGC Johor ini kami telah berpeluang mendengar ceramah dan berukar pandangan dengan Dr Zuraida pensyarah USM mengenai pedadosi dalam pendidikan. Sesungguhnya pembelajaran berasaskan projek yang menekan kepada pelbagai kemahiran seperti komunikasi, penulisan, krativiti, ICT dan seumpamanya perlu diberikan penekanan sesuai dengan keadaan masa kini. Malah penguasaan kesemua kemahiran pedadogi perlu bagi seorang guru untuk mengatasi segala masalah pebelajaran murid apatah lagi yang datangnya dari kecerdasan yang pelbagai
Lebih menarik lagi kami diberi kesempatan untuk berjumpa dengan YB Fuad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, sempat makan bersama dan mendengar pandangan YB sendiri mengenai perjalanan dunia pendidikan masa kini. Tahniah kepada MGC Johor di atas lawatan yang dianjurkan...Terima kasih jua kepada YDP MGCM yang telah melayan kami dengan baik ketika di Kedah.
| 0 comments |
Cermin diri sendiri
2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut
TAPI...
1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.
BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH
| 0 comments |
Persahabatan
2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.
3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.
4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.
5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.
6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.
7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.
8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.
9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.
10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.
| 0 comments |
Renungan
Anak-anak lebih banyak memerlukan teladan daripada kritik.
Orang besar memperlihatkan kebesarannya dengan
cara bagaimana dia memberikan teladan kepada bawahannya.
Jangan mengambil teladan orang lain sebagai alasan
bagi membenarkan yang salah.
Kita tidak dapat menyelesaaikan apa-apa dalam kehidupan ini, kecuali dapat membuat suatu permulaan dan mewariskan teladan yang baik.
Memberi teladan adalah lebih baik daripada
memerintah atau pun melarang.
Tidak ada yang lebih menular dari teladan, perbuatan
baik diikuti perbuatab baik, dan perbutan buruk diikuti
oleh perbuatan buruk.
| 0 comments |
Ketagihan Internet
Ketagihan Internet
Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?
Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.
Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?
Adakah dengan melayari Face Book, twitter. my space dan pelabagai lagi kemudahan internet itu di anggap satu ketagihan? Bukankah itu satu kemudahan dan kenikmatan hidup berkmonikasi tanpa batas. Ataupun internet dijadikan wadah untuk bertemu pasangan dan menjalinkan hubungan intim secara rahsia? manakala pada pelajar pula penggunaan internet yang keterlaluan melalaikan dan menyebabkan kehilangan fokus kepada pembelajaran mereka di bilik darjah. Apa pun sebagai manusia kita diberikan pilihan untuk menjadi seorang penagih internet atau pun pengguna yang berhemah serta berkesan. tepuk dada tanya lah selera... Tq.
| 0 comments |
Bersyukur kepada Allah
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
| 0 comments |
Menjadi pelajar cemerlang
PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri.. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a) kita ingat 10% apa yang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan
1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) jangan lupa untuk senyum
4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan
6. Tahu teknik merangsang memori:
a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c) mengingat kembali ( recall )
d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )
7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan
8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru
10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) memberikan tumpuan sepenuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biological clock).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa
22. Tahu petua mengulangkaji
a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b) siapkan semua ? Bekalan? Dengan sempurna
c) duduk tegak dikerusi yang selesa
d) baca doa penerang hati
e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f) fikir dan ingat kembali isi utama) catat / lakarh) semak semula ketepatan maklumati) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j) buat rumusan) jawab soalan) tampal maklumat yang rumit di dindingm) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23.Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a) jangan makan kepala ikan
b) jangan makan organ dalaman
c) jangan minum semasa makan
d) jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e) jangan melihat kemaluan
f) jangan melihat buih
g) jangan membaca nama pada batu nisan
h) banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j) banyakkan makan kekacang
k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l) jangan makan sehingga terlalu kenyang
m) jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat
a) tampal nota-nota penting di dinding
b) tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c) gunakan kaedah akronim
d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar
a) mempunyai jadual belajar
b) patuh kepada jadual
c) buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a) taat kepada Allah
b) mendirikan sembahyang
c) menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d) hormati & sayangi guru
e) bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f) suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g) membantu rakan yang memerlukan
h) berdoa dan bersyukur kepada Allahi ) sentiasa bertawakal
j) mahir dalam setiap mata pelajaran
| 0 comments |
Percutian melegakan minda
Perjalanan cuti sekolah telah pun bermula hampir minggu ke tiga, setelah berhempas pulas menyelesaikan tugas di bilik darjah dan tugas-tugas luar yang amat mencengkam dan menekan kekuatan diri. dengan menghadapi kerenah pelajar yang begitu rencam dan mencabar, mengurus persatuan, menghadiri kursus GC dan persidangan GC membuatkan diri ini begitu tension sekali. Pulang dari seminar kebangsaan kepala terlalu sakit sangat sampai nak pecah rasanya. Alhamdulilah setelah kembali semua mendaki Gunung Lambak dan mengikuti terapi elektrik keadaan beransur pulih. cuti-cuti begini amat diperlukan untuk merefersh minda dan kekuatan fizikal... menyusun kembali kekuatan diri, memantapkan kembali minda untuk membina dan meneroka idea baru bersedia untuk kembali bertugas di sekolah untuik sesi persekolah 2010. minggu depan akan diperuntukan untuk percutian keluarga di Genting Highlands. Selepas itu akan kembali ke sekolah untuk mula berkerja menyiapkan apa-apa yang perlu, melengkapkan sistem fail. menambah bahan untuk modul pengajaran. merancang perjalanan Pusat Sumber Sekolah, sebelum penggal persekolahan baru bermula. Sekarang berada di K.L seketika menguruskan keperluan family.
Apapun alhamdulilah kerana cuti sebegini besar rahmatnya. dan marilah kita menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk menyegarkan diri ,mengembalikan semulka semangat, kerana sesungguhnya dunia pendidikan hari ini amat mencabar dan kita harus bersedia untuk terus mengikuti arus gelombang pendidikan yang mencabar.
Berjuang terus berjuang
Apatment Okid Indah Ampang
K.L
| 0 comments |
Junjung Budi Simpulan Kasih
Salam,
Alhamadulilah Majlis Makan Malam MGC Kluang telah berjaya diadakan pada 11/11/09 bertempat di Hotel Prome City kluang, Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis yang julung-julung kali di adakan. kepada En. Mohd Said dan rakan-rakan PPD yang lain , kepada Pn. Hjh. Sapiah Samingon, Pn.hjh. Rahmah Sayuti, Pn . Norizah,Pn. Zanariah, semua penyumbang hadiah dan hamper dan ajk yang bertungkuslumus menjayakan majlis ini MGC Kluang merakamkan jutaan terima kasih.
| 0 comments |
TARIKH PERSIDANGAN : 23 HINGGA 25 NOVEMBER 2009
TEMPAT : HOTEL SERI PACIFIC,JALAN PUTERA KUALA LUMPUR
Salam,
Persidangan MGCM peringkat Kebangsaan telah selesai diadakan pada minggu yang lalu, MGCM N Johor telah diamanahkan tugas sebagai Jawatan Kuasa Dokumentasi. Seramai 19 orang ahli telah terpilih untuk menyertai persidangan tersebut. Tokoh Guru Cemerlang daerah Kluang Pn. Hjh. Rahmah binti Sayuti telah terpilih membentangkan kertas kerja beliau dalam persidangan kali ini.
Pelabagi bahan dan tajuk kertas kerja telah dibantangkan untuk kali ini. Saya juga bersyukur kerana telah dipilih untuk menyertai team Johor ke sana. Meskipun diberikan tugas sebagai pendokumentasi peristiwa saya juga berpeluang mengikuti pandangan, idea baru dan sesi motivasi ke arah GC yang cemerlang dan berkesan. Terima kasih kepada brother Jamal GC Media Sekolah Tinggi batu Pahat, Krew dariu BTPNJ Mantan Tok Zamri, Brother Othman Ibrahim, Husin, Samsi dan Azahar yang sudi membantu MGCM N Johor dalam tugas-tugas khas yang telah diberikan. Terima kasih tuan
| 1 comments |
KURSUS INDUKSI GURU CEMERLANG ZON SELATAN
Salam,
dan Selamat menyambut Aidiladha sayaa rakamkan kepada semua yang mengikuti blog ni, dah lama saya tak menulis di blog ini disebabkan kekangan masa yang amat terbatas. Pada 15 hingga 19 November 2009 yang lalu saya terpilih untuk mengikuti kursus induksi Guru Cemerlang Zon Selatan yang melibatkan GC dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Seramai hampir 50 orang GC telah berkampung di Mayang Sari Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan.
Dalam kursus tersebut semua GC telah diuji kekuatan dan keupayaan mental dan fizikal dengan pelbagai aktiviti selain dari ceramaah umum seperti kepimpinan instruktutional, pengurusan stress dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti luar seperti pembinaan rakit, berakit kepulau, orentering, abseling , flying fox. kompas, jungle tracking amat menguji kekuatan fizikal dan mental para peserta. sikap kerja sama kumpulan dibentuk dengan pelbagai aktiviti. mengasah kepimpinan dan keupayaan berkomunikasi. Apa yang penting GC perlu bertindak pantas untuk menyelesaikan segala bentuk masalah dalam masa yang amat terhad. berfikiran rasional dan terbuka mendengar pandangan dan teguran rakan sekeliling.
Terima kasih kepada semua fasilitator dari IPG Kampus Selatan yang bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik kepada semua GC yang menyertai kursus ini. Kepada Geng Kumpulan satu tahniah dan syabas kerana kita telah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya dan mudah-mudahan persahabatan kita akan kekal selamanya.
| 1 comments |
Tokoh Guru Cemerlang Daerah Kluang 2009
Sumbangan dan Pencapaiannya Dalam Dunia Pendidikan
BIODATA
Nama : Pn. Hjh Rahmah binti Hj Sayuti
Bertugas :SMK Canossian Convent, Kluang, Johor
Jawatan : Guru Cemerlang Bahasa Inggeris DG54
E.Mail :rahmahs@yahoo.com
Blog :www.engoasis.blogspot.com
PENGALAMAN MENGAJAR
1.SM Sains Johor, Kluang (21 years)
2.SMK Canossian Convent, Kluang (2007- kini)
PENDIDIKAN
1.Primary English School Kulai (2), Kulai, Johor (1968-1973)
2.SM Sultan Ibrahim Kulai, Johor (1974-1979)
3.Southend College of Education (1980-1982)
4.B.A (Hons) Lingustics and Literature, University of Hertfordshire, United Kingdom (1985)
5.Masters in Teaching of English as a Second/Foreign Language, University of Birmingham, United Kingdom (1998)
| 0 comments |
Kursus Sony Alpha
Salam,
Selepas penat berada di IAB Genting Highlands saya mengambil peluang keemasan mengikuti kursus asas photografi pad 7 November 2009 Anjuran Sony yang diadakan di Hotel Istana, Jalan Raja Chulan.Kuala Lumpur. Kursus ini dihadiri seramai 65 orang pengguna kamera DSlr Sony Alpha. Dalam usaha menambah ilmua pengetahuan dan kemahiran photogarfi, walaupun jauh di Kuala Lumpur dan kursus yang memakan masa 5 jam ini diikuti dengan penuh minat. mudah-mudahan ilmu yahg dicari dapat digunakan dalam usaha memperkasakan diri sebagai seorang Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media. Terima Kasih Sony Malaysia.
| 1 comments |
Lawatan Penanda Aras ke Insitut Aminuddin Baki
Salam,
Alhamdulilah MGC Kluang telah berjaya mengadakan lawatan ke IAB pada 6 November 2009, Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli MGC Kluang. Kami telah di berikan taklimat mengenai peranan IAB dalam memperkasakan kepimpinan di sekolah. taklimat disampaikan oleh Dr Hamizer. kami juga berkesempatan berjumpa dan mendapat nasihat dari ketua pengarah Institut Aminuddin Baki dato" Abd Ghaffar. Terima kasih Dr Hamizer atas layanan dan ilmu yang diberi. Selain itu kami berpeluang melawat Plaza Low Yat merupakan pusat ICT terbesar di Malaysia, disamping melawat Putra Jaya. Terima kasih kepada semua GC yang memberikan sokongan dan menjayakan program tersebut.
| 0 comments |
Mesyuarat Kurikulum Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Masa : 2.00 petang
Tempat: Dewan Bestari PPD. Kluang
Pengerusi: Tn. Hj Shaharuddin bin Sharif (PPD Kluang)
Agenda Mesyuarat'
1 Ucapan alu-aluan pengerusi
2. Laporan aktiviti 2009
3. Perancangan 2010
4. Hal-hal lain.
| 0 comments |
Lawatan Penanda Aras ke Insitut Aminuddin Baki
Syukur Alhamdulilah, Lawatan Ke IAB telah menjadi kenyataan, jawapan dari IAB telah kita terima disamping itu kita juga disediakan dengan kemudahan penginapan.Kelulusan dari Pengarah Jabatan Pelajaran Johor juga telah diperolehi. Terima kasih Tuan Hj. Shaharuddin PPD Kluang, En.Mohd Said PPD(Akademik) yang telah membantu dengan sehabis daya untuk memastikan program Ke IAB ini menjadi kenyataan. Terima kasih tuan.
TENTATIF PROGRAM
06 November 2009
06.00 pagi - Berkumpul di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang
06.15 pagi - Bertolak ke IAB, Genting Highlands
02.00 – 06.00 petang - Lawatan dan satu ceramah dari pihak IAB
- Menginap di IAB
07 November 2009
09.00 pagi - Bertolak dari IAB ke Dewan Bahasa dan Pustaka
10.30 pagi – 12.00 tgh. - Lawatan di Dewan Bahasa Dan Pustaka
02.00 petang - Lawatan ke Putrajaya
06.00 petang - Perjalanan balik ke Kluang
10.00 malam - Sampai di PPD Kluang
Masih ada 3 tempat kosong. Jangan lepaskan peluang ini. sila hubungi En Yahya bin Harun 0177367804 atau Cik Hjh khalidah binti Khalid 0177608851 dengan kadar segera.
| 0 comments |
Perinsip-Perinsip Kenaikan Pangkat KPM
Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.
3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:
3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah
3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32
(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.
(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :
(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan
(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.
3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34
(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.
(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.
(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.
3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)
(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.
3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.
3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah
3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44
(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .
(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :
(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.
4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.
5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang Ikhlas,
( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
| 0 comments |
Kursus LDP SK Batu Tiga, Kluang.
Salam,
Hari saya telah dipanggil untuk memberi ceramah kepada seramai 58 orang guru SK Batu Tiga dalam kursus tersebut, guru-guru telah di dedahkan peranan Pusat Sumber Sekolah terhadap sekolah dan warganya dan peranan guru-guru dan panitia terhadap Pusat Sumber Sekolah. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini guru-guru akan bersama membangunkan pusat sumber sekolah SK Batu Tiga. Disamping itu guru-guru juga didedahkan dengan kemahiran menggunakan internet. muat turun gambar, video, muzik dan mencari bahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua matapelajaran sekolah rendah. Guru-guru juga didedahkan kaedah-kaedah penggunan internet yang selamat dan berkesan. Akhir sekali adalah diharapkan semua guru-guru SK Batu 3 dapat mengamalkan segala kemahiran yang didapati pada hari ini khusus untuk meningkatksn kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Sesungguhnya penggunaan ICT adalah dituntut untuk memberikan kaedah baru yang bukan lagi berdasarkan chalk and talk. TQ kepada semua warga SK Batu Tiga kerana sudi menjemput saya dan share ilmu dan pengalaman bersama.
| 0 comments |
Kursus Blog Guru Cemerlang Kluang
Salam,
Alhamdulilah , pada 22 Oktober 2009, Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang, telah berjaya mengadakan kursus Blog fasa 1 yang di sertai oleh 32 orang peserta. Kursus yang memerlukan tumpuan 100% ini telah berjaya menghasilkan 32 Blog Guru Cemerlang Daerah Kluang dalam masa sehari. Walaupun terpaksa bertungkus lumus mengingati dan mengikut arahan fasilitator, apatah lagi jika baru sahaja terdedah dengan kemahiran komputer dan internet. Sikap gigih dan tidak berputus asa peserta dan dengan kesabaran fasilitator akhirnya dapat segala masalah dapat di atasi. adalah di harapkan para peserta akan memanfaatkan segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Mempunyai semangat dan kekuatan untuk terus berblog dengan harapan ianya akan memberikan menafaat kepada rakan guru dan anak-anak murid kita. Syabas semua peserta MGC Kluang.
| 0 comments |
Kursus Pemantapan Pengurusan PSS
Salam,
Kursus pemantapan pengurusan Pusat Sumber Sekolah Zon PKG Lelaki Bandar dan PKG Kluang Timur telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2009. Dalam pertemuan bersama GPM tersebut telah didedahkan pengurusan Sistem Fail, Pengurusan Aktiviti Pusat Sumber. Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media turut di adakan Bengkel kumpulan untuk membina kefahaman serta permantapan peranan GPM di sekolah. seramai 24 orang GPM PKG Zon Lelaki Bandar telah menyertai kursus tersebut
Adalah diharapkan Semua GPM Daerah Kluang akan bersedia untuk melaksanakan tugas dengan lebih berfokus dan bersemangat untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah masing-masing akan lebih mantap dan cemerlang.Kursus disampaikan oleh Guru Cemerlang Media En.Ismail bin Yon dan Guru Perpustakaan Media Pn. Hjh. Padilah bte Hj Shahran.
Terus berusaha ke arah kegemilangan.
| 0 comments |
PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com
© Copyright 2010, All Rights Reserved